Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Mac 2021

Mahkamah Benarkan Penganut Kristian Guna Kalimah Allah, Baitullah, Kaabah Dan Solat - Nasib Baik Bukan Zaman PH.

SEMASA | Sinar Harian melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama Kristian.

Yang membuat keputusan tersebut ialah Hakim Nor Bee Ariffin.  

Kronologinya adalah seperti berikut;

- Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' telah dirampas dari seorang penumpang yang baru sahaja tiba di Lapang Terbang Sepang.

- Penumpang tersebut ialah Jill Ireland Lawrence Bill, wanita yang berasal dari Sarawak, keturunan Melanau.

- Jill kemudiannya mencabar tindakan itu dengan melawan di mahkamah, beliau berkata bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

- Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya. 

- Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.

- Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan penganut Kristian seluruh negara dibolehkan menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama Kristian. Selain itu, perkataan Baitullah, Kaabah dan solat juga dibenarkan dengan pra syarat perlu ada penafian ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.


Nasib baik ia berlaku di zaman Perikatan Nasional, jika berlaku di zaman PH isu ini akan menjadi lagu perkauman dan tak semena-menanya PH akan dituduh sebagai punca. Islam terancam akan menjadi slogan.

Sememangnya tidak perlu rasa tergugat jika benar orang Islam mana mungkin mereka tidak tahu membezakan kitab Kristian dan Alquran. Bodoh benarlah kalau begitu.

Dan kalau nak mengumpul umat dengan cara memaksa mereka, itu pun bodoh benar. Umat berkualiti dan umat berkuantiti, ada beza.

Sikit dan banyak bukan faktor kejayaan atau kebenaran.

Orang yang percaya dengan agama sendiri, akan mencari jalan mengkaji dan mempelajari agamanya. Penganut yang tergugat dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sememangnya perlu banyak masa membaca Alquran dan bukannya bergaduh di sosial media. Pergi tambahkan ilmu dan bukannya serang penganut agama lain. 

Kerana kita rasional, kita ada pandangan ini tak kira siapa pun memerintah. Tetapi sesetengah penyokong mereka tidak rasional, pandangan mereka berubah-ubah mengikut parti politik. - 10 Mac 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...