Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Mei 2011

Hot : Ceramah anwar ibrahim kena gempur!



[TVS] PELABUHAN KLANG 8 MEI : Lebih seratus anggota polis bersenjata malam tadi dikerah untuk menggagalkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab fitnah Umno, khususnya bersabit video lucah fitnah.

Polis mendakwa ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah itu memerlukan permit walaupun berlangsung di di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah.

Tindakan polis yang dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Klang Assistant Kommisioner Mohammad Mat Yusop mematikan sistem pembesar suara dikecam oleh kira-kira 1,000 penduduk setempat yang berhimpun di situ, sungguhpun pelbagai kekangan dan sekatan jalan dikenakan terhadap mereka.

Polis kemudian mengarahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menghentikan ucapannya beberapa kali sementara menunggu ketibaan Anwar.

"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar  hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pun terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.


Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Maruah polis
kuasa umno
kerajaan barisan nasi0nal
semua terjejas gara-gara 1 manusia yang konon nya peliwat dan penzina neh..

kah kah kah'
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

1malaysia cuak dengan anwar ibrahim neh.. sapa anwar ibrahim neh? Hebat sangat ke dia sampai umno buat macam2 untuk sekat karier politik dia di malaysia? Aku pun tak tahu nak jawab apa.. soklan tue layak di jawab oleh anwar je sebenarnya..

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah..

Ameno : desperate gila..

Share this

0 Comment to " Hot : Ceramah anwar ibrahim kena gempur! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...