Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Mei 2011

Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi?

Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Aku taknak komen apa2 tapi.. aku cuma nak gelak je bila memikirkan bahawa ;

1. Jika kerajaan tak jadi naikkan harga minyak maka sia2 lah kempen tv3 seminggu dua neh pasal subsidi.

2. Jika kerajaan jadi naikkan harga minyak maka kerajaan mesti kena maki..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lue yang pandai2 canangkan keputusan lue satu malaysia lepas tue lue dah gabra2 dan takut2 untuk umumkan keputusan lue.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Gasaklah dapat kerajaan pengecut macam neh.. kena lah redha .. sapa yang mengundi? Korang jugaaa.. bukan aku..kah kah kah

Ameno : flipppp flopppeeeppp..

Share this

0 Comment to " Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...