Penasihat Proton Holdings Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga kereta yang dijual di negara ini mahal kerana pengeluar kereta nasional itu adalah tidak benar.
"Dari dulu lagi, kerajaan telah mengenakan cukai yang tinggi supaya negara tidak melihat pengaliran wang kita (dalam penjualan kereta) terlalu banyak ke luar negeri," kata beliau semasa berucap pada pelancaran Pusat Logistik Proton di Sijangkang dan Tanjung Malim, semalam.
Dr Mahathir berkata mereka yang membeli kereta Proton adalah satu perbuatan amal jariah kerana apabila Proton maju, ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka.
Pada masa yang sama, Dr Mahathir berkata Proton perlu menumpukan kepada kualiti buatan keretanya kerana dalam perniagaan, imej adalah penting. Jika ada yang mengadu tidak puas hati, biarpun seorang, ia akan memberi gambaran seolah-olah semua kereta buatan Proton bermasalah, katanya.
Mengenai dakwaan seorang penulis blog yang mengatakan tingkap kereta Proton tidak boleh diturunkan sehingga pemilik kenderaan itu terpaksa membuka pintu dan turun daripada keretanya untuk membayar tol, beliau berkata dakwaaan itu keterlaluan.
"Saya juga bawa kereta melalui tol dan saya belum lagi ternampak orang yang bawa kereta Proton (terpaksa) turun daripada kereta kerana nak bayar tol.
"Namun demikian ramai yang percaya inilah sebenarnya yang berlaku," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa dakwaan sebegitu walaupun kecil, perlu mendapat layanan yang baik daripada syarikat.
Sebenarnya tak guna bila kita hanya tahu membangkang tapi tak menjelaskan secara terperinci kepada kerajaan tujuan kita membangkang. Nampaknya kerajaan dan mahathir masih tak faham2 lagi punca rakyat naik menyampah dengan proton. Takpelah kat sini biar aku elobrate sket supaya mahathir dan kerajaan fahamkan dulu asas kenapa rakyat marahkan proton neh.
1. Mahathir cakap kalau kita beli proton ibarat kita buat amal jariah.
Aku setuju. Bukan proton je. Semua product pun sama. Orang kata alah membeli, menang memakai. Tetapi dengan proton neh kita cuma alah membeli, alah memakai gak. Maksudnya di sini ; kalah membeli, kalah memakai. Sudah lah nak membelinya memerlukan wang yang banyak. 1point. Kualitinya pula cikai. 1 point lagi. Lepas tue nanti adalah yang datang menepek cakap bhai tue zaman bila bhai? Proton sekarang dah maju bhai. Zaman bila punya hal bukan kes beb. 5 tahun lepas beli proton pun guna duit gak. Bukan guna daun ngok! Apa beza duit 5 tahun lepas dengan duit selepas 5 tahun berlalu? Tetap terbuang gak atas kereta yang kualitinya cikai. Kalau proton dah upgrade kini macam maa pula customers proton terdahulu yang jadi bahan ujikaji sebab beli kereta proton kualiti cikai? Ada rebet ka ketika nak trade in beli kereta proton baru yang konon nya dah improved sesangat. Ada ke? Takde bhai. Takde.
Sebab tue rakyat marah. Kalau agak2 belum bagus lagi, usah produce product baru. Usah buat pengeluaran untuk cari modal. Apa salahnya buat RnD dulu. Buat betul2. Buat habis2. Guna duit kerajaan lebih sikit pun takpe. Pelaburan guna wang cukai rakyat pun takpe. Amek. Kalau ini cara boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti proton, go on. Buat. Tapi jangan keluarkan product cikai dengan harga mahal nak mampos. Itupun aim semata2 nak collect untung. RnD pun incompleted. Atas jalan sudey 2 tahun tak sampai dah berkokak2 proton sana sini. Sapa tak marah kalau macam tue? Sudahlah modalnya sikit atas kilang. Di keluarkan pula kepada rakyat dengan harga yang melambung2. Kalau kat rakyat sendiri mahal kat rakyat luar negara lagi mahal takpe gak bhai. Tapi kat rakyat sendiri ;
1. kualiti cikai nak mampos = harga mahal nak mampos
2. kualiti sket punya baik [atas sikit dari product china] = harga sikit punya murah [lagi murah dari kereta china]
Sapa tak marah beb? Sapa tak terasa ahti? Sapa tak sedih? Sapa tak makan ahti? Sapa tak geram? Sapa tak emosi? Sapa? Lue bilang sama gua.. sapa? Semua rakyat malaysia mesti sedih bhai. Cara tunjuk emosi je berbeza2.
