Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 30 Ogos 2011

Okey tol baru dah start operasi.

Apa pandangan korang sendiri baca sendiri fikir? Nak cuba? Terai tengok bawah  neh ;

Pengguna Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya tengah malam ini sehingga 31 Ogos.


Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata langkah itu menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.

Di atas neh berita dua bulan yang lepas. Yang kat bawah neh berita baru lepas masuk bernama tadi. Lihat bawah ;

Kutipan tol bagi pengguna Lebuhraya Latar akan bermula pada 12.01 tengah malam 1 Sept ini.KL-Kuala Selangor Expressway Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata tol berkenaan dikutip di tiga plaza sepanjang lebuh raya terbabit.

Caj di setiap plaza tol ialah antara RM1 hingga RM6 bergantung kepada jenis kenderaan, kata kenyataan itu. Lebuhraya Latar merangkumi empat persimpangan yang membenarkan akses ke pantai barat menerusi Kuala Lumpur di Taman Templer, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Koridor Guthrie. – BERNAMA

Kesian, dua bulan je kerajaan prihatin kat rakyat.

Kah Kah Kah..

Malas cakap banyak. Orang sibuk sambut raya. Sekian.


Sumber : sini

Ameno : Selamat hari - hari

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...