Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Mac 2021

Penyatuan Ummah Dah Hilang, Kini Pro PAS, PPBM Bergaduh Dengan Pro UMNO.

NURUL ASYIKIN | Nampak gayanya sosial media hangat dengan pergaduhan pro UMNO vs PAS + PPBM = PN.

Ini kita boleh perhatikan apabila cybertroopers kedua-dua belah parti itu saling serang menyerang antara satu sama lain, kali ini secara terbuka.

Anehnya, mereka yang saling bercakaran tetapi Wan Saiful menyalahkan DAP dan PH yang sedang elok parking tepi sambil mengunyah Super Ring.

Macam post dibawah ini;


Shahrul Nasrun adalah EXCO Pemuda UMNO. Tapi yang Wan Saiful petik DAP dan PH. Sejak bila Shahrul tu pimpinan DAP?

Disebabkan pandangan di atas, Shahrul kini berdepan dengan serangan peribadi. Habis semua gambar-gambar dia bersama isterinya kena korek dan diviralkan. Siapa viralkan tu? Kalau bersedia ditanamkan dalam jirat cina, bolehlah petik nama.

Kemudian, sepertinya tak ada nombor telefon untuk berbincang cara baik, serangan balas datang dari pimpinan PAS.


Mungkin perasaan marah itu perlu dipublikasikan supaya penyokongnya sedar dan memahami mesej disebaliknya, yang sedang disampaikan KP PAS.

Kemudiannya, cybertroopers kedua-dua kem sambut menyambut peperangan tersebut dan saling serang menyerang balas. 

Kini mereka boleh pula bergaduh sesama sendiri, dengan lantang dan terbuka, tak timbul soal melayu bergaduh dengan melayu cina tepuk tangan. Kerana apa?

Kerana yang bergaduh dan bakal dapat manfaat ialah geng-geng sendiri. Kalau yang bergaduh tu musuh mereka dan yang mendapat manfaat bersama itu ada bangsa selain melayu dan umat Islam, maka ketika itulah mereka akan mainkan kad rasis dan fasis.

Jika kita perhatikan ada ayat perkasakan perpaduan ummah. Disini mesejnya ialah sesiapa yang mengkritik PN yang didalamnya ada PPBM dan PAS bermakna menolak perpaduan ummah. Ini namanya doktrinisasi.

Doktrinisasi berlaku atas sebab strategi. Strategi mereka ialah mahu memberikan gambaran bahawa apa-apa yang bersama PAS dan PPBM ialah penyatuan ummah, yang menolak mereka ialah anti penyatuan ummah.

Sebenarnya tidak salah kita anti kepada penyatuan ummah malah jangan kita rasa takut dengan label itu.

Ummah merujuk kepada umat Islam. Dan kalau kita anti penyatuan umat Islam pun ia bukannya salah, atau dosa. Kita beri contoh. Sajat umat Islam. Pembunuh isteri dengan senapang ialah umat Islam. Mereka juga ummah, dan jika ikut konsep penyatuan ummah, kita kena paksa diri kita untuk bersatu dengan spesis-spesis melayu dan umat Islam seperti mereka. Adakah kita perlu terima paksa konsep sedemikian kerana takut dilihat berbeza? 

Tidak perlu. Jangan takut untuk menyampaikan perbezaan kita secara terbuka dan lantang selagi mana kita tidak mengajak kepada perbuatan jenayah dan dosa.

Anti penyatuan ummah bukan bermaksud anti Islam. 

Jangan salah faham dengan anggap penyatuan ummah = Islam. Ia adalah sejenis gerakan dan pendapat tetapi ia bukan agama dan kepercayaan.

Kita sepatutnya mendorong kepada rakyat perlu bersatu menolak penindasan, kezaliman dan undang-undang yang menyeksa rakyat.

Kita tak perlu spesifikan bangsa dan agama untuk bersatu.

Ini kerana orang jahat mereka tak kenal bangsa dan agama.

Ada orang Islam yang jahat. Ada orang Buddha yang jahat demikian juga Hindu dan atheis.

Mereka jahat kerana sikap dan keputusan yang mereka buat ketika itu.

Jadi bilamana parti-parti ini bercakap pasal penyatuan ummah, beringatlah, hakikatnya mereka bercakap pasal kuasa dan manfaat yang mereka boleh dapat kesan dari doktrinisasi tersebut. 

Sudah tentu konsep doktrinisasi ini terpakai ke atas semua jenis parti-parti politik tak kira di kem kerajaan ataupun pembangkang.

Ia terserah ke atas diri kita untuk menilai baik buruk, samada satu-satu pemimpin itu benar-benar mahu memperjuangkan hak kita ataupun tidak, ia harus dinilai secara individual; bukan secara partisan. - 10 Mac 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...