Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 September 2011

Mat sabu : Ko menyeleweng ke apa neh?

Lihat dokumen di bawah neh terlebih dahulu ;





Apa yang aku faham di sini ialah ;

1. Perhatikan dokumen pertama. Terma pembayaran di atas ada menulis cash. Maksudnya invois di atas dikeluarkan setelah pembayaran cash diterima. Ia adalah dari pihak hospital.

2. Dokumen kedua dan ketiga ialah dari perbadanan bekalan air pp. Lihat bayaran yang dikeluarkan. Jumlahnya rm8ribu. Aisehmen, lue bayar hospital rm5k tapi lue dapat balik rm8k? Betul meh? Ka bill hospital itu incomplete?

Apa benda tah yang berlaku neh. Aku tak berapa faham. Setahu aku sebelum neh umno dok pongpang2 pasal penyelewengan pp atas isu bayaran kepada hospital. Maksudnya napa bekalan air pp bayarkan untuk bil hospital mat sabu sedangkan mat sabu terlibat dalam perhimpunan haram. Itu hujah mereka larh kan. 

Bagi aku mudah je, yang dikatakan haram itu hanya menurut persepsi bn ma. Aku pakatan rakyat dan aku tak kata pun bersih is haram. So pp ialah pakatan rakyat. Jadi terma haram itu tidak sepatutnya digunapakai oleh kerajaan bn kepada seluruh rakyat malaysia. Dia je anggap haram. Kami tak anggap ia haram. So andai benar mat sabu dibayar kos perubatan dia maka biarlah. Itu dah bukan isu.

Dan di satu hal lain, ini juga menafikan tuduhan umno yang konon nya mat sabu berlakon sakit lutut dan segala bagai. Kalau dah berlakon dari mana pula wujud invoice hospital neh? Bagi aku blogger umno dah mengolah isu neh dari sudut yang salah.

Mari aku ajar korang. Mari sini. Biar aku tunjukkan kepada korang jadi blogger umno macam mana. Parah gak neh. Kejap jadi blogger pr, kejap jadi blogger umno, lama2 sewel aku. 

Pertama, perhatikan info2 yang korang ada.

Kedua periksa tarikh2 yang terdapat di dalam dokumen2 tersebut.

Ketiga, kaji keraguan yang munasabah dalam isu di atas. Keraguan yang aku nampak ialah perbezaan dari segi nilai bayaran. Mat sabu bayar cash kepada hospital. Then mat sabu dapat bayaran balik. Tapi apsal bayaran balik lebih tinggi daripada bayaran kepada hospital. Apa itu yang dimaksudkan dengan consultants expenses for surgery. Bukan maksud dalam bm. Maksud dia ialah apa benda alah neh? Takan benda2 macam neh kena runding2 segala bagai plak? Sorry larh aku tanya coz ikhlas aku tatau.

Keempat, lihat mat sabu duduk bilik mana. Ya, betul bilik vip. Amboii abg mat.. duduk bilik vip lagi. Neh kalau najib duduk bilik vip mao kena maki satu malaysia. Apa beza di antara mat sabu dan najib yang duduk bilik vip? Sedangkan kedua2 nya telah ditaja? Dan duit tajaan juga datang dari rakyat. Bukan dari lembu. Beza nya najib ialah PM. Abg mat bukan PM. Tapi kalau bukan PM dah biasa dapat tajaan dan bersenang2 di bilik vip adakah selepas dia jadi PM nanti sikap neh akan berubah? 

Lebih patut jika dia bersenang2 guna duit sendiri. Kalau guna duit tajaan, lebih patut dia mengamalkan sikap jimat cermat. Bagi aku semua manusia adalah sama. Belum lagi aku akan mendewakan pemimpin. Dan benda itu tidak akan dibuat oleh aku sampai mampos.

Beginilah cara korang, blogger umno kena menguraikan point korang. Jangan lupa paksi ko mesti Allah swt. Kalau paksi korang ialah pemimpin ataupun parti ataupun kemenangan, sampai bebila korang tetap lah bodoh. Dulu begitu, sekarang juga begitu, akan datang pun akan kekal begitu.

Apa pun semua di atas masih bersifat persoalan yang memerlukan jawapan. Mentaliti rakyat malaysia harus di ubah. Asal tanya je kena hamun. Mak aii.. wa tanya je beb.. apsal lue hamun wa ? Orang kata malu bertanya sesat jalan.. tapi wa tak malu nak tanya tapi apa pasal bila tanya mesti kena marah pula? 

kah kah kah

Ameno : Bil hospital neh mahal.. bayangkan rakyat biasa yang nak dapatkan treatment.. masuk pula hkl yang serba serbi tak lengkap, nak masuk swasta mahal nak mampos.. adehh.. sakit jiwa melihat kerajaan duit sana sini neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...