Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 11 Mac 2012

Pengalaman bergaduh dengan Nizar Jamaluddin..

Lihat gambar kat bawah neh ;



Wakil rakyat ;

1. YB Nizar Jamaluddin - PAS.

2. YB Wong Kah Woh - DAP.

Jumaat lepas aku diberikan peluang untuk bertemu kedua2 wakil rakyat di atas neh. Kami berdiskusi dan aku rasa memang seronok kerana terlibat dalam perbincangan tersebut. Buat pertama kalinya pandangan aku terhadap nizar berubah. Harus di ingat pandangan aku terhadap nizar selama neh ialah = seorang wakil rakyat yang tak buat kerja.

Kenapa? Bagi aku jika aku tak dapat baca or terima info yang dia ada buat kerja = aku anggap dia tak buat kerja. Bagi aku setiap wakil rakyat yang buat kerja harus dipromosikan kerja2 yang mereka buat kerana itu adalah sebagai satu langkah untuk memberitahu kepada orang ramai apa yang pernah dan sedang dilakukan oleh wakil2 rakyat.

Sesetengah orang menganggap itu ialah budaya promosi yang murahan. Dia buat kerja asalkan orang2 yang terkesan dengan kerja yang dia buat tue tahu cukuplah. Buat apa nak hebohkan dan hebahkan ke satu malaysia pula. Perlu ke bersikap over macam bien? 

Ya, tak perlu pun. Jangan keterlaluan. Sampai hari2 keluar masuk tv der. Aku pun bosan sampai melebih2kan benda yang remeh. Dan aku percaya semua orang pun akan bosan. Usah kata aku, malahan mungkin pembaca tv3 sendiri pun bosan.

Tapi, kalau tak diberitahu langsung itu pun tak berapa tepat. Biarlah bersederhana dalam menyampaikan maklumat kepada penyokong dan rakyat. Sekurang2nya kita perlu di alert apa yang wakil rakyat kita neh sedang buat. Sebab tue sekali sekala jika promosikan apa yang mereka buat itu adalah langkah yang patut.

Antara info2 yang aku dapat tahu pada malam itu ialah sebab sebenar pembangkang tidak boleh membentuk di bawah satu pakatan. Ia bukan masalah ROS sebaliknya tidak mencukupi syarat sekurang2 mesti ada 7 parti yang bergabung untuk membentuk di bawah satu gabungan. Tanggapan yang menyalahkan ROS tue sepatutnya dihentikanlah terus sebaliknya PR tidak memenuhi syarat kelayakkan yang tersedia dalam perlembagaan. 

Antara hujah yang aku buka dalam perbincangan tersebut ialah mengenai isu serangan peribadi. Bagi aku, menyerang peribadi adalah sesuatu yang kita semua tak perlu buat. Tak kiralah ko lawan or kawan, jangan attack peribadi orang. Bagi aku jika isu tue melibatkan wang rakyat, masalah2 yang boleh menjejaskan rakyat, takpe aslong bukan serangan peribadi.

Aku mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu serangan peribadi neh. Bagi aku selagi mereka tak buat depan rakyat [dibuat secara sorok2] ia bukanlah tanggungjawab kita untuk cari dan dedah.  Contohnya macam minum arak sehingga mabok [bukan islam] ataupun ada dua tiga orang isteri [orang islam], ia bukan sesuatu yang perlu kita masuk campur pun.

Kalau mereka minum arak guna wang rakyat, itu isu. Kalau mereka mabok2 di satu lokasi atas kerana terlibat dalam keraian2 tertentu, itu bukan isu bagi aku. Asal tidak menggunakan wang rakyat or menjejaskan rakyat.

Tetapi pandangan aku disanggah dan itu satu perbincangan yang sihat. Bukan hanya disanggah oleh YB [asalnya aku sanggah pendapat YB Nizar dulu] malahan disanggah oleh rakan yang lain. Dan itu still satu perbincangan yang sihat. Kami berbeza, namun perbincangan kami sangat sihat.

Aku tak nafikan point mereka betul. Peribadi bakal pemimpin dan wakil rakyat wajar dipersoalkan kerana mereka ialah bakal pemimpin. Kalau ko dapat tahu pemimpin ko suka mabok2 [bukan islam], boleh ke ko terima situasi macam tue? Ataupun kalau ko dapat tahu pemimpin ko banyak bini2 yang disorokkan walaupun sebenarnya tidak salah pun berkahwin lebih dari satu [orang islam], boleh ke ko faham? Tidak kah ko akan syak dan ragu2 kenapa dan mengapa begitu dan begini?

Kadang2 kita taktahu apa yang kita buat time mabok2. Bayangkan sahaja kalau tengah mabok2 kita melakukan aksi2 yang tidak sepatutnya dan ia dirakam seterusnya disebarkan macam kes elizabeth wong dan CSL. Bukan kah itu akan memalukan nama baik parti dan pemimpin? Bukan kah ia akan dipersoalkan?

Siapa suka dipimpin oleh pemimpin yang dipersoalkan keperibadian mereka? Aku juga tidak suka. Sebab tue aku tak kata point mereka salah cuma dalam situasi sekarang neh aku melihat isu peribadi seringkali diperbesar2 sehingga menutup isu2 yang lebih penting kepada masyarakat.  Itu membuatkan aku memang malas melayan isu2 peribadi. 

Itu pandangan aku, tapi pandangan YB Nizar memang tepat kalau di ikutkan dari konteks sekarang neh kita memang memerlukan pemimpin yang memiliki peribadi yang baik jika tidak mahu spesis katak bertambah selepas PRU - 13 kelak. Heh.

Sebenarnya tak banyak benda yang aku boleh share kat sini hasil dari perjumpaan tersebut cuma aku dapat simpulkan bahawa kedua2 YB tersebut ada kesungguhan boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan. Yang tue aku paling suka. 

Malahan mereka mengalakkan kritikan ke atas pembangkang agar pimpinan boleh sedar salah silap mereka namun harus dibuat dalam versi mengkritik atas benda yang berfakta, dan harus ada idea bagi menanggani satu2 isu yang dikritik. Maksudnya jangan kritik babi lancau je la. Itu bukan kritik der.. itu maki. Heh.

Dan buat pertama kalinya juga aku merasakan yang nizar jamaluddin neh ada kriteria yang boleh diangkat untuk mengantikan or menghapuskan dsai. Aku nampak nizar ada ciri2 yang boleh bagi harapan malaysia baru kat aku. Cuma aku perlu lebih ruang dan masa untuk memahami sejauh mana visi2 yang ada dalam kepala hotak dia tue di usahakan oleh nya dengan nada yang bersungguh2 andai dia diberikan kuasa untuk mentadbir perak semula pada pru -13 kelak.

Aku tak suka menilai pemimpin melalui mulut mereka. Bercakap, semua orang pun boleh dan pandai. Tapi siapa yang mampu melaksanakan dasar2 yang membawa kebaikan kepada rakyat. Itu yang aku mahukan dan aku percaya semua orang pun suka menilai pemimpin melalui hasil kerja mereka. Tak kiralah dari side apa pun. 

 Ameno : Pembangkang yang membangkang pembangkang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...