Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 April 2012

Shahrir masuk PAS? Khalid Samad dah sahkan. .

Mak aiii.


Mula2 aku fikir tipu jek neh. Confirm tipu der. Tapi bila aku tengok kemain lagi pemimpin itu neh buat statement bagai. Biar betul? Ini citer betul ka? Bukan citer tipu2 meh? Bukan kah neh citer april fool jek neh?

Tapi rupa-rupanya.. peh. Korang saksikan sendiri kenyataan penuh khalid samad neh. Masa tue baru korang tahu langit tinggi ke rendah ke serdahana tinggi ke serdahana rendah ke, katik dan etc.

Baca bawah neh ;

SHAH ALAM, 1 April:Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.

(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu. 

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

Shahril dlaporkan blog itu berkata:

“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.

Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.-Harakah-

Kesimpulan nya apa? Kesimpulan nya khalid samad dah sahkan bahawa benda neh april fool jek. 

kah kah kah

Namun sayang, masih ada yang percayakan benda neh sebagai real pula. Mak aii.. Jangan terpedaya der. Orang buat sindir je. Mungkin gak benar dia sambut april fool. Apa pun itu niat dia malas aku nak ulas lebih2. Cuma simpati pada yang terpedaya siap pergi hebahkan di wall fb lagi kecoh kecoh shahrir samad masuk pas.. panas2.. hebahkan shahrir masuk pas.. dah insaf bagai.. umno bakal tumbang dan etc.. adoii tergelak aku der. Siyes.

Pada sesiapa yang terpedaya tue, aku harap korang maafkan lah mereka. Mereka tue bergurau tapi sayang tak kena tempat dan time. Tue jek. Bai.

kah kah kah

Ameno : Lawak tapi ramai tak dapat tangkap ia adalah lawak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...