Komen dan hujah balas tidak akan ditutup. Ini jaminan yang aku bagi. Jika aku berkira2 dan hanya mahukan komen yang memuji plus membodek dah lama dah aku filter komen2 dalam neh. Namun aku meraikan perbezaan pendapat.
Dan disebabkan itu penyokong2 umno di dalam neh semakin bersikap terbuka dalam melontarkan hujah. Ini kerana mereka semakin mempercayai aku sebagaimana aku juga semakin mempercayai mereka akan berikan hujah balas yang berkaitan topic / permasalahan yang dibincangkan.
Isu lelaki yang ditipu oleh pihak penganjur vs pihak penganjur = kementerian kesihatan nampaknya semakin bercelaru. Disini pihak yang mewakili penganjur memohon agar posting blog disini dibuang kerana ia mendorong salah faham dan seolah2 ia telah menjadi isu politik.
Jika begitu, mari la kita berbincang tanpa mengatakan ia isu politik bagi menghormati pihak yang mewakili pihak penganjur. Namun posting mengenai isu neh tidak akan dibuang. Jangan risau, pihak penganjur akan diberikan peluang sama rata sepertimana individu yang ditipu untuk menegakkan hujah masing2.
Ini jaminan aku.
Ini respon balas daripada pihak yang ditipu ;
Zukifli Draman · Sekolah menegah kebangsaan tengku bariah
JUJUR SAYA LAH MANGSA KEADAAN...EVENT MANAGER YANG MENIPU SEMUA PENGUJUNG SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!! ...KINI DIADAKAN.... TAPI YG DI ANJURKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN.. DIA BERKUNJUNG ...DI KEMAMAN DI RASMIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU( DATUK AHMAD SAID) JELAS EVENT MANAGER MEMBUAT HELAH2 PALSU...DAN KINI DIA MELAPORKAN DIRI PADA AKHBAR..SINAR HARIAN! MEGATAKAN MOHD ZUKIFLI YANG MEN FITNAH DIA..OK..!! SAYA TIDAK GENTAR...KITA JAWAB DI MAKAMAH NANTI SIAPA YANG BETUL SIAPA YANG SALAH!!!!DEMI ALLAH S.W.T DIALAH PENIPU BESAR..NEGARA!!!BUKAN SAYA SEORANG RAMAI LAGI KENA TIPU...MEMANG BETUL2 JELAS SAYA ADA BUKTI!!!!YANG SOKONG EVENT MANAGER ORANG DIA..JUGA..!!!!PENJELASAN SEMUA ORANG KEMAMAN..YANG TELAH BERSATU.
Ini jawapan balas dari pihak yang mewakili pihak penganjur ;
hormat · 2 hours agoSalam, saya minta penulis blog mengeluarkan berita ini dari blog. kerana isu ini tiada kena-mengena dengan politik mahupun apa2 spekulasi. saya berada di tempat kejadian ketika budak ini datang dan complaint mengenai hadiah cabutan bertuah ini. walhal pihak penganjur tidak pernah mengatakan model apa blackberry yang akan dijadikan hadiah. isu ini tidak patut dikaitkan dgn politik kerana amatlah memalukan apabila melihat komen2 yang kurang bijak yang cuba mengaitkan dengan politik. budak ini tidak puas hati sbb dia tak dapat jual hadiah PERCUMA yang dia dapat. itu sahaja. pihak penganjur juga telah membuat laporan balas (sila rujuk Sinar Harian ms 54 hari ni) dan budak ini boleh dikenakan tindakan undang2 kerana memfitnah. kami ada bukti budak ini isi kupon cabutan bertuah (terlalu banyak) sedangkan setiap orang cuma dibenarkan mengisi satu kupon sahaja. DAN sekali lagi dijelaskan tiada isu politik atau cubaan meraih undi. Cabutan bertuah diadakan secara suka-suka untuk memeriahkan event. ape kes budak ni dahlah cabutan bertuah percuma, dapat hadiah pastu nak complaint? pihak penganjur minta dia pulangkan hadiah tapi dia paksa bayar wang ringgit (logik tak?). polis kat kemaman tak ambil tindakan sbb budak tu tak rugi sesen pon. tapi pihak penganjur boleh saman budak ini atas fitnah yg telah menjatuhkan reputasi pihak penganjur. sekali lagi saya mohon admin buang entri ini.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/budak-neh-kena-tipu-dengan-bn.html#ixzz26u2UVrMC
Siapa betul?
Siapa salah?
Siapa bohong?
Siapa jujur?
Kita jangan pilih. Ikut jek perjalanan kes sehingga terbukti pesalah sebenar. Simple.