Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Mei 2011

Subsidi minyak : Najib atau rakyat yang terkantoi?

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah rasionalisasi subsidi yang dilakukan kerajaan bukan bermaksud kerajaan perlu mengurangkan jumlah subsidi ketika ini.
Sebaliknya kata Perdana Menteri, ia bermakna kerajaan terpaksa mencari lebihan RM8 bilion lagi kerana jumlah subsidi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.
''Tetapi ramai yang tidak faham mengenai dasar rasionalisasi ini dan jumlah lebihan yang perlu ditambah oleh kerajaan itu sebenarnya bukan sedikit,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

 Aku kat luar neh beb. Idea aku merapu bila guna komputer luar bhai. Tapi minda aku tetap nak merapu so terpaksalah aku update belog beb. Benda yang aku nak sentuh neh berat sket. Memula aku pun confuse gak time baca benda alah neh. Last2 aku dah dapat tangkap benda alah tue. Korang perhatikan kat sini. 


Nampak tak apa yang aku nampak? Ini ialah carta subsidi minyak time 2007 beb. Masa tue harga minyak ialah rm1.92 sen seliter. Dan harga tue merujuk kepada harga minyak ron 97. Bukan ron 95 beb. Sebab ron 95 tak wujud time tue. Kalau nak di ikutkan subsidi untuk ron 95 mestilah rendah lagi ye tak? Sebab minyak ron95 kan minyak murah. Okey2, then korang perhatikan pula benda kat bawah neh ;


Bukti bahawa masa tue harga ron 97 ialah rm1.92sen seliter. Then korang perhatikan benda kat bawah neh plak beb ;


Nampak tak apa yang aku nampak? Perasan tak apa yang aku perasan? Meh aku simpulkan kat korang kalau2 korang neh still blur lagi beb;

1. Jumlah subsidi minyak pada tahun 2007 ialah rm 16.2 dengan 8.8billion = subsidi.

2. Subsidi minyak neh cuma merujuk kepada ron 97 semata2.

3. Pada ketika itu harga minyak ialah USD 91.36sen setong.

Okey, ulang balik harga minyak ron 97 pada ketika itu ialah USD 91.36 sen dan jumlah subsidi ialah 16billion.

Tapi sekarang ron 97 dah takde subsidi. Yang ada cuma ron 95.Ikut logik akal aku, ron 95 patutnya lagi murah lagi dari 97 sebab tue lah kerajaan buat keputusan memperkenalkan ron 95 dan mansuhkan subsidi untuk ron 97. Kalau pada tahun 2007, 

1. ron 97 = subsidi 16.2billion = pada harga rm1.92 seliter.

maka apa sebabnya 

2. ron 95 = subsidi 20billion = pada harga rm.1.90 seliter?

Korang nampak apa yang aku nampak? Aku sesungguhnya pelik kenapa ya kita kena rujuk harga minyak mentah yang sama untuk penghasilan minyak yang berbeza ron? Maksudnya kat sini kenapa nak anggap minyak ron 95 = 97 = 99 = minyak mentah yang sama jenis? Mungkin kerana ianya minyak mentah yang belum diproses?

Kalau begitu adakah satu2 tong minyak mentah yang siap diproses boleh menghasilkan ;

1. ron 95

DAN

2. ron 97

Jika ya kita kena fikir ke dalam lagi beb. Kalau setong minyak mentah yang kerajaan beli boleh proses pelbagai jenis ron so sudah tentulah nilai subsidi akan berkurangan.. betul tak? Ataupun mungkin kerajaan kira nilai subsidi selepas minyak mentah diproses? Kalau ini berlaku maka sah lah harga minyak dunia tidak boleh dijadikan perantaraan utama untuk mencanangkan nilai subsidi negara meningkat. 

Sebab apa minyak dunia cuma mengambarkan nilai pembelian import malaysia. Namun bukan nilai subsidi. Jumlah subsidi hanya boleh di ambilkira selepas setong minyak diproses habis, betul tak? Silap2 kerajaan jual balik ron 99 yang terhasil semasa pemprosesan minyak kepada negara lain, siapa tahu? Siapa boleh bagi jaminan bahawa setong minyak mentah cuma boleh menghasilkan ron 95 dan ron 97 je beb?

Dan tengok bawah neh pula ;

Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. 
Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan
tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Dan ;

Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya
membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana
Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan.

Korang faham apa yang aku faham? Meh aku elobrate kan sket ;

1. Aku faham minyak malaysia lagi mahal dari minyak dunia.

2. Minyak itu tidak digunakan dalam negara kerana berkualiti tinggi, bukan nya kerana minyak itu tidak sesuai untuk kereta. Kalau minyak kualiti tinggi = kereta kualiti tinggi. Namun kerana kerajaan sedar diri bahawa proton tiada kualiti = minyak pun mestilah low standard.

2. Malaysia mencari keuntungan sebab itulah mereka eksport minyak dunia kepada negara luar. Ini diakui sendiri oleh mereka, bukan aku okeyh..  boleh baca sini beb.

3. Petronas membekalkan 42 peratus minyak di malaysia untuk rakyat malaysia. Selebihnya? Dibekalkan oleh syarikat luar. Namun kerajaan tetap menanggung kesemua jumlah subsidi disebabkan syarikat itu bukan syarikat milik kerajaan. Korang faham tak apa yang kerajaan dok terangkan neh? Aku siyes tak faham bhai. Memandangkan syarikat tue bukan syarikat kerajaan so lagilah senang kerja kerajaan. 

Bayangkan enh kerajaan tak yah tanggung subsidi kat syarikat2 minyak luar negara = automatik harga minyak di petro station dorang akan tinggi = keuntungan petronas meningkat sebab semua orang nak beli minyak petronas. Kan mudah? Makna nya petronas menguasai pasaran malaysia. Duit anak tempatan pergi ke anak tempatan. Yang heran nya kalau exxon ke esso ke apa ke keuntungan mereka tak pergi pun untuk anak tempatan. Tengoklah pekerja2 mereka seme spesis bangla mangla.. so apa untungnya kerajaan dok tanggung subsidi / cukai jualan untuk mereka? Faham tak?

Last baca benda kat bawah neh pula ;


Untuk minyak kerajaan bukan sahaja bekalkan subsidi malahan ada pengecualian cukai jualan. Maksudnya ;

kerajaan bagi subsidi + potong cukai jualan = syarikat minyak asing = yang upah pekerja asing = duit malaysia keluar dari negara = 1sen takde faedah kepada rakyat.

Tak reti aih aku tengok cara umno ruling malaysia. Aku rasa kita dah terkantoi sebab percayakan umno last2 umno tipu kita hidup2. Semua maklumat di atas korang leh baca dan selidik kat sini.

Nota : Penulisan aku agak belur sikit hari neh coz diri kue agak belur.. soweeiii

Ameno : Ngantuk siott..

Share this

0 Comment to " Subsidi minyak : Najib atau rakyat yang terkantoi? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...