KUALA LUMPUR _ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau ada menyebut perkataan ‘Pandi Kutti’ yang bermaksud anak babi dalam satu perhimpunan melibatkan majoriti masyarakat India di Kelang, Selangor semalam.
Namun beliau berkata, ia tidak ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebalik beliau mendakwa, perkataan pandi kutti merujuk kepada budaya politik yang dibawa UMNO.
“UMNO memfitnah – saya sebut: politik porno, zalim, rasuah seperti pandikuty; tidak sebut nama siapa,” katanya melalui akaun Twitter miliknya petang ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab persoalan dari seorang lagi pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Izizree yang mahu tahu kenapa Anwar memanggil Perdana Menteri sebagai anak babi.
Anwar didakwa meluahkan perkataan itu ke atas Najib dan tindakannya itu telah mengundang kemarahan banyak pihak terutama yang berada dalam kerajaan dan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang nyata marah dengan perbuatan Anwar itu berkata, UMNO tidak akan menuntut Anwar agar memohon maaf kepada Perdana Menteri.
“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini siang tadi.
KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan menuntut permohonan maaf dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakannya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “anak babi”, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Tegasnya tindakan menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu adalah sesuatu yang sia-sia.“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini, hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.Sambil menggambarkan sikap politik tidak matang Ketua Pembangkang itu, Tengku Adnan seterusnya berkata UMNO kesal dengan sikap Anwar yang suka menggunakan gelaran tertentu kepada musuh politiknya bagi menyembunyikan kelemahan sendiri.“Saya tak setuju bila dia suka cakap bukan-bukan, tolong jadi orang yang lebih matang. Saya tak faham kenapa beliau guna perkataan-perkataan sedemikian rupa.“Kita kecewa dengan kenyataan sedemikian, jangan bagi gelaran yang bukan-bukan kepada orang,” katanya.Dalam masa yang sama, beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional berkata, Anwar sepatutnya melihat kekurangan dirinya sendiri sebelum menghina orang lain dengan pelbagai gelaran.“Sebelum kita panggil orang dengan gelaran tertentu, kita kena tengok diri kita dulu baik atau tidak baik. Masalahnya dengan Anwar, beliau tak tengok dirinya dalam cermin, sebab itu tak sedar diri,” katanya. -MediaUMNO
Kali neh aku tak bersetuju dengan tindakan anwar ibrahim mengelarkan umno sebagai anak babi. Apatah lagi anwar ibrahim melabelkan politik fitnah dan porno umno ibarat anak babi. Haiyoo.. sejak bila anak babi pandai fitnah dan main politik rasuah? Aku tak pernah tahu dan aku heran kenapa anwar menuduh anak babi yang terdosa tue. Anak babi itu lebih bagus sikap mereka berbanding umno. Menyamakan umno dan anak babi sebenarnnya telah memfitnah anak babi itu sendiri. Kita tak boleh fitnah manusia. Tapi dalam masa yang sama kita pun tak boleh fitnah binatang. Apatah lagi binatang ini tidak berupaya nak membela dirinya di mana2 mahkamah. Sorrylah geng, kali neh aku rasa dsai memang sama sekali tak patut melabelkan umno sebagai anak babi. Kesian anak babi yang tak berdosa jadi mangsa dan di samakan pula dengan parti politik yang zalim. Hish. Dasat. Heh.
Dalam masa yang sama melabelkan politik umno sebagai anak babi sepatutnya dirasai oleh adnan yaakob sendiri sebab dia pun sebahagian dari umno. Bila anwar sebut umno ianya harus terpalit kepada semua individu2 dalam umno yang main rasuah, porno dan fitnah. Kalau yang tak main perkara2 neh tak sepatutnya terasa. Tapi yelah apsal semua ahli2 umno menyalak cakap dsai menujukkan ayat tue kepada najib razak? Adakah dalam mindset penyokong kerajaan bahawa najib razak adalah individu pertama yang mereka captured sebagai pemain politik fitnah, jijik, porno dan rasuah? Hish.. tak boleh blah. Rupanya persepsi umno terhadap najib razak sama macam persepsi pembangkang terhadap umno. Heh.
0 Comment to " Hot : Anwar akui sebut anak babi! "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.