Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 15 Februari 2012

Lagi gambar Anwar Ibrahim dalam Sambutan Perayaan Ponggal.

Neh bukan datang dari bloggers umno. Neh direct sumber dari YB pembangkang sendiri. Kalau gambar neh betul maka dipercayai gambar pakai nandek tue juga betul. Malahan saksi yang mengedarkan gambar tersebut bukanlah orang lain. Dia ialah orang yang berada disitu. Rasanya orang apa yang akan berada disitu kalau bukan ;

1. Orang pkr yang datang atas jemputan.

2. Orang india yang merayakan perayaan tersebut.

Lihat bawah neh sendiri ;







Dalam isu neh aku mahukan kita seme menerima pendapat para ulama dan alim agama. Tak kira apa pandangan mereka, belajar untuk hormat walaupun ia keluar dari mulut Mufti Harussani. Sebagai orang islam, kita junjung Alquran dan bukan nya mana2 manusia. Belajar untuk terima hakikat neh samada ko suka ataupun tak suka.

Sebab tue ada baiknya kalau para ulama yang mengulas isu neh. Aku berharap kita tolak dulu andaian gambar neh ialah gambar super impose sehingga ada penafian dari anwar ibrahim itu sendiri. Apatah lagi ada video yang boleh menguatkan keterangan mereka. Walaupun aku baru tahu perayaan ponggal tue apa tapi yang jadi isu disini ialah majlis di pakaikan tanda dahi dan diperasapkan tue. Harap faham.

Dan lagi satu aku nak sound sket penyokong2 umno yang pengecut. Aku ulang. Penyokong2 umno yang pengecut. Korang takde kerja lain ka? Kalau ko tak puas ahti dengan aku ko direct tulis komen kat bawah neh. Aku bukan pengecut yang akan delete komen or tapis komen2 korang. Aku gentle jek. 

Buat apa ko mengata aku kat blog2 umno bagai dan menyebarkan sesuatu yang aku tak sebut? Aku rasa jelas dalam artikel sebelumnya [rujuk sini] aku ada menulis bahawa aku tak tahu gambar2 tersebut gambar benar or tidak. Aku tak kata pun oii ini confirm super impose beb. 

Aku ada beri peluang ke dalam ahti aku untuk berasa ragu2 dan ber ahti2 kerana bukan sekali dua dsai di fitnah. Dah banyak kali beb. Jika aku bersikap ragu2 dengan maklumat yang datang dari sumber fitnah ia adalah sesuatu yang normal. 

Tapi dengan menyebarkan ayat kekonon nya aku cakap itu gambar super impose adalah perbuatan yang keji. Bertanya bahawa adakah ini gambar super impose dengan mengesahkan ia adalah super impose ialah dua perkara yang berbeza. Ia membawa maksud yang berbeza juga. 

Kalau ye pun nak sebarkan apa yang aku tulis sila sebar benda yang benar dan bukan merapu. Jadi lelaki, berani lah sket. Berani berkata benar dan berani juga sound aku direct. Buat apa ko mengumpat aku belakang2 macam seorang pengecut? Owhh.. mungkinkah kerana aku yang terlalu berani sehingga aku merasakan ko seorang pengecut? Heh.

Dan tolong lah faham kenapa penting sangat neh dsai neh. Pentingnya dia sebab dia ialah seseorang yang bakal di angkat kita seme sebagai pm malaysia bagi mengantikan pm2 dari bn. Penting betul dsai neh sehingga 24 jam dia akan diperhatikan.  

Jadi perlunya dia menjaga diri dia supaya kita yang mahu mengangkat dia tidak perlu bersoal jawab isu2 macam neh dengan orang2 yang tidak mahu mengantikan bn kepada pr. Kita mahu buktikan betapa bagusnya pr berbanding bn. Bukan sahaja dari segi sistem, dari segi akhlak dan iman juga. Kita sudah bosan dengan pimpinan sekular dan kini kita mahukan sesuatu yang berbeza. 

Jika bn ialah ikan sardin dan pr juga ialah ikan sardin apa alasan nya aku nak buang ikan sardin dan kemudiannya membeli ikan sardin pula? Sudah tentu tiada alasan langsung. Sebagai manusia kadangkala kita terjebak dan tidak tahu. Tiada masalah pun kalau dsai tidak tahu. Ia sesuatu yang normal. Bila dia dah tahu harapnya dia tidak perlu ulangi lagi. Itu sahaja.

Ameno : Nak mengata aku tapi meroyan kat blog orang lain. Dah kena potong ke apa?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...