Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Mac 2021

Jika PN Berpecah Yang Rugi PPBM Dan Bukannya Orang Melayu.

NURUL ASYIKIN | Wan Saiful perlu cepat bangun dan cuci muka dia. Jangan asyik tidur dan terbuai-buai dengan mimpi sehingga bila nak beri pendapat pun semacam orang lalok telan gam.

Wan Saiful menulis di Facebooknya (rujuk); 

Perpecahan undi Melayu akan menghasilkan ketidakstabilan politik yang tidak sudah, lantas menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama. 

Kestabilan penting untuk pembinaan semula ekonomi negara. Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan PH memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas.

Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah agen DAP dan PH. DAP dan PH memang mahukan PENJAJARAN BARU yang melemahkan kita. Agen-agen mereka mungkin datang dalam pelbagai bentuk.

Sewaktu PPBM bersama PH, prestasi PPBM paling teruk. Mereka ada banyak menteri yang mengarut dan menjadi bahan sindiran netizens. Malah banyak keputusan Tun Mahathir sebagai PM dari PPBM juga dipertikaikan dan diperlekehkan oleh penyokong-penyokong PH sendiri. 


Pendek kata, tak perlu tunggu budak-budak UMNO dan PAS menyerang, budak-budak PH sendiri serang dulu kerana terlalu membodohkan umat.

Bila ada mana-mana menteri bangang dari DAP, PKR dan AMANAH, mereka turut menerima tempias yang sama tetapi tidaklah seteruk layanan yang PPBM terima.

Bila masuk PRK, calon PPBM kalah teruk.

Nampak gayanya PPBM tiada kredibliti dan aura. Kemenangan calon mereka semasa PRU14 atas dua faktor. Menumpang PH dan mencuri wakil parti lain.

Mereka ialah parti yang lemah dan tak salah kita panggil parasit.

Menangnya PPBM dengan pengundi PH. Ada DAP, PKR dan Amanah didalamnya. Bukan sahaja tidak berterima kasih malah kini dengan tak malunya mengutuk apa sahaja yang menghalangi niat mereka sebagai agen DAP dan PH. Ibarat melepaskan anjing tersepit. Kita tolong dia, dia gigit kita balik, bukan setakat gigit siap serang sampai koma PH dibuatnya.

Selepas menang mereka sibuk nak membenarkan kesemua keputusan politik dan pentadbiran Tun Mahathir walaupun bukan itu yang dijanjikan kepada pengundi. Selepas melihat bahawa PKR tidak mahu bodoh-bodoh menurut dan taat, lalu Langkah Sheraton berlaku.

Di depan orang ramai dikatakan berebut kuasa Perdana Menteri. Betul, terpaksa rebut sebab Perdana Menteri Tun Mahathir mahu memerintah Malaysia ini mengikut otak kapitalis, sedangkan bukan itu yang rakyat perlukan.

Kita terpaksa jadi gila mendesak beliau melepaskan jawatan kerana kita tak mahu Perdana Menteri yang tidak pro kepada keperluan rakyat. Bagaimana itu salah?

PPBM membayangkan perkara itu salah dalam naratif Langkah Sheraton hasilnya PAS dan UMNO berjaya ditundukkan PPBM.

Sebenarnya, apabila PPBM beralih kepada PAS dan UMNO ia adalah alhamdullilah kepada PH khususnya PKR yang terlepas beban besar.

PPBM adalah parasit dan mereka sedang berpaut kepada PAS dan UMNO bagi memanjangkan hayat mereka. Terpulang kepada PAS dan UMNO nak menongkat, membelai, memanjai, mendodoikan, menurut dan patuh kepada rayuan PPBM, ia bukan PH punya call.

Cumanya, tidak betul bila Wan Saiful berkata perpecahan undi melayu akan menyukarkan menjaga kebajikan semua rakyat.

Sistem BN tidak sempurna dan PH masih banyak perlu belajar tetapi dengan sistem sedia ada, ia dah boleh menjaga kebajikan rakyat. Kita cuma perlu membuat beberapa pindaan dan penambahbaikan, supaya apa yang dirancang terlaksana.

Apa yang Wan Saiful taknak cakap ialah perpecahan undi melayu akan melenyapkan PPBM.

Inilah perkara sebenar.

PPBM menang atas undi PH. PPBM khianat PH. Nak ke budak-budak PH undi PPBM? Memang takla.

PPBM curi wakil UMNO. PPBM penuh dengan pelompat katak dari PKR.

Adakah budak-budak UMNO dan PKR akan tersengih-sengih dan pangkah PPBM dalam PRU15? Memang takla.

PPBM nak harapkan siapa? Penyokong mereka? Ada berapa juta?

Jadi PPBM perlukan UMNO dan PAS.

UMNO dan PAS ada banyak penyokong. Jika UMNO dan PAS bersama-sama PPBM dalam GE15, maka PPBM akan dapat undi dari budak-budak UMNO dan PAS. 

Sebab tu PPBM taknak PN berpecah. Sebab tu PPBM mesti pertahankan PN. Tapi nak guna alasan apa? Bagaimana nak memastikan orang melayu terima PPBM?

Nak cakap pasal jasa?

Hasil?

Apa jer yang ada. Maka gunakanlah sentimen kaum dan agama. Orang melayu kena ditakut-takutkan. Memang masa PH memerintah, ada beberapa perkara yang menganggu sensitiviti kaum, tetapi majoritinya puncanya dari tangan PPBM - bukannya DAP dan PKR.

Yang lantik peguam dan hakim. Yang cuba bawa Icerd dan Statut Rom tanpa engagement dengan rakyat. Semua tu kini berada di luar PH. 

Sebahagian darinya bersama-sama PN.

PH hanyalah pak sanggup bodoh yang tak tahu diri sedang dipergunakan PPBM.

Demikian juga PPBM sedang pergunakan PAS dan UMNO. Tapi itu bukan kita punya call. Bukan kita yang sedang dipergunakan dan diperkotak-katikkan. PH dah selamat dari azab tu.  Bukan urusan kita nak pertikaikan PPBM pergunakan UMNO dan PAS. Cukup kita nak betulkan kenyataan bahawa tak betul perpecahan PN akan merugikan melayu, ia hanya merugikan PPBM. Undi melayu dah lama berpecah, with or without PPBM. Terimalah hakikat tu. - 10 Mac 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...