Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Januari 2012

28 Panduan lengkap peserta demo 901. - UPDATED!


Baca, faham dan sebar.

Okey di bawah neh ada beberapa perkara yang korang kena tahu sebelum menyertai demo 901. Ingat, demo 901 ialah demo aman bukan demo provokasi. Oleh itu, korang kena ikut rule yang tertentu agar korang aman dan selamat. 

1. Di manakah demo tersebut diadakan?

Di mahkamah jalan duta.

2. Di manakah saya patut berkumpul?

Di kawasan parking mahkamah jalan duta.

3. Pukul berapakah saya patut tiba di sana?

Selewat2 nya jam 8 pagi. Tapi dijangka ramai yang turun seawal jam 1 pagi [mungkin menunggu di lokasi yang berlainan].

4. Boleh kah saya menunggu di kawasan masjid jalan duta?

Boleh, tetapi kalau polis halau sendiri mao tanggung. 

5. Boleh kah saya menunggu di kawasan lain selain dari kawasan2 yang ditetapkan?

Boleh, tetapi kalau terjadi apa2 jangan salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri.

6. Boleh kah saya mendekati program PEKIDA dan PERKASA di kawasan masjid?

Boleh. Kalau berani lah. Lebih baik jangan sebab kita tatau apa niat mereka. Sekali kena bantai, sesia jek.

7. Saya pelajar, saya ingin menyertai demo 901, boleh kah?

Tidak boleh. Kalau tanya pada aku jawapan dia tidak boleh. Aku cadangkan jangan korang sertai sebab si puad tue dah bagi warning keras untuk buang pelajar2 yang terlibat dalam demo 901. Tapi kalau ada di antara korang yang berazam nak pergi demo 901 juga, sila pastikan ;

- jangan bawa kad pelajar. Waima apa2 benda yang boleh mengaitkan ko sebagai pelajar, jangan bawa.

- jangan mengaku ko ialah pelajar andai ditahan. Bagi lah apa2 alasan sekalipun asalkan dorang boleh lepaskan ko semula.

- kalau boleh, jika di soal polis, buat2 berlakon seolah2 ko ke sana sebab nak sokong saiful. Nak jatuhkan rejim zalim kena guna akal strategi beb.  Tak guna gak asyik kita jek ke dalam, sekarang kita kena cari jalan supaya yang ke dalam itu bn, bukan nya kita. Tak guna kita berkeras atas benda yang akhirnya kita akan jadi mangsa sampai bila2. Sebab tue aku cadangkan lawan dorang guna strategi.

8. Saya nak pergi demo, saya nak bawa banner dan baju 901, boleh ke?

Tidak boleh. Polis dah larang apa2 banner, sticker, kertas, risalah, badge, baju 901. Asal sahaja ada perkataan 901, polis tak bagi korang bawa untuk di pamerkan ketika berdemo. Kalau korang bertegas, polis akan amek tindakan atas tindakan mencetuskan provokasi. 

Polis akan beri alasan bahawa mereka dah warning awal2, apsal tak ikut arahan? So, kalau ada di antara korang nak bawa juga pastikan ;

- sorok barang2  tersebut sehingga sampai di kawasan perhimpunan.

- jangan ikut laluan yang diroadblock, bimbang korang ditahan dipertengahan jalan dan kantoi disebabkan barang2 tersebut. Last2 tak dapat turun demo. Kan dah sia2.

8. Tapi Azmin Ali cakap, 901 tak terikat dengan arahan POLIS.


Ya, memang betul. Tapi neh sendiri punya matlamat. Kalau agak2 nak ditahan di separuh jalan, buat lah apa2 yang ko nak buat. Tapi kalau matlamat sungguh2 nak tiba di kawasan demo, maka elakkan apa2 benda yang boleh menimbulkan keraguan pada polis. Apa guna sepanjang 2,3 minggu plan 901, last2 semua tak dapat sampai di tempat demo? 

Di tempat demo nanti jadi lenggang. Kan dah sia2. Matlamat ialah tempat demo. Bukan banner, bukan baju dan sebagainya. Jadi kehadiran korang adalah penting di sana. Lain2 benda yang menyusahkan dan boleh menghalang korang, jangan fikir sangat.


Lagi satu bukan semua arahan polis adalah mengarut. Ada yang betul. Contohnya jangan bawa senjata. Betul lah tue. Takan nak berdemo bawa senjata pula? Seeloknya azmin kena runding dan bincang semula dengan pihak polis untuk demo 901 esok.


9. Apa yang saya patut buat bila tiba di kawasan demo?

Berhimpun dengan rakan2 berdemo. Lebih baik, jika anda dapat berhimpun dengan sesiapa yang anda kenal di dalam or di luar facebook. Kalau tiada, berhimpun sahaja dengan sesiapa yang dekat dengan anda ketika itu. Masuk je. Jangan risau, ikut pengalaman bersih aku, time neh seme pendemo2 akan jadi kawan mengkawan.

