Betul ke tue? Betul ke dorang tue tengah mengelabah gaban? Ini hanya satu pertanyaan. Jangan nak marah melulu. Sebagai rakyat kita nak bertanya sebab apa semenjak dua menjak neh selepas insiden bersih 3 kita melihat tindakan2 bn semakin tidak keruan dan sangat caca marba.
Biar aku perjelaskan asas kepada persoalan di atas neh. Kenapa aku terfikir nak tanya soalan di atas neh adalah disebabkan tiga perkara.
1. Selepas bersih 3 berlalu, sana sini media dan segala bagai jentera kerajaan dikerahkan untuk menyebarkan maklumat yang serong dan salah mengenai bersih. Maklumat benar aku tak nafikan, maklumat serong jek aku kecam. Contohnya jumlah mereka yang hadir bersih. Mula2 bien cakap tak ramai mana pun yang sokong bersih. Lepas tue najib cuba banding membandingkan bahawa penyokong dia lebih ramai berbanding peserta bersih 3.
Itupun dalam satu program di kelantan yang mana dia terkantoi mengarahkan student politeknik menyertai majlis dia supaya terlihat ramai. Lepas tue buat2 muka tak malu cakap macam kat bawah neh.
Lihat video ;
Itupun dalam satu program di kelantan yang mana dia terkantoi mengarahkan student politeknik menyertai majlis dia supaya terlihat ramai. Lepas tue buat2 muka tak malu cakap macam kat bawah neh.
Lihat video ;
Lepas tue najib dan bn plan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran yang mana dipercayai akan menghimpunkan lebih ramai orang berbanding mereka2 yang sokong BERSIH 3. Faham tak kelakuan dorang neh macam mana?
- Najib, bien, media arus perdana = cakap penyokong bersih tak ramai. Bersih 3 tak mendapat sambutan. Hanya minoriti sokong bersih 3.
- Najib, bien, media arus perdana = juga yang beria2 banding membandingkan peserta bersih 3 dengan penyokong masing2 siap nak mengadakan perhimpunan balas.
Kalau dah tak ramai, sikit, minoriti atau apa sahaja, kenapa ko sibuk nak banding membanding?
Contohnya ;
Ali seorang pelajar. Dia pelajar tercorot. Dia selalu dapat 0 dalam kertas ujian.
Abu seorang pelajar. Dia pelajar terpandai. Dia selalu dapat 100 dalam kertas ujian.
Korang rasa rasional tak abu nak pergi bandingkan diri dia dengan ali pelajar tercorot tue? Mestilah tak kan. Buang masa dia jek. Bukan rasa tercabar pun. Kalau dia nak banding membandingkan diri dia sekalipun, dia akan bandingkan dengan seseorang yang boleh mencabar dan mengatasi dia. Ini common sense.
Sama juga kes nya dengan BN neh. BN dan Najib tercabar dengan bersih 3 tetapi mereka taknak mengaku. Hidup dalam penafian. Kenapa nak seksa diri sendiri? Inilah masalahnya bila menjadi jujur pun dah rasa cuak dan takut. Itu pasal orang cakap, jangan selalu menipu. Akhirnya, dah tak mampu nak bersikap jujur. Heh.
2. Najib, bn dan seluruh jentera kerajaan juga mula mengeluarkan arahan2 pelik dan fatwa2 mengarut. Contoh fatwa mengharamkan demotransi yang berniat menjatuhkan kerajaan. Ini jelas fatwa bodoh. Jangan cakap aku murtad sebab aku tolak fatwa bodoh neh. Orang islam yang berfikir dia tak mengikut melulu. Orang yang ikut melulu tue orang islam yang bangang.
Siapa dia majlis fatwa neh yang boleh mengharamkan demotransi menjatuhkan kerajaan? Kenapa haram? Kalau kerajaan tue tak mampu dijatuhkan dengan jalan undi, kalau ada keperluan dan menuntut untuk kita berdemo, jadi why not?
Yang sebenarnya, kita bukanlah hidup di satu situasi yang static. Hari2 makan benda sama. Hari2 buat benda sama. Hari2 melalui kehidupan yang sama. Kita tidak. Katakan sahaja bn dulu bagus dan menjaga rakyat. Tapi bn sekarang kejam dan zalim.
Jadi, jika tidak menjatuhkan mereka, apa? Apakah kami harus menerima kezaliman mereka? Orang2 yang menyokong bien neh samada dorang sendiri terlalu bangang sampai tak sedar diri dizalimi ataupun bersubahat dengan bien menzalimi orang. Dua jenis neh jek yang wujud.
Lagipun, dalam isu demo bersih 3 neh sebenarnya, ia semenjak dari awal lagi bukanlah demo mahu menjatuhkan kerajaan. Ia cuma demo mahu mereformasikan spr. Itu sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Walaupun aku ada keinginan mahu bn digulingkan tetapi aku faham matlamat bersih. Aku dah belajar membezakan apa itu perjuangan politik untuk memastikan bn turun dengan perjuangan bersih bagi membersihkan spr.
