Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 April 2012

'Kenaikan harga gula, bahan bakar tak akan beban rakyat'


Menteri yang cakap. Dia cakap tidak akan membebankan rakyat. Dia bercakap bagi pihak siapa? Diri dia or mewakili rakyat? Isu nya mudah. Nak tahu benda neh beban ke tak beban ke ko kena tanya rakyat sendiri. 

Direct, jangan tapis2. Bagi aku keluar tv3. Aku nak cakap dalam berita. Aku nak cakap kenaikan apa jenis barang makan dan apa jenis barang keperluan asas pun memang membebankan rakyat. Lepas tue kita buat sesi telefon. Jangan tapis2 gak. Tengok ramai yang setuju dengan aku atau ramai yang sokong kenyataan menteri. Ada berani kah?

Dan aku suka nak petik pandangan facebooker di mkini yang cakap ;

nak tau beban pada rakyat @ tidak, try la naikkan harga  -mkini-

Ya, aku setuju dengan pandangan dia. Kalau ko nak tahu benda neh beban ke tak beban kepada rakyat, SEKARANG ko NAIKKAN seme barangan keperluan tue, naik dan potong segala bentuk subsidi yang wujud. Mari kita sama2 saksikan siapa yang terkena.

Dan dalam waktu yang sama, kebodohan menteri malaysia memang terserlah. Dia pongpang2 cakap kenaikan tak membebankan lepas tue dalam masa yang sama dia pongpang2 sembang pasal kedai rakyat 1malaysia. Dah kalau tak membebankan buat apa ko buat kedai rakyat 1malaysia? Bodoh ke tak bodoh jawab nya tue?

Susah. Memang susah. Susah orang2 cerdik diperintah oleh orang2 bodoh. Tolonglah orang2 bodoh, beramboslah dari situ. Itu bukan tempat korang. Menderita kami yang cerdik neh. Please lah faham.

kah kah kah

Kenaikan terbaru harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.


Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isirumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan.


Bercakap ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, beliau kenaikan (20 sen) harga gula sekilogram hanya membabitkan tambahan RM1 sebulan kepada mereka.


Ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), timbalan menteri menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api juga merupakan peningkatan kecil kepada purata pengguna jalan raya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Tan berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup.


Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.


Menurutnya, kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barang runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan mereka.-MKINI-

Lihat petikan kaler merah. Tidak terlalu membebankan rakyat tetapi buat alternatif untuk meringankan beban rakyat? Korang faham dia cakap apa? Yang sebenarnya memang membebankan rakyat, mengaku je terus terang. And alternatif ko pun alternatif sampah. Langsung tak guna dan haprak.

Sebenarnya kalau dibuat betul2, ada jek alternatif yang lebih baik tapi masalahnya kerajaan suka buat kerja cincai boncai. Ada ramai cerdik pandai yang sudi salur idea kat kerajaan tapi kerajaan nak terima ka idea kami? Pergi mampos. Kroni dulu, untung dulu, rakyat paling terakhir. Itupun time undi. Itulah hakikatnya di malaysia.

Ameno : Tak membebankan rakyat macam ko jek kot.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...