Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 April 2012

Nazri Aziz dah mengamuk marah SPRM.

Aikk Nazri Aziz? Makan cili ke apa?

kah kah kah

Nazri aziz semalam telah mengeluarkan statement menegur salah seorang pegawai sprm disebabkan pegawai sprm memberitahu kepada peserta forum bahawa SPRM menyiasat kesemua kes rasuah yang dilaporkan tetapi selepas siasatan siap dan hantar kepada pejabat peguam negara, kertas siasatan kebanyakkan nya ditolak atas alasan tiada bukti yang lengkap.

Kalau dibaca betul2 statement shukri  = timbalan pesuruhjaya operasi SPRM, kita mungkin akan membuat beberapa pandangan iaitu ;

1. pejabat peguam negara tolak kertas siasatan sprm dan tidak mahu buka kes walaupun kertas siasatan telah diserahkan.

2. sprm suka buat kerja tak cermat sehingga pejabat peguam negara terpaksa tolak kertas2 siasatan mereka akibat masalah bukti yang tidak mencukupi.

Kalau ikut akal aku, dedua2 neh patut dipersalahkan. Bukti tak lengkap = tidak mencukupi pun takpe. Sebenarnya asalkan ada sahaja bukti, kes memang dah boleh dibuka untuk pendakwaan di mahkamah. Semasa kes berjalan pun, boleh cari bukti sekali. Tak rugi apa der. 

At least nampak sikit ketegasan pejabat peguam negara untuk membendung gejala rasuah. Tapi itu seme tak berlaku sebab apa? Sebab mereka tiada ketegasan untuk membendung rasuah. Orang kalau dia takde rasa benci terhadap rasuah, maksudnya apa? Pepaham sendiri lah ek.

kah kah kah

Namun dalam masa yang sama sprm juga dilihat seolah2 cuba melarikan diri dengan menunding jari ke arah pejabat peguam negara. Itupun salah juga. Dah tahu kuasa ko tue terhad, lainkali pergilah berjuang supaya ko diberikan kuasa untuk mendakwa sendiri tanpa bergantung kepada pejabat peguam negara. Buat lah memo ka, hantar usul ke piem ka apa ka. Jangan lah hanya menyalahkan pejabat peguam negara je padahal korang tue rakan sekroni juga.

Tapi apa yang paling pelik sekali sekarang neh ialah statement balas nazri aziz. Yang dia beria2 marah sangat kenapa? Tue jek jadi persoalan nya. Dia sound shukri ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

NONENazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri (kiri) mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka.


Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu.

Tugas Shukri, tegas Nazri, adalah hanya untuk menyiasat dan "saya harap ini tidak akan mengelirukan rakyat."

Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan. -MKINI-

Owhh..

Shukri buat penjelasan, nazri aziz cakap tak perlu. Maksudnya sprm sekarang takley cakap apa2 arh. Especially yang membabitkan pejabat peguam negara kan kan kan?

kah kah kah

Ada sesuatu disini. Memang ada sesuatu. 

kah kah kah

Ameno : Nak cover up sapa arh tue..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...