Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Februari 2012

Latheefa Koya, PKR dan Kolumnis Arab Saudi yang hina Islam. -UPDATED!

Ini ialah pandangan peribadi aku. Tolong faham bila aku cakap neh pandangan peribadi. Tolong juga jangan meroyan mengarut dan sebagainya di sini semata2 aku menulis pandangan peribadi dalam isu neh. Aku memang tak berapa gemar cara beberapa peguam pro pkr yang melibatkan diri dalam isu neh. 

Ko boleh suka dan ko juga boleh tak suka tapi sebagaimana ko membela hak untuk kolumnis arab tue untuk bersuara seperti itu juga aku harus diberikan hak yang sama untuk berpendapat. 

Isu neh mula damage bila peguam pkr buat statement demi statement untuk defend kolumnis arab tue. Aku mahu menulis dengan jujur. So aku akan kemukakan semua hujah yang ada untuk kita seme membuat analisis sendiri. Ini bukan artikel nak menyalahkan orang atau apa. Neh artikel nak bagitau apa pendapat aku terhadap isu neh jek.

Lihat bawah neh ;


Kita kupas isu neh satu persatu dulu. Kat atas neh lah kenyataan yang menimbulkan kontroversi di arab saudi. 

Punca chaos = twitter yang diinterpresikan sebagai penghinaan oleh satu kumpulan dan satu kumpulan mengatakan ia puisi. 

Twitter neh lah punca utama ia mencetuskan chaos di arab saudi. Kata mereka [rakyat arab saudi] twitter neh berbentuk sindiran dan penghinaan kepada Nabi saw. 

Kata latheefa koya twitter neh ialah puisi. Ia tak semestinya mencerminkan aspirasi penulis. Tetapi ia mungkin mewakili sesuatu info yang cuba disampaikan. Dalam erti kata lain terdapat penyelewengan pemahaman. Ini pandangan latheefa. 

Aku cuma memperincikan pandangan dia. Memperincikan pandangan dia bukan bererti aku membela dia. Aku cuma mahu kita menilai semua hujah2 yang wujud. Itu sahaja. Aku tak nafikan bloggers umno dah mula main isu neh. Aku juga tak nafikan ia memang nampak damage pada pr terutamanya sekali kepada pkr. 

Kenapa peguam pro pr masuk campur?

Apa yang peguam2 pro pr [sebab bukan seme pro pkr] ulas di media, penghantaran pulang najeed ke arab saudi melanggar undang2. Mereka cakap mereka bersuara dari segi undang2. So mereka pun menaikkan isu neh. Itu tujuan nya. Di samping itu mereka menegakkan hujah bahawa itu bukan penghinaan tetapi suatu jenis puisi. Senang cakap mereka memperjuangan hak asasi untuk bersuara. Itu pendirian mereka.

Bagi aku kita memang berhak bersuara. Tetapi itu bukan alasan untuk berhak mengelirukan orang. Kalau sungguh najeed tiada niat nak memperkecilkan Rasul Allah kenapa kita perlu marah dia disoalsiasat oleh arab saudi? Kenapa tak biarkan sahaja najeed explain isu neh kepada rakyat arab saudi? Siapa aku, ko dan kita seme especially peguam2 pro pkr neh mempersoalkan isu neh?

Biarkan sahaja najeed pulang dan clarify everything pada rakyat sana. Jika itu puisi then biar dia explain sendiri. Itu tugas dia untuk memahamkan orang. Itu tugas dia untuk membetulkan salah faham neh. Aku tak nampak pun kebaikan pada pkr andai peguam2 neh mempersoalkan hishammuddin dalam kes neh. Ini kerja gila. 

Seseorang perlu diadili sebelum dihukum. So apa yang hishammuddin dan kerajaan malaysia buat ialah bekerjasama dengan kerajaan arab saudi, hantar pula najeed supaya najeed boleh jelaskan dengan terperinci apa yang dia maksudkan menerusi twitter.  So, apa masalahnya disitu?

Adakah dengan menyorok dia, menyimpan dia or sembunyikan dia ialah perbuatan yang betul? Diam2 dan biarkan orang buat persepsi sendiri ialah tindakan yang betul? Biarkan masa berlalu bila dah redha baru explain bahawa itu seme salah faham ialah tindakan yang betul? Itu kalau orang nak terima penjelasan. 

Bagaimana pula dengan mereka yang mempersoalkan hamza napa lambat buat penafian? Bagaimana? Siapa yang nak tanggung kesan daripada menangguhkan menjelaskan keadaan yang sebenar kepada rakyat arab saudi? Latheefa koya? N surendran? Ambiga? PKR? PR? RAKYAT MALAYSIA? Aku? Siapa?

Apa kaitan hamza dengan rakyat malaysia? Apa kena mengena dengan hak asasi kami rakyat malaysia disini?

Benda neh bukan isu langsung. Malaysia neh bersepah isu yang penting. Tak faham kenapa kita perlu menyemak dalam isu yang langsung satu hapa takde kaitan dengan kita. Tak salah pun latheefa nak nak cakap itu neh. Hal dan hak dia. Tapi dia bawa imej pkr. Dan sekali lagi dia seret pas. Dan bila itu seme berlaku sekali lagi kita akan terpaksa membetulkan persepsi masyarakat. Ini menyusahkan. DSAI baru lepas dalam isu israel. Latheefa kalau ye pun punya masa terluang buatlah apa2 sahaja tapi jangan heret dsai dan pkr dalam isu2 macam neh. 

