Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 September 2012

Budak neh kena tipu dengan BN.

Cisss...

Tengok gambar bawah neh beb ;

 
Napa dengan dia? Kena tipu beb. Pihak penganjur aka kementerian yang nama dirahsiakan telah menipu budak neh. Macam mana dorang tipu?

1. Kementerian yang nama dirahsiakan anjurkan satu program.

2. Program tersebut turut menawarkan hadiah cabutan bertuah buat para pengunjung.

3. Alah cam nak tarik orang untuk hadir la kan. Takde masalah. Ini orang panggil marketing. Kalau ko dok dalam marketing field ko tahu la bab2 neh.

4. Budak yang kat dalam gambar neh adalah salah seorang pengunjung yang telah menghadiri program tersebut.

5. Bahkan dia dapat hadiah cabutan bertuah.

6. Pada awalnya ahti dia mesti happy punya. Blackberry percuma beb. Sapa nak bagi kaw.

7. Tapi selepas diperiksa dan disahkan oleh kedai telekomunikasi, handphone yang budak tue dapat actually bukan la berjenama blackberry. Sebaliknya jenama yang tah hapa2. Mungkin blackberrykepalahotakkaw. Tapi ditampal dengan sticker or tulisan blackberry.

8. Mana tak panas member. Kat risalah kemain ko gebang nak bagi blackberry. Tapi last2 dapat benda lain. Sapa tak bengkek beb.

9. Then dia pergi balik kat tempat program tue dianjurkan. Nak berunding dengan pihak yang serahkan hadiah tue kat dia. Nak bincang arh kan. Pasal apa ko tulis hadiah blackberry tapi ko bagi benda lain. Kot2 depa tipu ke apa ke. Songlap duit kementerian ke apa ke mana kita nak tahu kan.

10. Tapi layanan yang dia terima tersangatlah hampeh. Konon nya pihak penganjur pun tatau dan mereka pun tipu. Memandangkan dia menerima layanan yang hampeh maka dia report polis terus. Biar jadi kes. Biar jadi isu. 

Nah, amek kaw.

Aku terus terang sokong tindakan budak neh. Ini penyelewengan dan penipuan kecik2. Dan ia tidak patut diabaikan meskipun ia kecik. Aku takmo tuduh kementerian yang salah dalam hal neh. Mungkin pegawai dan kakitangan kementerian yang terlibat didapati tak amanah. Or pembekal hadiah tue tak amanah. Apa pun yang berlaku or siapa pun penipu tersebut, tangkap dia.

Bagi pandangan aku dalam isu neh jika pihak penganjur kena tipu, dia kena bersama2 budak di atas untuk log report kat pdrm. Tapi apasal dia acuh tak acuh je layan budak di atas? Mentang2 ko yang bagi barang free jangan ingat ko lepas. Ko melakukan penipuan dengan melakukan pengiklanan palsu sehingga mendorong orang untuk hadir ke program ko. Aku suspect program ko mesti program yang membosankan. Maaf, aku kadang2 terover jujur.

Oleh kerana pihak penganjur pun buat bangang maka aku suspect bahawa ini mesti ada kaitan dengan pihak penganjur = kakitangan kementerian terbabit. Kalau sungguh takde kaitan, pergi report polis. Dedahkan nama syarikat yang bekalkan hadiah. Siasat. Confirm guna wang pembayar cukai kan? RM1 pun tetap wang. Menyeleweng rm1 pun tetap menyeleweng. Jangan harap nak lepas. 

Berita berkaitan disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...