Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Ogos 2012

Ubah kerajaan bahaya - Mahathir Mohammad.

Ex pm yang bercakap neh. Orang yang paling terkenal dalam bn dan umno. Bahkan antara tokoh yang di anggap bijaksana plus cerdik. Begini lah orang yang paling cerdik dalam umno berhujah. Tatau nak gelak ke nak kutuk. 


Chedet menulis ;

Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government.

Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.

Better the devil you know than the angel you don’t.

Sumber : Blog chedet.

Mahathir ku sayang ;

1. Apa yang bahaya nya dengan ubah kerajaan bn kepada pr? Selangor, kedah, terengganu, penang, perak, kelantan pernah melalui proses tersebut. Adakah mana2 rakyat dari mana2 negeri tersebut mampos, kojol, mati tak makan dan sebagainya?

2. Ubah = change, yang dimaksudkan disini ialah ubah kepada yang lebih baik. Rakyat bukan bodoh. Hanya kerana kami undi PR sekarang belum tentu kami akan undi PR selama2nya. Jika pada masa akan datang PR berperangai macam bn, rakyat juga akan tolak PR. Simple. Rakyat bukan kulibatak kepada sesiapa pun. Bukan kepada PR dan bukan juga kepada BN. Rakyat ada pemikiran sendiri dan kami boleh menilai prestasi semua parti politik.

3. Menakut2kan rakyat dengan pelbagai alasan adalah perangai bn. Sebelum pru 12 mereka juga menggunakan alasan yang sama. Antaranya selangor bankrupt jika air percuma. Jadi adakah selangor sudah bankrupt sekarang neh? Toll tak mungkin boleh dimahsuhkan kata bn sebelum pru-12 tetapi najib juga mahsuhkan beberapa toll, kenapa?  ISA akan dikekalkan untuk keamanan negara kata bn tetapi kini sudah memasuki proses pelupusan, jadi bn sudah mula meniru pemikiran pr kah?

4. Mengundi pr dan menilai proses perubahan dalam masa 5 tahun tidak akan membahayakan sesiapa kecuali bn dan kroni2 mereka kerana mereka lah kumpulan yang paling teruk terjejas jika kuasa bertukar tangan. Bukan sahaja mereka kehilangan kuasa, pangkat bahkan sumber kewangan. Dan inilah yang merisaukan mahathir dan seluruh orang2 bn. Bukan kerana mereka fikirkan masalah rakyat pun tetapi lebih kepada nak menjaga periuk nasi mereka.

5. Mahathir beranggapan pr akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang bn kembali berkuasa andai pr memenangi pru 13. Tetapi mahathir lupa, bukan kah bn sedang melakukan hal yang sama? Bahkan terbukti. Terengganu dulu diperintah oleh pas. Adakah selama nya ia di pegang oleh pas? Tidak. 

Jadi kerisauan mahathir itu tidak relevant bahkan ia sebenarnya mendedahkan penyakit bn. Maksudnya disini, mahathir dan bn menggunakan konsep tersebut, sebab tue mereka boleh ada pemikiran begitu. Dan ini terbukti sebab tue BERSIH wujud. Mereka lah yang mengertak, mengugut, menentukan halatuju pemikiran politik pekerja2 kerajaan tetapi mereka tuduh pr bakal berbuat demikian jika berjaya mentadbir negara. 

Kalau itulah yang terjadi maka tak mungkin lah ada kakitangan2 kerajaan selangor, penang dan kedah melakukan sabotaj kepada kerajaan negeri kerana mengikut telunjuk bn. Tak pandai nak menilai berita2 yang tersebar di utusan ke?

6. Sekali lagi mahathir lupa. Pemimpin mana yang kawal media massa selama neh? Pemimpin mana yang menetapkan syarat agar pembangkang tidak diberikan ruang untuk berkempen di suratkhabar dan tv? BN ke atau anwar ibrahim? Cuba bagi aku masuk tv3 untuk kritik mahathir, mungkin kah perkara tersebut berlaku ? Apa yang sedang berlaku ialah dsai menyaman mereka yang menfitnah bukan mengkritik. Kan jauh beza antara mengkritik dengan menfitnah?

7. Nepotism dan kronisme akan berleluasa jika dsai jadi pm? Aku tak nafikan memang ada risiko tersebut. Tapi kita tunggu dan lihat dulu larh kalau ia benar2 terjadi kita boleh larh kritik. Tapi sekarang neh aku nak tanya apakah nepotism dan kronisme tak wujud di bawah bn? Kita jawab benda yang dah terbukti dulu larh. Aku faham penyakit nyanyok mudah datang kepada mereka2 yang dah berusia. Nasihat aku kalau tak sihat bawa2 lah berubat. 

Setuju sangat dengan pendapat mahathir lebih baik syaitan yang kita kenal dari malaikat yang kita tak kenal. At least sesetan2 pakatan rakyat tue, aku nampak dan tahu berbanding semalaikat2 bn yang menyamar jadi baik depan2 tapi kat belakang macam penyamun. Benda yang mana ramai orang tak nampak, tak sedar tapi itulah yang sedang berlaku. 

Mereka merompak berbillion2 ringgit, lepas tue bagi rakyat sejuta dua then canang satu dunia cakap mereka pemimpin adil sebab buat kerja. Walhal dah memang dibayar gaji untuk buat kerja, buat je la. Cakap banyak, kerja sikit, gebang kuat, tapi kebaikan untuk rakyat? Hampeh. Untuk kroni jek lebih. 

G jalan larh. Ubah je dari bn kepada pr. BN bukan Allah swt. So jangan nak perasan oke. Yang boleh ubah nasib kami adalah diri kami sendiri. Caranya kami kena pandai memilih pemimpin. Hentikanlah cakap2 yang menakut2kan kami seolah2 tanpa bn kami mati. Sorry. Tanpa nyawa jek kami mati. Dan nyawa itu urusan Allah swt, bukan bien. Ingat sket. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...