Sekali lagi bloggers umno takan hentam latheefa. Mereka takan. Tapi mereka hentam dsai. Yang baling batu latheefa tapi yang kena maki dsai. Dorang tak pandai baca isu neh secara terperinci. Apa yang dorang nampak apa2 sahaja yang ada kaitan dengan pkr automatik dorang akan salahkan dsai. Dsai yang menjadi mangsa dan dia juga akhirnya kena kecam. Sapa punca nya? 

Adakah PKR wajar dipersalahkan kerana gagal kawal suara ahli2 mereka?

Aku bukan salahkan latheefa. Cuma aku rasa dia salah guna pendekatan. Apa lah salahnya dia buat pc dan etc2 untuk clarify benda neh. Bagitau jelas2 bahawa dia bukan sokong sebarang usaha penghinaan ke atas islam cuma dia mempertahankan najeed atas nama undang2 dan ia adalah salah faham semata2. Ini persepsi dia. At least orang faham bahawa dia berdiri di posisi mana. Kenapa nak buka ruang salah faham kalau seme neh boleh diperbetulkan?

Dan statement2 mereka neh juga tidak tepat. Perjuangan hak asasi neh sebenarnya dah mislead maksud sebenar. Mereka dah mula memasuki frasa menjadi penyibuk dalam segala urusan yang langsung takde kaitan dengan mereka. Penyibuk takpe lagi. Tapi ditambah lagi dengan menyebarkan persepsi yang kurang tepat. Itu yang bahaya sebenarnya.

Najeed tidak akan terus dibunuh sejurus dia tiba di arab saudi. Ruang untuk dia bela diri sendiri terbuka luas. Dia akan diadili. Tapi apa yang terpapar di twitter seolah2 satu tuduhan yang berat buat kerajaan arab saudi. Seolah2 dorang neh kerjanya nak membunuh orang tanpa mengadili dulu. Ini tindakan yang salah. Jangan serapkan pandangan kita sebagai fakta. 

Mengatakan bahawa najeed akan dihukum bunuh andai dihantar pulang ialah persepsi yang salah. Kenapa? Mudah. 

1. Kata mereka najeed = berpuisi. Berpuisi = mencerita sesuatu bukan aspirasi nak hina islam. Ada makna tersirat.

2. Dah tue kenapa pula ajeed akan digantung kalau dia benar2 berpuisi? Najeed akan dihukum gantung sebaik tiba di arab saudi dan ia salah hishamuddin = mentaliti pembela2 najeed dalam isu neh.

Ini bermaksud secara tersiratnya mereka telah pun menganggap najeed = bersalah. Bukan kerajaan arab saudi yang anggap. Tetapi pembela2 si hamza neh yang anggap. Sendiri anggap, sendiri meroyan. Macam mana tue?

Biarkan kerajaan arab saudi selesaikan masalah rakyat mereka. Kita usah ikut campur.

Bagi aku dalam isu neh mudah. Andai dia bersalah or tidak bersalah, berpuisi atau apa sahaja sekalipun biarlah arab saudi selesaikan ia. Ia bukan masalah kita dari awal. Nak bersuara ke apa ke biarlah benda tue relevant. Sejak bila urusan negara orang pun kita sibuk nak ikut campur? Bagaimana pula jika negara lain sibuk nak tentukan negara kita sebegitu sebegitu? Suka kah kita? Sebagaimana kita tidak suka seperti itu juga kerajaan arab saudi tidak suka. 

Walaupun malaysia tiada apa2 perjanjiana ekstradasi ka apa ka dengan arab saudi itu bukan bermakna apabila kita bertolenrasi dengan arab saudi kita di pihak yang salah. Isu neh isu yang sangat simple. Najeed dipercayai hina islam. Dia akan diberikan peluang untuk bela diri dia. Dia belum lagi didapati bersalah. Jauh sekali digantung, So biarkan sahaja perkara itu berlaku. Tak perlu kita menyibuk dalam urusan yang bukan pun urusan kita. Mudah bukan? 



Nota : Ada yang beritahu bahawa najeed on the pulang ke arab saudi sebelum ditahan. Dia bukan nak masuk malaysia tapi nak balik ke negara asal. Dan kalaupun itu benar so apa masalahnya malaysia hantar dia guna pesawat khas? Dia tetap mahu menuju ke destinasi yang sama juga. Bukan kita ubah haluan perjalanan dia. So kenapa yang salah disitu?


Updated. Hasil info twitterer. Diberitahu bahawa hamza yang terlibat dalam mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan itu telah mengaku salah dan memohon taubat. Rujuk sini [sila translate sendiri yer]. 


So apa? Nak dihukum bunuh? Gantung? Marah atau apa? Tah pape lah mereka yang cuba mempersoalkan kerjasama malaysia dengan arab saudi dalam isu neh. Undang2 itu bersifat flexible. Ia bukan static. Kalau static peguam pun tak perlu wujud der. Bukan isu pun. Orang tue dah bertaubat tapi disebabkan salah langkah satu peluru bloggers umno tembak pongpong pang kepada pkr. Sendiri tempah beb. Bai

Ameno : Apa pun boleh bersuara tapi biarlah ia benar2 atas matlamat yang jelas.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...