10. Arahan siapa yang perlu saya ikut ketika berada di lokasi perhimpunan?

Arahan yang tidak mengalakkan kepada apa2 provokasi, itulah yang anda patut ikut. Mana2 arahan yang mendekatkan dan mengalakkan kepada provokasi, jangan ikut langsung. Kita tidak tahu apa tujuan dan niat mereka. Boleh jadi penyamar. 

11. Polis larang kami berbuat bising, adakah ini bermaksud saya tidak boleh bercakap langsung?

Ini idea yang sangat bullshit. Amat mustahil untuk senyap dalam keadaan seperti neh. Jangan risau, bukan anda sahaja yang ada mulut dan ada suara. Polis pun tak larat nak tangkap semua.

12. Polis telah memberikan garisan / penanda aras di kawasan yang boleh berhimpun, apabila garisan / had larangan itu sudah dipenuhi orang, di manakah saya patut berada?

Sila berfikir semasak2 apabila anda berada dalam situasi seperti neh. Melanggar arahan polis akan di anggap mencetuskan provokasi dan mereka mungkin gunakan taktik neh untuk menghalau anda. Andai di halau, sila beredar secara baik. Andai tidak halau, stay sahaja di lokasi yang dah padat tue, andai ditahan? Sila jangan melawan menggunakan badan, sebaliknya gunakan hujah. Minta polis tunjukkan sebab kenapa anda harus ditahan. Kalau boleh gunakan apa sahaja alasan supaya anda tidak ditahan.

Jika polis bagi alasan, mari kita ke belakang sekejap ka, ke sana ka, ke sini ka, jangan ikut. Sebaliknya, minta sahaja polis berunding di hadapan orang  ramai. Taktik neh aku dah pakai time bersih. Memang depa tak bantai korang depan2 orang, sejurus korang dah jauh dari pandangan orang ramai, mungkin tak pasal2 kepala ko kena luku. Bangsatnya polis yang ketuk pale aku. Aku dendam sampai sekarang dowh.

13. Di kawasan parking cuma boleh memuatkan 5,000 je. Macam mana?

Jangan macam mana sangat. Tunggu dulu ia benar2 dipenuhi sehingga 5k baru risau. Kalau dah penuh 5k, baru lah fikir kat mana korang patut berada esok. Berdiri kat mana2 pun boleh insya-Allah. 


14. Saya lemah, sakit dan asma. Wajarkah saya hadiri demo 901?


Jangan. Elok ko duduk rumah. Kang kena belasah, kena bantai, sendiri sakit, sendiri seksa sehingga merisaukan family sendiri. Kalau sakit, lemah sila duduk rumah. Jaga dan perjuangkan kesihatan diri sendiri dulu sebelum sibuk pasal kesihatan orang lain. Tapi kalau sendiri degil nak juga turun berdemo, sendiri kena berani hadapi apa2 sahaja kemungkinan yang berlaku ketika berdemo. 


15. Perlu kah saya parking kereta di kawasan parking mahkamah jalan duta?


Jangan. Kita tatau apa yang akan berlaku di sana. Sila jangan parking di situ melainkan anda bersedia menanggung apa2 juga risiko yang bakal berlaku terhadap kenderaan anda sendiri.

16. Apa yang saya patut buat bila polis tetap menahan saya masuk ke dalam trak?
Jangan risau. 901 telah dibekalkan dengan barisan peguam bagi menjamin anda. Anda hanya perlu inform kepada no yang tertera. [no nanti aku siarkan ye].

17. Apa yang saya patut bawa ketika berdemo 901?

Kamera, telefon dan duit yang sedikit. RM10.00 lebih bagos. Tapi rm50.00 lebih rasional berdasarkan keadaan ekonomi sekarang neh. Jangan bawa dompet. Nanti lari2 satgi dompet hilang, menyesal tak sudah ko. Kalau nak bawa, bawa beg sandang. So boleh masukkan barang2 penting disini. Jangan bawa benda2 yang berat sehingga korang sukar nak berlari dan bergerak pada hari itu. Aku takpelah. Sebab aku pergi atas kapasiti ahli media.

18. Apa yang perlu saya buat ketika menghadapi masalah sebelum, semasa dan selepas berdemo 901?

Sebarkan menerusi fb dan twitter untuk hebahan. Kami akan tolong anda sebarkan isu tersebut seluas-luasnya.

