Tak salah kalau' bodoh. Yang salah 'jadi' bodoh. Kegiatan bodoh kali neh dikesan dilakukan oleh umno pulau pinang. Cawangan mana tah.
Tengok dulu gambar kat bawah neh ;
Ini apa?
Ini ialah mereka2 yang diupah untuk mengosongkan rumah.
Atas kes apa?
Isu berkenaan roboh dan halau. Tanah tersebut dikatakan telah dibeli oleh bekas adun umno.
So salah ke dorang halau penduduk tersebut?
Sapa betul, sapa salah aku sendiri pun tak berapa pasti. Tapi penduduk yakin bahawa bekas adun umno tersebut telah memiliki tanah itu secara salah. Berlaku transaksi yang meragukan mengenai perjalanan jual beli tanah. Kiranya ada bukti la.
Ini membabitkan pihak baitumal dan pihak baitumal sendiri tidak pernah menyatakan apa2 persetujuan kepada sebarang urusan pindah milik dan jual-beli tanah. Untuk rekod, kes neh dah berlarutan selama 10 tahun.
Dan, tv3 siap mainkan isu neh dalam berita mereka. Mereka memberitakan perkara tersebut seolah2 ia ada kaitan dengan dap dan ketidakcekapan dap mentadbir penang sehingga menghalau orang melayu dari rumah. Tapi ketahui lah ;
Sapa yang beli tanah tersebut?
Bekas adun umno
Sapa yang halau?
Lelaki yang pakai baju umno = ahli / penyokong umno.
Macam mana ko tahu?
Lihat gambar seterusnya ;
Fikir tak apa yang aku fikir?
1. Ko dah tahu yang pada hari tersebut korang nak pergi halau penduduk keluar dari kawasan tempat tinggal dorang.
2. Ko dah aturkan masa, dah tetapkan jadual.
3. So pasai apa ko bangang2 nak pakai juga baju umno dan tutup ia gunakan cat?
4. Tak boleh ka pakai baju lain?
Nak halau orang = taknak orang detect benda neh ada kaitan dengan umno = pakai baju umno yang ditutup dengan cat?
Ermmm.. oke aku terpaksa cakap.
BANGANG.
Dari awal lagi korang dah buat plan. Dari awal lagi korang dah tahu benda neh pasti melibatkan media, polis dan orang awam. Bahkan akan ada tukang yang tangkap gambar. Pasai apa korang bodoh2 juga pergi pakai baju umno?
Tak faham betul aku. Tergeliat otak aku berfikir. Macam mana dorang boleh sebangang neh. Benda paling mudah yang dorang boleh buat untuk mengelakkan ia dikaitkan dengan umno ialah pakai je baju lain.
Buat apa susahpayah ko cat bagai? Itupun tutup tak habis. Buat apa susah payah pakai baju tue juga? Last2 tetap juga kantoi. Ini BANGANG terlatih. Maksudnya dilatih untuk menjadi BANGANG. Macam sekumpulan orang di atas. Dan janganlah kita tiru. Heh.
Bacaan lanjut disini.