Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 September 2011

Hudud : Dap tolak, Pas pertahan, PKR terima.

Semalam pimpinan tertinggi PR telah bermesyuarat dan hasilnya ialah ;

1. PAS akan tetap mempertahankan pendirian mereka untuk melaksanakan hudud di dalam negara neh.

2. DAP menolak hudud sebagai agenda PR dalam buku jingga. 

3. PKR menerima perbezaan pendapat antara PAS dan DAP namun dalam masa yang sama PKR akan cuba cari jalan bagi menyelesaikan perbezaan antara PAS dan DAP.

Namun selain dari itu ;

1. DAP walaupun menolak hudud sebagai sebahagian dari agenda PR dalam buku jingga mereka tidak akan menghalang pelaksanaan hudud di kelantan dan terengganu. Kerana benda tue dah lama diperjuangkan oleh PAS sebelum PR terbentuk.

2. Ini bermakna laluan untuk hudud hanya selesa di kelantan dan terengganu tanpa campur tangan DAP. Selain dari dua negeri itu, hudud tidak akan terlaksana di dalam mana2 negeri tanpa bantahan DAP dan Kerajaan pusat.

3. Dalam isu hudud, pendirian PKR ialah menghormati permintaan DAP dan PAS. 

4. DAP juga menolak untuk memberikan jawapan adakah hudud akan dilaksanakan andai PR berjaya mengambilalih putrajaya.

Bagi aku penolakkan DAP ke atas hudud memang mempunyai asas. Jika undang2 jenayah islam digunapakai, umat islam akan selangkah ke hadapan untuk berubah dan memajukan diri. Ini sesuatu yang orang2 dalam DAP mungkin gusar walaupun jaminan telah diberikan oleh nik aziz bahawa hudud tidak akan digunapakai untuk orang2 bukan islam. 

Jadi DAP tiada point untuk takut. Melainkan dorang melihat kebaikan hudud neh untuk orang islam. Sesuatu yang baik untuk orang islam sepatutnya ia baik juga untuk orang bukan islam. Tetapi ada sesetengah orang islam dan orang bukan islam memilih untuk saling bermusuh. Mungkin ini jalan yang beberapa ahli pimpinan tertinggi dalam dap, pilih. 

Sebab itu, dap harus dibersihkan dari orang2 macam neh. Hanya orang2 macam lim guan eng je wajar duduk dalam dap. Sebab orang2 yang berfikiran macam lim guan eng boleh menyatukan perbezaan umat islam dengan umat bukan islam. Kalau orang2 macam karpal singh ataupun ngar kor meng.. erhmm tak payah mimpi larh der. Dorang tak boleh pakai.

Dalam hal neh PKR parti yang konon nya liberal telah memilih untuk menghormati pendirian pas dalam soal hudud. Sesuatu yang aku mesti puji. Sebab dalam PKR bukan hanya ada muslim. Bukan muslim pun ada dalam PKR juga. Peranan PKR untuk mendamaikan PAS dan DAP mungkin memakan masa dan inilah yang umno marah dari dulu sampai sekarang dengan PKR. 

Bagi mereka untuk menghancurkan PR dengan melaga2kan dap dan pas adalah kerja mudah. Tetapi ia jadi tak mudah setelah kewujudan PKR. PKR tahu cari jalan nak membuatkan PAS dan DAP bermuafakat. Sebab tue kadangkala aku rasa korang2 yang benci PKR dalam PR, kena tengok peranan PKR dalam isu neh. Ada beberapa benda dalam PKR yang aku rasa kita semua benci tetapi ada juga benda2 baik dalam PKR yang kita kena pandang juga. Hopefully suatu masa kelak, PR akan bersefahaman dalam isu hudud.

Tapi jangan terlepas pandang bahawa DAP tidak menolak pelaksaaan hudud di kelantan. Ini bererti hudud di kelantan sudah ada green light dari pimpinan tertinggi PR. Yang sekarang kita tunggu green light dari umno. Jika dap yang begitu menolak hudud pun boleh terima hudud di kelantan, bagaimana pula dengan umno yang konon nya seorang muslim yang menerima hudud sebahagian dalam islam?

Ameno : Tolak tak bererti musuh

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...