Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 15 Februari 2012

Takde logo 1 malaysia kat barang neh no subsidi faham tak peniaga2 malaysia?

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

MAMPUIH !!!

Orang jahat dah mengamok beb.

Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.

Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.

Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.

Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".

Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

malysiakini/-


Wooittt aku sebagai pembeli boleh tak nyatakan ketidakpuasan ahti aku? Boleh? Aku pun tak puas ahti gak neh. Aku nak beli product yang takde cop 1 malaysia neh. Takde SUBSIDI aku pun tak KESAH lah woiit. 

Aku sakit mata, jiwa, badan dan segala2nya bila nampak virus 1malaysia neh. Aku tak boleh hidup dengan geng2 hipokrit. Biarlah beli mahal sikit asalkan takde benda alah tue. Hope kerajaan boleh pertimbangkan idea aku neh. Tolong lah ek. Tenkiu.

Ameno : 1Virus.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...