Begitu juga dengan penyokong2 bersih. Tindakan mengharamkan bersih atas sebab bersih nak mengulingkan kerajaan adalah satu tindakan bangang sebab bersih bukanlah demo yang mahu mengulingkan kerajaan pun. Disini jek kerajaan dah mula mislead perjuangan asal bersih.
Sebenarnya tak salah pun kalau bn benar2 tak boleh terima bersih. Tetapi kalau tak boleh terima sekalipun itu bukan bererti mereka ada hak nak fitnah bersih sebagai demo yang sokong seks bebas, pro lgbt, pro yahudi, anti-islam, nak jatuhkan kerajaan dan kaitkan ia dengan mesir dan arab spring.
Seperti mana marina mahathir menulis di blognya, bn bukanlah mubarak, oleh itu dari awal lagi kenapa bn perlu rasa risau dengan bersih? Adakah kerana bn sedar bahawa mereka itu sememangnya mubarak versi malaysia sebab itu mereka begitu takut dengan bersih? BN, kalau benar2 sebuah kerajaan yang adil, sejak dari awal, mereka juga tidak perlu risau dengan arab spring apatah lagi bersih.
3. Menangkap penyokong2 bersih dan menakut2kan mereka yang menyokong bersih selepas bersih 3 berlalu ialah satu perbuatan yang jelas tidak bertamadun. Jika dulu mereka tahan orang sebelum pergi demo bersih tetapi sekarang mereka tahan orang selepas pergi demo bersih.
Sekarang neh gunakan kerajaan arab saudi dan mula menyebarkan api kebencian terhadap bersih sedangkan dari awal lagi mana ada peserta2 bersih 3 protes di mekah dan madinah pun. Boleh fikir betapa bengap tak mentaliti jamil khir dan bn neh?
Penyokong2 bersih di mekah dan madinah tidak boleh dianggap sebagai berdemo dan protes pun. Mereka hanya berkumpul dan bergambar. Yang berdemo dan protes itu di malaysia. Penyokong2 bersih di luar negara hanya berkumpul, bergambar untuk menunjukkan bahawa mereka sokong apa yang kita buat kat sini.
Yang lebih zalim dan kejam ialah, mereka telah gunakan alasan bodoh2 dan remeh temeh untuk mempersoalkan penyokong2 bersih di mekah dan madinah. Sepatutnya dorang tue seme kena tutup muka macam pelajar2 di mesir. Habis seme bn mangsakan. Sorang pun dia tak bagi peluang untuk hidup aman. Sorang pun tidak. Semoga Allah swt melindungi sahabat2 bersih kita disana.
Melengkapkan siri kezaliman bien, dorang memang akan melakukan sesuatu bagi melepaskan kemarahan mereka kerana ada pelajar2 di mekah dan madinah menyokong bersih 3. Sebab tue khalid sendiri telah mengeluarkan satu statement yang jelas bahawa mahasiswa yang menyokong bersih 3 memang boleh dikenakan tindakan. Ini satu bentuk hint bahawa jika dia nak amek tindakan, maka bersiap sedia lah kaw.
Tapi, kita juga nak bagi hint kepada kerajaan bn. Kita bagi hint atas 3 identiti. Pertama identiti rakyat. Kita nak cakap dengan bn bahawa kita tidak akan tunduk dengan ketidakseimbangan ekonomi yang sedang kita alami sekarang neh. Kita tidak akan tunduk dan mengalah dengan orang2 kaya yang sedang menindas orang2 kebanyakkan dan miskin macam kita disebabkan polisi2 kerajaan yang jelas memihak kepada kapitalis berbanding rakyat marhaen seperti kita.
Kedua, identiti penyokong pembaharuan. Kita juga tidak akan tunduk dengan momokan palsu, pengecut dan dayus sesetengah orang yang beranggapan tanpa bien kita akan mati dan negara kita akan musnah. Kita percaya kita hidup dan mati kerana Allah swt, dan bien itu hanyalah sebahagian dari proses kehidupan kita. Mereka boleh ada dan boleh tiada dan itu lah yang kita panggil kehidupan.
Ketiga, identiti penyokong bersih. Kita tidak akan tunduk, akur dan redha dengan segala bentuk fitnah ke atas kita. Hari neh mereka berani sebarkan fitnah, dan mereka mungkin akan meneruskan agenda fitnah ke atas kita pada masa2 akan datang, tetapi percayalah, semakin banyak mereka fitnah kita, semakin ke dalam lah mereka akan jatuh dan terperosok. Beginilah, orang2 yang mempercayai Allah swt akan berfikir.
Ameno : Pemimpin ala Hosni Mubarak dan Ben Ali ada di malaysia.