Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Mei 2011

Gaps: cina, india tiada hak untuk biasiswa kerana ia hak melayu sepenuhnya !

Hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, kata kumpulan pendesak yang berkaitan dengan Umno - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

NONE“Adakah sebenarnya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat biasiswa? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera (sahaja) mempunyai hak untuk menerima biasiswa,” kata presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu,” katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.

Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, “MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu.”

Sambil menuduh “sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic”, Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.

gaps protest 20101205 banner 05“Kalau (Chua) Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.

“Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja,” kata pemimpin Gaps itu.Cukup la...

Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.

“Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.

NONE“Cukup lah Do Xiang Zhong (sic), PERKASA dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu,” katanya.

Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis “Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.”

Adakah GAPS ini BODOH? Apa benda yang salahnya kenyataan CSL bila dia minta agar semua pelajar SPM yang CEMERLANG diberikan biasiswa? Bukan nya CSL sentuh pasal kaum kat sini bhai. Dia cuma merujuk kepada pelajar spm yang cemerlang aje bhai. Yang pasal apa GAPS gila bangang neh meroyan segala bagai nak mengamuk isu pasal kaum mengkaum plak neh? Bodoh siott dorang neh.

Ini pasal aku heran dari dulu lagi. Apa masalahnya pun kalau pelajar2 cemerlang spm neh diberikan bantuan biasiswa tanpa kira kaum bhai? Takan pelajar cina cemerlang tak ley terima biasiswa semata2 sebab dia cina beb? Takan pelajar spm india cemerlang takley terima biasiswa semata2 dia india beb? Takan pelajar singh segala bagai keturunan takley terima biasiswa semata2 mereka bukan kaum melayu bhai? Adakah pelajar2 cina muslim takley terima biasiswa semata2 mereka bukan kaum melayu walaupun mereka ialah orang islam? Nampak sangat kebangangan GAPS neh terserlah siot.

Cemerlang bukan ikut kaum tapi ikut akal. Bukan nya kita suruh kasi duit2 tue kat orang2 yang tak cemerlang. Duit pendidikan = pelajar cemerlang = berbaloi. Rasanya gaps neh bangang kot. Dia ingat kat malaysia cuma ada orang melayu aje kot. Bayangkanlah perasan orang bukan melayu kalau baca benda alah neh? Bukan kah mereka akan jadi semakin benci kat orang melayu dan sekaligus islam tak pasal2 disebabkan persepsi mereka melayu = islam. Sedangkan islam = adil. Padahal melayu = belum tentu adil. 

Haizhh.. aku agak hampa dengan sikap kebahlolan gaps neh. Aku sejujurnya nak pesan kepada orang2 bukan melayu yang baca benda neh. Sebenarnya gaps = mewakili orang bahlol. Aku sendiri no hal kalau biasiswa = disalurkan pada orang cemerlang = yang benar2 memerlukan = tanpa kira kaum.

Kalau pelajar2 cemerlang = kaya raya = guna duit sendiri = lebih baik = tanpa kira kaum.

Tak perlu bias2 dalam mengagihkan bantuan. Ia kan hak rakyat malaysia dan rakyat malaysia ada pelbagai kaum, bukan orang melayu aje bhai.

Ameno : GAPS = gabungan angkatan pembangangan semalaysia.

Share this

0 Comment to " Gaps: cina, india tiada hak untuk biasiswa kerana ia hak melayu sepenuhnya ! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...