Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Mei 2011

Perkasa : Dunia lebih selamat tanpa osama.




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyokong kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dunia kini lebih selamat selepas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh Amerika Syarikat.

Namun, PERKASA tetap membantah tindakan Amerika Syarikat yang membunuh dan membuang jenazah Osama ke laut, kata timbalan presiden pertubuhan Melayu itu, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.

"Apa yang kita bantah ialah tindakan membuang jenazah itu ke laut sebab itu menghina (Osama) sebab dia ada agama, sebagai seorang Islam.

"Agama mana yang benarkan mayat penganutnya dibuang ke laut?" katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Amerika yang menembak mati Osama dalam operasi mengejut di sebuah perkampungan di Pakistan pada 2 Mei lalu.

"Ini juga satu penghinaan. Kenapa dia dibunuh kalau dia tidak ada senjata. Kenapa dia tidak ditangkap dan dibicarakan," katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini.

Terdahulu, beliau bersama sekumpulan lebih sepuluh orang anggota PERKASA berhimpun di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan ke atas pembunuhan berkenaan.

Satu notis bantahan yang dialamatkan kepada presiden Amerika Barack Obama turut diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan berkenaan petang ini.

Apa yang diperkatakan oleh perkasa neh ada pros dan cons.  Bagi aku perkasa tak payahlah nak uphold sangat pegangan sekularisme si najib tue. Bagi najib semua yang ada kaitan dengan islam ialah ;

1. ektremis / puak pelampau
2. pengganas
3. pengacau

Tak hairanlah dia berani bidas syeikh yusoff alqardawi demi amerika. Tak heran juga dia sanggup putuskan bekalan gasoline malaysia ke iran. Apa nama? Syiah? Habis tue israel bagus sangat? Heh. Antara iran dengan israel @ amerika, baik aku pilih iran. 

Apatah lagi benda tak terbukti depan mata syiah iran membunuh. Setakat youtube 2,3 kerat yang memaparkan golongan minoriti tak boleh mewakili seluruh iran. Apatah lagi puak2 dalam iran yang sentiasa mencari jalan untuk jatuhkan ahmadinejad sebab ahmadinejad memperkasakan islam di iran. Antaranya artis2 yang nak berhibur cara keterlaluan tidak dibolehkan sehingga memaksa artis2 macam neh migrate ke negara lain untuk cari rezeki hiburan dengan cara yang tak senonoh.

So kalau agak2 nak bela najib sebab iran tue syiah baik tak payahlah. Seburuk2 iran yang korang anggap syiah tue pun dia mengaku Allah swt itu tuhan kita. Sebaik2 israel + amerika yang korang agung2 bagai nak rak sangat tue tak mengakui Allah swt.. hehehe.. setakat nak cakap pasal syiah hina Nabi saw, hina isteri Nabi saw lah sahabat2 Nabi saw dan segala bagai.. baik cermin diri dulu. Benda tue berlaku zaman bila? Lain orang buat lain orang plak kena tanggung. Apatah lagi syiah neh ada banyak versi. Entah mana2 syiah korang cedok peh tue justify iran tak pasal2. Seseorang itu tidak dibuktikan bersalah sehingga mereka diadili. 

Malaysia tidak pula menghalang amalan syiah di amalkan di malaysia kecuali untuk tujuan sebaran [berdakwah kepada rakyat malaysia] jadi ini tidak boleh menjadi penyebab kepada kita untuk benci iran atau syiah tak semena-mena. Kalau iran dibenci pasal syiah dan korang membenarkan tindakan najib, maka korang memang umat islam yang hanya tahu bertaklid membabi buta. Bukan tak boleh siasat dan usaha mencari kebenaran. Mungkin lebih mudah meletakkan kesalahan daripada mengambil tahu punca/asbab kepada berlakunya kejadian2 tertentu.

Dalam kes neh najib tak bagi ruang pun kepada iran untuk dengar pandangan mereka bila iran memilih untuk menentang israel dan amerika secara terbuka. Tahu2 je lepas balik dari perjumpaan dengan obama terus potong bekalan gasoline ke iran. Itupun secara senyap2. Malaysia sepatutnya diketuai oleh pemimpin yang berani sound amerika dan israel tetapi sejak najib jadi menteri segala2nya yang dia buat benar2 menjatuhkan airmuka umat islam. Disini kita laungkan slogan anti israel tapi dalam diam2 kilang coke bakal dibina di malaysia. Rasa macam takde maruah pula orang muslim malaysia neh.

Apa yang diperkatakan oleh perkasa mengenai mayat osama tue memang betul. Tapi macam yang dah pernah aku tulis kat sini, diam lebih bagus. Menyokong najib hanya akan memperbodohkan perkasa. Osama neh entah wujud entahkan tidak. Kalau lah osama neh sungguh2 wujud dan mempunyai pelan taktikal untuk menyerang us dan israel, obama patut biarkan osama hidup untuk korek semua rahsia2 alqaeda. Malahan patut buat duit lagi. Rakam dokumentari ke apa ke. Ini tidak tahu2 je tembak then buang mayat dia. Konspirasi gak neh. Banyak najib perlu belajar dari obama.Video seks mirip dsai gagal habis. Kursus lagi. Ya, kursus lagi. Heh.

Ameno : Syiah iran sesat. Sunnah najib cuma halalkan judi sukan je. Heh.

Share this

0 Comment to " Perkasa : Dunia lebih selamat tanpa osama. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...