Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 September 2011

Siapa kata UMNO merdeka kan negara pada 31 ogos? Part II

Ramai yang tidak faham apa yang aku tulis disini. Ada yang mesej dan marah aku cakap aku lupa jasa2 umno. Dia juga cakap aku tak sedar diri. Dan yang paling penting sudah semestinya aku tiba2 sudah menjadi pro komunis. Heh.

Hujah2 macam neh aku dah makan. Selama 3 tahun hanya hujah2 neh je wujud bagi membidas pandangan aku. Biar aku jelaskan sekali lagi kepada mereka yang tidak faham, tidak mahu faham dan tidak memahami situasi neh agar korang boleh nampak kenapa ia perlu difahamkan, bukan untuk diemosikan.

Wey.. ko nak menafikan jasa2 umno terhadap kemerdekaan negara ka?

Bukan. Mustahil mengatakan umno tiada jasa. Umno ada jasa nya pada negara. Tetapi bukan umno je. Ramai. Umno sebahagian kecil dari mereka yang berjasa. Sebahagian besar yang lain tidak dikisahkan dalam sejarah dan penulisan buku teks di negara kita. Ini tidak adil. Aku percaya PKM, Dr.burhanuddin, dan lain2 parti, gerakan, penulisan, tokoh, kempen2 kemanusian samada perseorangan ataupun berkumpulan mereka juga berjasa. Ada jasa mereka pada kita. Apa sebab jasa mereka tidak di angkat? Apa sebab hanya umno je membolot semua jasa tersebut? Umno muncul setelah malayan union hadir. Sebelum malayan union, di manakah umno? Di manakah umno ketika british menjajah tanah melayu? Di manakah umno ketika jepun menyerang malaya? Mana? 

Geng, aku bukan menafikan jasa umno. Jauh sekali nak memburukkan umno. Perjuangan aku ialah umno mesti belajar menulis sejarah berdasarkan kepada kronologi sejarah yang betul, tepat, benar dan sahih. Itu je. Bohong nak kata umno tak berjasa. Tapi lebih bohong nak mengatakan bahawa hanya umno je yang berjasa.

Sebagaimana yang aku dah tulis terang lagi jelas disini bahawa, umno ialah kerajaan sekarang. Kita kena hormat. Tapi dalam masa yang sama, sejarah harus dibetulkan balik. Tulis balik sejarah sebagaimana ia berlaku. 

Wey.. ko tahu tak komunis neh benar2 bunuh orang? Bukan sejarah2 punya stori, tapi moyang aku kena bunuh.. apa ko nak cakap lagi?

Geng, aku bukan nya pro komunis dalam isu neh. Ko dah salah faham disini. Aku cuma cakap bahawa komunis itu ada jasa nya juga. Walaupun ya memang benar komunis membunuh tapi dalam masa yang sama jasa mereka tetap ada. Membunuh ialah perkara yang lain. Berjasa pula ialah perkara yang lain. Jangan sempitkan akal masing2.

Apa sebab umno hanya menulis keburukkan komunis dan mengenepikan kebaikan komunis? Ini larh yang dipersoalkan sekarang. Kena faham betul2 topik yang cuba dibawakan disini. Sentimen terikut2 yang dibawakan oleh komunis tanah malaya akibat pengaruh perang di china juga menyebabkan semangat nasionalisme rakyat mula bangkit pada ketika itu. Kena terima. Suka atau tak suka.

Kejahatan komunis tidak dinafikan oleh aku. Dalam masa yang sama, umno harus juga mencatitkan tentang perngorbanan komunis terhadap negara. Adil kan? Bukan aku puja komunis. Tapi sejarah harus ditulis berdasarkan kepada kejadian sebenar. Itu je. 

Contohnya ;

1. A tikam B dengan kejam . B parah tetapi berjaya diselamatkan oleh C. A lari selamatkan diri. <-- kisah diringkaskan demi menjaga reputasi

Apa sebab A tikam B? Tidak dinyatakan. Hakikatnya ;

2. B cuba meliwat A. A menikam B dengan kejam kerana nak selamatkan diri. C yang juga rakan sepeliwat B menyelamatkan B yang parah. A mengambil kesempatan ini untuk lari menyelamatkan diri.  <-- Kisah sebenar.

Nah..mudah bukan? Bukan aku nak kata umno jahat ataupun komunis baik. Jangan salah faham. Cuma sejarah harus ditulis dengan detail dan terperinci. Nyatakan satu2 kisah dengan urutan dan cerita yang benar. Analisis akhir biar rakyat macam aku tentukan sendiri. Kami pandai membaca kerana kami di ajar baca, apa kata kalau umno biarkan kami pandai berfikir, dengan memberikan kami ruang untuk mengkaji sejarah kemerdekaan dalam urutan sejarah yang betul?

Umno tidak perlu takut. Sejujurnya ramai rakyat sedar, bahawa umno itu memang ada jasanya pada negara. Cuma janganlah menafikan dan menutup jasa orang lain. Jangan memburukkan orang lain dalam penulisan sejarah. Jangan menfitnah orang lain dalam catatan sejarah. Komunis itu ada sisi yang baik juga, selain dari sisi yang jahat. Itu sahaja.

Nota : Selagi umno berkeras mengubah sejarah kemerdekaan negara, selagi itu aku berkeras tidak mahu menerima umno sebagai parti yang memerdekakan malaysia. Simple. 

Ameno : Umno boleh menipu dalam catatan sejarah, tetapi umno tidak boleh menipu Allah swt.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...