Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Ogos 2012

Betul ke ini perangai buruk Tabung Haji?

Assalamualaikum w.b.t ,,,,salam sejahtera, apa khabar.
kepada Bro Blogger Milosuam (BMS) & Blogger Ameno World (BAW)

Wa ada permintaan pada BMS & BAW.  Mintak korang melalui blog popular masing-masing secara berkesan “highlight”kan  apa yang Wa dedahkan di sini.  Perkara ini adalah penting melibatkan kepincangan tatacara pengurusan agensi kerajaan yang menjejaskan kepentingan umat Islam Negara ini.

Wa harap sangat korang BMS & BAW dapat menjalankan task ini secara objektif, bukan berdasarkan kecenderongan politik dengan berani dan penuh tanggungjawab sesuai dengan kewibawaan yang di tunjukkan korang selama ini.  
   

PART 1:  
Projek HARAM Tabung Haji 
_____________________________

Projek HARAM TH ini sebenarnya telah di dedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 berkaitan Tabung Haji  (“TH”) tetapi tiada perhatian kerana isu Fidlot Lembu NFC mendominasi isu.  Di kalangan warga TH, isu ini bukanlah rahsia, semua orang dah tahu.

Sila rujuk LKAN berkaitan TH yang akan di lampirkan. Wa dah highlight part yang releven.

Untuk kepastian boleh double check versi asal dari laman web rasmi Jabatan Audit Negara:-

Klik =>  Jabatan Audit Negara  => Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010   =>  Badan   Berkanun Persekutuan. Lembaga Tabung Haji  (Page 117 hingga 124) 

Dari LKAN tersebut adalah jelas menunjukkan bahawa:-

1) Projek Menaik Taraf Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas (KTHBL) telah di jalankan tanpa mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

2) Status Bangunan KTHBL itu adalah haram kerana tidak mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).

3) Bangunan  KTHBL itu telah di gunakan secara haram sebagai Hotel.

4) Status perniagaan Hotel di KTHBL yang di jalankan sejak Januari 2008 adalah haram kerana tidak mendapat Lesen Perniagaan yang sah dari pihak berkuasa.

5) Terdapat  Dua Notis Meroboh terhadap KTHBL di keluarkan oleh MPPP pada 01/11/2010 dan 08/11/2010.

6) Perunding telah kemukakan pelan ubahsuai dan tambahan bangunan untuk kelulusan kepada MPPP pada 17/12/2010.

 7) Kelulusan Pelan Bangunan  masih belum di perolehi setakat tarikh audit LKAN.  
       
Adalah di harapkan pihak Management TH membuat penjelasan berkaitan isu ini dengan SEGERA. 


PART 2 
HOTEL HARAM TH :  Isu Intergriti 
____________________________
Seperti mana-mana organisasi lain, pihak management TH adalah bertanggungjawab memastikan semua aktiviti perniagaannya sentiasa mematuhi undang-undang.

Adalah amat di kesali pihak management yang terus menjalankan perniagaan  haram  walaupun ketidakpatuhan undang-undang telah di laporkan dalam LKAN. 

Perkara berkaitan “kepatuhan” kepada undang-undang adalah sangat penting yang mesti di patuhi.  Lebih-lebih lagi isu kelulusan Pelan Bangunan, CF dan Lesen Perniagaan  adalah  melibatkan keselamatan dan kepentingan umum. 

Kegunaan KTHBL -  Perhotelan

Wa mempunyai maklumat jelas bahawa bangunan KTHBL berstatus haram tiada CF itu telah di gunakan sejak Januari 2008 dan sehingga hari ini perniagaan  Hotel masih di teruskan  secara haram oleh TH .  Dalam hal ini mungkin ada baiknya BMS dan BAW dapat mengesahkan sendiri dengan counter check :-

Kegunaan  Bangunan KTHBL

Kegunaan bangunan  KTHBL adalah Hotel. Pada musim Haji di gunakan sebagai penginapan sementara jemaah dan pusat operasi haji setempat. Boleh buat carian dari laman web TH.   Rujuk kepada promosi Hotel TAHA D’Mutiara dan fasiliti yang di tawarkan. Boleh call untuk confirm samada Hotel tu masih di buka atau sebaliknya.
 
