Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 11 Mac 2012

Gua tidak begitu bodoh lah admin page kami boikot tv3..

Pengalaman aku di ban oleh page2 pro umno bukan rahsia lagi der. Boleh kata aku takde ruang langsung dalam page2 pro umno yang jenis update setiap hari dan ada ramai fans yang komen. Aku tidak diberikan langsung ruang oleh mereka untuk berhujah walaupun aku sedia patuh jika mereka berhajat nak mengenakan apa2 syarat.

Sampai satu saat, aku dah tak boleh nak pergi memana dah untuk berpolitik di facebook melalui profile peribadi melainkan hanya melalui fan page. Tapi ruangan tue aku rasa sangat terhad dan ia seperti tidak memuaskan jiwa aku. Sebab aku jenis tak suka berhujah syok sendiri or sesama geng sendiri. 

Maksud aku kalau kita ada satu2 isu, then kita pun potpet2 diskus sesama kita then potpet2 mengutuk2 bien, so apa yang kita dapat dari situ? Kita tak dapat apa2, ia ibarat macam bersembang2 sesama kita jek der. So aku pun tulis lah blog. Idea asal sebab aku tengok sesama blog pr dan bn neh sering berlawan isu. Macam best siot. Jadi aku pun masuk arh sekali nak berlawan [actually berhujah] sambil melahirkan apa yang aku rasa. Itu jek.

Aku dulu ada persepsi bahawa penyokong2 bien memang tak suka berhujah dan tidak boleh menerima perbezaan pandangan. Ini berbeza dengan penyokong2 pr. Bagi aku penyokong2 pr neh suka berhujah dan boleh menerima perbezaan pandangan tak kiralah samada condong atau tak condong kepada mereka.

Tapi persepsi tue dah berubah dalam beberapa bulan yang lepas sebagaimana berubahnya tagline di blog aku neh. Semakin aku mengenali mereka, semakin aku nampak mereka dan penyokong2 bien sebenarnya takde jauh beza. Kalau kita lihat dari sudut yang besar kita sukar nak nampak dan menilai perkara2 yang kecil dan details kalau tak masuk dalam lingkungan tersebut.

Bila kita dah termasuk dalam lingkungan tersebut, mengenali ataupun melihat sendiri perangai2 sesetengah penyokong pr maka kita akan berasa sangat2 selesa jika berada di laluan tengah2. Aku dulu taktahu sebab tidak merapatkan diri or cuba untuk mengenali mereka secara detail, tetapi bila ruang untuk melibatkan diri dengan kumpulan2 tersebut dicuba oleh aku, aku dapati ia sangat bukan aku.

Berbeza pandangan bagi aku ialah satu bentuk keterbukaan yang semua orang kena terima tak kira dari side mana pun ko duduk. Jangan bercakap pasal media berat sebelah der kalau ko sendiri pun gagal amalkan apa yang ko juangkan. Jangan. Pengalaman menjadikan aku sangat berhati2. Aku ada banyak pengalaman di ban der. Sangat banyak. Ia tidak terkira. Sebab tue aku mahir dalam bab persediaan.

Dan kini antara page yang termasuk dalam koleksi pageyangamenoworldkenaban juga telah memilih untuk menutup pandangan orang yang berbeza dengan mereka. Kalau tv3 kena kutuk sebab sekat pandangan orang yang berbeza dengan mereka, maka apa persepsi yang aku kena zahirkan melalui perbuatan admin page kat bawah neh? Heh.




Ameno : Ketam ajar anak jalan lurus sebab taknak anak ketam tiru perangai mak ketam yang jalan senget. Itu yang aku faham le.. Heh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...