19. Apa yang saya patut buat andai melihat provokasi?
Rakam. Selepas rakam sebar di internet. Ingat, bukan seme yang hadir pada 901 ialah truly 901. Ramai di antara mereka ialah askar upahan untuk create chaos. So rakam je. Bila rakam, anda sebar. Dari situ maybe kita dapat siasat siapa sebenarnya yang buat provokasi. Tah2 SB dan Polis. Macam isu adam adli tue. Hehehe. Kan kantoi.

20. Apa yang saya patut buat andai melihat polis memukul orang awam?
Rakam. Dah rakam baru pergi bantu orang awam tersebut. Bertanya dan berhujah kenapa perlakuan polis kasar kepada dia. Jangan keluarkan bahasa kesat. Dan jangan balas balik kekasaran polis dengan cara yang kasar [body contact]. Kita mahu cari impak yang positif ke atas perjuangan kita. Jadi, biarkan kita kekal menjadi orang baik dan orang jahat itu biar mereka yang pegang.

21. Dsai ditahan polis, keputusan mahkamah bias. Ramai orang marah2 apa yang patut saya buat?

Teruskan demo secara aman. Dan nasihatkan orang sekeliling agar tetap berdemo secara aman. Jangan panjat kereta orang, jangan musnahkan apa2 barang awam dan jangan usik apa2 harta awam. Hormati hak orang lain sebagaimana anda mahu hak anda dihormati.
22. Dsai didapati tidak bersalah, apa yang perlu saya buat?

Ikut apa yang orang ramai buat. Andai mereka tetap berdemo, maka ikut sahaja panduan di atas neh. 

23. Saya melihat ada pimpinan parti yang ditahan. Apa yang perlu saya buat?

Rakam, rakam dan rakam. Inilah apa yang anda patut buat dalam apa juga situasi sekalipun. Dan jangan sesekali membuat provokasi dan sila halang rakan2 anda daripada berbuat provokasi. Ingat, bukan hanya anda je ada kamera. Polis pun ada. Jadi, jangan biarkan polis berpeluang rakam gambar peserta 901 melakukan provokasi.

24. Saya melihat ahli2 pekida dan perkasa menganggu kami, apa yang perlu saya buat?

Rakam perlakuan mereka dan jangan layan beruk2 neh. Mereka neh ada masalah yang besar dalam memahami bahasa manusia. 

25. Saya melihat kawan saya melakukan provokasi apa yang perlu saya buat?

Nasihatkan dia agar berhenti. Kalau dia enggan, rakam dan berikan kepada aku untuk disebarkan tanpa kompromi.


26. Saya melihat ada SB dan individu2 yang seolah2 menyamar menyusup masuk ke dalam kumpulan 901. Apa yang perlu saya buat?


Rakam dan berikan spesifikasi mereka dan sebarkan di fb dan twitter. Kita perlu alert rakan2 yang lain. Twitter dan FB akan menjadi penghubung terpenting kita pada hari tersebut.

27. Demo 901 berlangsung sangat baik, apa yang perlu saya buat?
Tak perlu buat apa2. Ucapkan terima kasih pada pdrm yang berkerjasama bagi memastikan demo 901 neh berjalan aman.

28. Demo 901 berlangsung sangat teruk, apa yang perlu saya buat?
Muhasabah diri. Cari mana silap salah di mana2 dan perbaiki diri agar kesilapan sama tidak berulang. Manakala, jika kesilapan datangnya dari orang lain [pihak satu lagi] sila sebarkan secepat yang mungkin agar kebenaran dan hak dapat ditegakkan. 

Geng,

Ingat, demo besok haruslah berlangsung secara aman. Sedikit kesilapan akan membawa padah. Kalau korang ada baca pasal update yang aku buat tentang bom petrol, lilitan putih dan provokasi yang bakal berlangsung ketika demo 901, penulisan oleh utusan kelmarin, korang patut dah boleh agak akan ada individu2 yang sabotaj demo besok.

Jadi, pastikan akal dulu, baru nafsu. Jangan rosakkan harta awam. Tolong. Harta awam neh tidak berdosa. Ia bukan datang dari duit korang je, ia datang dari seme duit rakyat malaysia. Jadi, jangan fikir korang ada hak nak menjahanamkan mana2 harta awam melainkan 27juta rakyat malaysia dah izinkan, maka boleh lah korang berbuat demikian [tolak geng2 warga malaysia instant].

Dan, ingatlah bahawa selain korang, polis juga berkamera. So jangan biarkan aksi mengarut korang dirakam. Biar dorang provoke, korang kena kekal bersabar [lawan mulut sudah]. Jangan balas balik kekasaran sebab kekasaran vs kekasaran, takde apa2 impact. Tapi kalau kekasaran vs kesabaran, kesabaran akan menang besar. Tanya untie bersih 2 kalau tak percaya.

KAH KAH KAH


Ameno : Good luck guys!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...