Ada yang malas layan, mampos ko lah gomen. Ada yang cari duit2 banyak2 pehtue beli kereta import dalam or luar negara, ada yang cabut pergi luar negara.. habis tue yang takde duit? Yang miskin? Yang baru belajar nak hidup berdikari? Macam mana? Ini lah dia mereka yang bersuara. Minta kerajaan luangkan sikit waktu dengar suara dan keluhan ahti mereka.
Tangan satu belah bertepuk takan ada bunyik bhai. Ko tepuk kat dinding ke, kat peha ko ke apa ke tetap tak sama bunyiknya macam tangan bertepuk dengan tangan. Sebab itu kerajaan kena turun pandang DENGAR. DENGAR apa yang rakyat MAHU. amek PEDULI. Ambil PEDULI kesengsaraan rakyat, penderitaan rakyat. Bukan tak dengar peh tue pandai2 buat analisis yang rakyat hanya tahu memberontak. Fack U.
Naik public transport? Boleh. No hal. Tapi ada improve? Bas kat tempat aku 2 jam sekali. 2 jam sekali bhai. Bas kawasan daerah yang dah naiktaraf jadi pembandaran. Itu tempat aku. Kalau kat tempat terpencil macam mana. Ada bas? Ada? Sebab tue nak taknak kena ada transport. Ukur kemampuan? Nak gak layan import. Tapi revision ukur kemampuan. Rasanya tak layak. So nak taknak apa akhirnya? Itulah dia kerajaan. Suara rakyat takmo peduli. Mereka je betul abadi.
Kalau kat tempat yang maju macam key ell, public transportation pula makin mahal. Charge melambung2. Itu pun tak menyeluruh. So macam mana nak mencekik? Harga semua benda kat malaysia mahal. Cubalah bertolenrasi. Ko mahalkan harga proton, ko kurangkan harga pengangkutan. Kasi menyeluruh semua tempat. Ini tidak. Semua ko bedal. Itu ini semua mahal. Takpe gak tue actually. Asal gaji tinggi? Arh sudah. Gaji pun rendah nak mampos. Mana boleh hidup. Sudahnya kita tertekan dan memberontak.
2. Mahathir cakap masalah tingkap itu kecil.
Ya. Kecil. Kecil bagi dia kot. 2 tahun lepas sedara aku beli viva. 3 bulan je dah cukup. Entah2 tak sampai kot. Tingkap rosak tak leh turun cermin. Pintu kereta? Pecah dia punya handdle. Ya. Memang mahathir tak pernah nampak pengguna proton buka tingkap ketika nak bayar tol, sebab mahathir tak bernasib baik nak bertembung dengan pengguna macam tue. Hey.. nanti dulu? Kenapa mahathir cakap macam tue? Kenapa perlu tunggu dan tengok orang lain yang pakai proton untuk bayar tol pula? Mahathir sendiri bagaimana? Tak pakai proton ke untuk buat ujikaji sendiri? Arhh sudah. Proton bagus? Proton baik? Proton cemerlang? Tapi tak pakai proton? Ya. Ini pemimpin yang kita cari.Anda cari. Saya cari. Kita 1malaysia cari. Heh.
Ameno : Aku yakin proton yang bakal dilancarkan tak lama lagi bagus meskipun tak pernah guna. Hehehe..
0 Comment to " Mahathir : Belilah proton untuk amal jariah. "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.