Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Mei 2011

TV3 putar alam dan putar fitnah.

TV3 dan utusan neh memang bengok. Sendiri yang main isu keagamaan pehtu sendiri bagi nasihat jangan main isu keagamaan. Entah hapa-hapa tah. Kelakar pula aku rasa. Siap interview ketua polis negara konon. Ceh. Yang aku jelik sangat bukan apa. Korang fikirlah yer [pada yang tengok] tv3 cakap jangan mainkan sentimen keagamaan di malaysia. Dan jangan mempersoalkan isu agama rasmi di malaysia, which is aku rasa tiada sesiapa pun yang memainkan perkara itu melainkan bn sendiri. Sebab aku belum nampak bukti depan mata yang jeff oi dan paderi2 itu memainkan isu agama rasmi di malaysia.Apatah lagi sumber berita itu adalah dari utusan yang mana baca boleh, percaya sila jangan, kalau boleh biar sampai mampos tak percaya kat utusan pun takpe.

Then dorang pergi interview beberapa orang yang tak berkaitan dalam isu neh untuk memberikan penjelasan berhubung perkara neh kecuali ketua polis negara. Kenapa tidak sahaja dedahkan rakaman perbualan paderi2 tue kepada umum? Sebab jeff oi sendiri menyatakan majlis itu dirakam dan rakaman itu sekarang berada di pihak polis. Ataupun kenapa sahaja tidak interview jeff oi dan paderi2 tersebut untuk meminta penjelasan sebenar? Kenapa nak menilai tanpa melihat bukti terlebih dahulu? Lagipun macam aku cakap kat sini, isu neh tak relevant pun untuk dicanangkan satu malaysia sebab majlis perjumpaan paderi2 1malaysia neh diadakan setiap tahun. Apa pasal tahun neh utusan dan tv3 begitu ghairah melaporkan perkara neh? Adakah disebabkan jeff oi ahli dap? Apa masalahnya ahli dap menganuti kristian pula di malaysia? Itu satu isu?

Yang aku tak tahan tue bilamana tv3 dengan secara manipulasinya meletakkan link kedua2 blogger yang mendedahkan perkara neh. Konon nya nak tunjukkan kepada rakyat malaysia bahawa kedua2 blogger neh lah yang menulis pasal perkara yang boleh menaikkan sentimen keagamaan padahal mereka cuma nak suruh penonton2 tv3 pergi masuk belog tue dan baca apa yang anjingbodoh dan satu lagi blog aku lupa plak namanya apa,  tulis. Itu aje. Apa yang anjingbodoh tulis aku tahu. Dia dok mengutuk2 dap. Apa yang lagi satu blogger tulis aku taktahu. Tapi aku suspect dia mengutuk2 dap juga kot. Kalau tak apasal tv3 haramjadah nak promote lah kedua2 blog tue?

Peh tue cakap akan ada tindakan di ambil jika isu keagamaan terus dimainkan. Yang mendedahkan video klip seks pun polis bohlayan. Inikan pula perkara neh. Jangan mimpi lah der. Sebab yang memainkan isu keagamaan neh orang umno. Blogger pro kerajaan. Bukan orang lain. Bukan rakyat beb. Tapi pemimpin. Sendiri yang bikin panas pehtue  sendiri nasihatkan jangan bikin panas. Bodoh ke tak bodoh namanya tue?

Namun aku sedikit heran kenapa tv3 tak sebut pasal jeff oi dan dap dalam berita tadi. Mungkin juga mereka tak berani nak sebut. Tapi mungkin juga esok mereka akan sebut. Mungkin juga benda neh bersiri. Aku taktahu. Tapi aku tak senang tengok tv3 memainkan isu keagamaan macam neh. Buat apa nak bagi umat islam dan orang kristian rasa tak selesa antara satu sama lain?

Yang aku paling menyampah dalam berita tadi ialah noh omar. Aku rasa nak tumbuk muka bulat dia. Aku tahu muka bulat dia tak bersalah. Tapi muka bulat dia dah macam bola dah aku tengok. Maaf ye kepada pemilik2 muka bulat. Aku tahu muka bulat kurniaan Allah swt. Tetapi pasal aku geram sangat kat dia. Dia punya mengutuk kedah pasal isu uum tue memang melampau. Siap kutuk selangor lagi. Dia cakap kedah dan selangor semakin teruk bila dipimpin pembangkang. Pembangkang tak menitikberatkan isu pendidikan. Uum dibina oleh kerajan bn ketika bn perintah kedah. Dan kini rakyat boleh nilai sendiri apa yang rakyat dapat bila undi pembangkang. Fuhh mengungkit. 

Isu rebet cukai dipersoalkan meskipun menteri besar azizan dah terangkan banyak kali. Tapi jangan mimpi lah tv3 nak siar. Yang pusat tak bagi peruntukan kat kedah dan selangor taknak pula citer kat satu dunia. Tahu pula nak tutup. Dana untuk kawasan ahli parlimen pembangkang pun disekat dan dipotong. Itu belum lagi isu pembongkaran rasuah yang membabitkan kerajaan bn yang mana kesemua kes2 tue menjadi kesalahan pihak pembangkang pula tak pasal-pasal.

Apa pun aku tengok isu kristian sebagai agama rasmi neh berjaya lah membuatkan orang2 maley bangang terpengaruh dengan propaganda umno. Orang2 maley yang bangang neh sampai bila2 hanya akan menyusahkan kita yang tak bangang2 neh. Dalam perlembagaan jelas tercatat islam agama rasmi. Dan pemimpin tak mungkin boleh ubah perlembagaan macam ubah buku. Ini dinyatakan sendiri oleh tpm kat tv3 tadi. So kalau dah tak boleh ubah apa guna nya nak takut pada perkara yang tak boleh di ubah?

Apatah lagi orang bukan islam menerima dan memahami sejak dulu lagi bahawa islam agama rasmi. Benda macam neh dimain2kan untuk meraihkan sokongan politik. Keji dan menyusahkan rakyat. Bagi rakyat yang bijak macam aku memang tak terpengaruh langsung waima 1sen sekalipun. Aku hormat kristian dan orang bukan islam dan aku percaya aku akan dihormati balik oleh mereka. Mungkin ada beberapa pandangan aku  yang berbeza dengan mereka tetapi aku cenderung kepada perdebatan sihat dan terbuka.

Tapi sayang bukan semua orang bijak. Dan bukan pula semua orang bijak suka kepada kebenaran. Dan disebabkan wujud orang2 macam neh maka tak mustahil malaysia akan jadi lubuk perkauman.

Ameno : Adakah islam dan kristian boleh survive dalam suasana politik malaysia?

Share this

0 Comment to " TV3 putar alam dan putar fitnah. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...