Status terkini Bangunan KTHBL

Boleh hubungi pihak berkuasa dan utilities berkaitan kelulusan Pelan Bangunan iaitu:- 

MPPP, Bomba, TNB, IWK, Telekom dan lain-lain pihak berkaitan.

Persoalan mengenai  intergriti management TH yang ingin di “highlight” kan adalah :-

1) Intergriti management TH di pertikaikan kerana melaksanakan Projek Menaik Taraf  KTHBL itu tanpa kelulusan MPPP secara haram.

2) Intergriti management TH di pertikaikan kerana menjalankan perniagaan perhotelan sejak tahun 2008 di bangunan KTHBL tanpa CF secara haram.

3) Intergriti management TH di pertikaikan kerana mengutip hasil perolehan  dari perniagaan haram sejak tahun 2008.

4) Intergriti management TH di pertikaikan kerana masih meneruskan perniagaan perhotelan di KTHBL sehingga hari ini secara haram walaupun isu ini telah di sedari setelah LKAN di keluarkan.
 
5) Intergriti management TH di pertikaikan kerana masih terus mengutip hasil perolehan  perniagaan haram  sehingga hari ini  walaupun isu ini telah di sedari setelah LKAN di keluarkan.

6) Intergriti management TH di pertikaikan kerana terus menipu pelanggannya sehingga hari ini walaupun isu ini telah di sedari setelah LKAN di keluarkan pada Oktober 2011.

7) Intergriti management TH di pertikaikan kerana jelas dengan penuh pengetahuan  terus menipu dan mendedahkan pelanggannya dalam bahaya walaupun isu ini telah di sedari setelah LKAN di keluarkan.

8) Intergriti management TH di pertikaikan kerana dengan jelas secara berterusan melanggar undang-undang sehingga hari ini walaupun isu ini telah di sedari setelah LKAN di keluarkan.
 
Persoalan mengapa management TH begitu berani melanggar undang-undang.  Mengapa keselamatan dan kepentingan pelanggan tidak di utamakan. 
 
Adalah di harapkan pihak Management TH membuat penjelasan berkaitan isu ini dengan SEGERA. 


PART 3   
 
HOTEL HARAM TH : Isu Keselamatan
_______________________________

Musim Haji akan tiba tidak lama lagi. TH akan gunakan bangunan KTHBL sebagai pusat operasi haji.  Jemaah haji yang akan di tempatkan menginap sementara di Hotel haram itu,  sebelum berangkat ke Tanah Suci. Adakah keselamatan jemaah akan terus di gadaikan oleh pihak TH.

TH tidak boleh terus menggunakan KTHBL dengan status bangunan Haram. Keselamatan jemaah tidak boleh di pandang remeh.  Management TH mesti  bertanggungjawab dan berintergriti dalam perniagaan. 

Persoalan penting apakah sebab-sebab permohonan kelulusan pelan bangunan tidak di luluskan oleh pihak berkuasa.

Adakah pelan bangunan itu tidak mematuhi menepati ciri-ciri keselamatan?

Adakah ketidakpatuhan syarat kelulusan itu terlalu serius sehingga Pihak Berkuasa tidak dapat memberi kelulusan pelan bangunan?

Apakah tahap keselamatan bangunan KTHBL itu?

Adakah TH  boleh memberi  jaminan keselamatan kepada pelanggannya?

Apakah status bangunan lain milik TH seperti di Menara TH, TH Selborne  Kelana Jaya, Sabah dan lain-lain.
Adalah di harapkan sesiapa yang mempunyai kepakaran bagi ulasan. Manakala pihak Management TH mestilah membuat penjelasan berkaitan isu ini dengan SEGERA. 

PART 4   
KTHBL:  “Haram”kah Perniagaan dan Perolehan
___________________________________________

Persoalan penting adakah perniagaan perhotelan di bangunan KTHBL yang tiada CF itu hanya haram dari segi teknikal undang-undang sahaja ATAU ianya benar-benar haram  menurut hukum syarak.

Ini adalah berdasarkan ada unsur-unsur “membahayakan keselamatan pelanggan”, “memperdaya pelanggan” dan “mengkhianati kepercayaan pelanggan”.  Semua unsur-unsur tidak baik ini sudah tentu di larang dalam Islam.

Semua pelanggan Hotel akan meletakkan kepercayaan penuh bahawa perniagaan Hotel itu adalah sah menurut undang-undang. Pelanggan percaya bahawa kesemua faktor keselamatan telah di sahkan oleh pihak berkuasa. Jika tiada CF, tiada lesen perniagaan pihak manakah yang mengesahkan keselamatan Hotel itu.
Jika perkara di atas tidak di patuhi,  sudah tentu ianya mempunyai  “weight” kesan dalam menentukan halal haram perniagaan menurut hukum. 

Sebagai agama yang lengkap Islam semestinya mempunyai peraturan dan garis panduan tertentu dalam muamalat perniagaan.   

Adalah di harapkan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan  dapat merungkai isu halal atau haram “perniagaan” dan “perolehan” di atas dengan mengeluarkan Fatwa.  Ini tidak susah, boleh di aturkan segera kerana ada di kalangan panel Majlis Fatwa Kebangsaan juga adalah merupakan ahli Lembaga Pengarah TH. 

SEKIRANYA perniagaan hotel itu di fatwakan sebagai haram,  umat Islam di seluruh negara sudah tentu ingin mengetahui persoalan  tentang:-

1) Apakah kedudukan /status duit hasil perolehan  dari perniagaan haram dalam TH menurut hukum.

2) Adakah duit perolehan haram itu boleh mencemarkan  wang tabungan halal yang jauh lebih besar jumlahnya. Kita boleh buat perbandingan apa hukumya makanan halal yang telah di cemari dengan wain. Adakah kesemua makanan itu menjadi tidak halal di makan.

3) Apakah status halal haram dividen yang di perolehi atas wang tabungan pendeposit  TH yang telah di cemari hasil perolehan perniagaan  haram menurut hukum.

4) Bagaimana hendak mensucikan wang tabungan TH yang telah di cemari dengan hasil perolehan  haram itu menurut  hukum.

5) Apakah hukum tindakan management TH yang terus menjalankan perniagaan haram itu setelah mengetahui  status bangunan KTHBL, terutamanya setelah LKAN di keluarkan.    

6) Adalah di harapkan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dapat mengeluarkan Fatwa berkaitan isu ini dengan SEGERA.  
 
Isu ini rumit susah nak di perjelaskan macam kena “check mate”. Jawab salah berdiam diri pun salah.  Tapi Wa penuh yakin management yang pandai-pandai belaka tu berupaya menggoreng isu ini dengan licik. Tapi management nak jawab apa? YB Menteri nak kata apa? Adakah cubaan mengaitkan isu dengan politik pembangkang untuk divert  isu? Adakah semua orang yang terlibat mengambil tanggungjawab? Adakah penyelesaiannya hanya dengan korban kambing hitam?

Penghargaan dan ucapan terima kasih atas perhatian dan usaha murni BMS & BAW.
Salam ikhlas.

WA - HAJI PRIHATIN -
Nota : Aku terima perkara di atas melalui email. Aku akan terai godek2 isu yang dia bawa samada betul ke tak betul dan dalam masa yang sama jika sesiapa ada bukti dan tahu hal di atas serba sedikit ataupun senang cakap tahu hal sebenar, mohon share kat sini oke.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...