Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Januari 2021

Annuar Musa Dedah Bermacam Rahsia Termasuk Isu Sokongan Pada Anwar Dan Pendaftaran MN.

POLITIK | Sehari selepas dipecat sebagai Setiausaha Agung BN dan MN, Annuar Musa nampaknya memulakan serangan berani mati terhadap Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Ini yang Annuar Musa katakan kepada pengamal media semasa membuat sidang petang tadi;

1. Flip flop isu Muafakat Nasional. Kejap nak daftar kejap taknak daftar, sedangkan logo dan draf perlembagaan telah disiapkan. Selepas disiapkan, datang arahan jangan daftarkan MN pula. Lepas tu PAS sudah jadi ahli PN. Maka kata tak perlu daftar MN. Kemudiannya kata perlu daftar MN. Keputusan berubah-ubah. Kemudiannya, Presiden UMNO kata tak perlu didaftarkan MN kerana ianya tak relevan (tak masuk PRU15) sebaliknya ia hanya dikekalkan sebagai wadah penyatuan ummah yang terbuka kepada semua pihak termasuklah NGO-NGO. Annuar Musa juga berkata PAS membuat keputusan MN didaftarkan manakala UMNO tidak mahu mendaftarkan MN.

2. Annuar Musa memegang konsep umat Islam dan melayu perlu bersatu padu bagi memajukan negara.

3. Tidak selesa dengan desakan bubar Parlimen berkali-kali kerana ini mewujudkan suasana ketidakstabilan, disamping masalah covid19 masih lagi belum selesai.

4.  Menyelesaikan masalah covid19 harus menjadi tumpuan tanpa ada gangguan.

5. Dihubungi beberapa kali oleh pimpinan PAS bagi menyatakan kebimbangan mereka, sedang cuba mendamaikan semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni.

6. No DAP No Anwar masih kekal sehingga kini sebagaimana diputuskan parti secara konsensus tetapi terdapat pihak yang bercanggah.

7. Dihubungi oleh ramai kawan-kawan dari UMNO, menteri dan sebagainya, yang berkongsikan sentimen yang sama sepertimana dirinya. Annuar Musa berharap mereka akan lakukan apa yang sepatutnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

8. MN, BN, PN sepatutnya terus diperkukuhkan.

9. Hal-hal peribadi dan masalah individu tidak harus menjadi agenda utama, yang patut diutamakan ialah parti dan rakyat.

10. Perbezaan pendirian itu menyebabkan Annuar Musa tidak mahu bersubahat dengan agenda yang Zahid Hamidi ingin bawakan.

11. Annuar Musa berkata beliau keliru kerana dianggap macam orang bersalah sedangkan No DAP No Anwar, pertahankan enbloc, adalah apa yang diputuskan parti, sedangkan yang jumpa DAP, sokong Anwar, itu bertentangan dengan apa yang diputuskan parti.

12. Pemecatan SU Agung tidak sah kerana tidak mengikuti SOP yang sepatutnya, tetapi Annuar Musa menerima sahaja keputusan tersebut tanpa mahu banyak soal. Katanya lagi, Presiden UMNO tak ada kuasa memecatnya, sebaliknya ia perlu diputuskan secara bersama oleh BN.

13. Majlis Tertinggi tak pernah membuat keputusan mahu keluar dari Perikatan Nasional.

14. Surat Zahid yang mengesahkan sokongan kepada Anwar adalah tulen. Mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri itu benar.

15. Ahli-ahli Parlimen BN tak pernah diberitahu secara rasmi bahawa perlu menyokong Anwar sebagai PM. Berapa ramai yang sokong Anwar sebagai PM, Annuar Musa juga tak tahu, namun hal berkenaan tak pernah dibincangkan (dalam peringkat BN).

16. Usul setiap bahagian berbeza-beza. Ada yang nak sokong Anwar tapi tak mahu DAP. Ada yang No DAP No Anwar. Ada yang tolak PPBM. Setiap bahagian membincangkan usul yang berbeza-beza, ada bahagian yang tak membawa usul, ada yang tak bermesyuarat maka tak boleh dijadikan asas bahawa dakwaan majoriti ketua bahagian UMNO menolak kerjasama dengan PPBM. Ia perlu mengikut perlembagaan parti, dimana setiap usul perlu dibawa ke peringkat tertinggi dan diputuskan parti.

17. Perjumpaan antara beberapa ahli parlimen UMNO dengan PKR (dipercayai rujuk Anwar) berlaku beberapa kali. Antara tarikh perjumpaan ialah 17 Oktober 2020.

18. Keputusan membawa masuk PPBM ke dalam MN juga berubah-ubah. Selepas UMNO enggan masuk PN, kemudiannya membuat keputusan menjemput PPBM ke dalam MN. Tapi kemudiannya UMNO membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.

19. Annuar Musa menafikan beliau menjadi jurucakap BERSATU. Beliau hanya menjadi jurucakap kepada kerajaan PN apabila bercakap pasal PPRT, jalan berlubang dan sebagainya.

20. Sewaktu berbincang mengenai penubuhan PN, UMNO dah bermesyuarat berkali-kali siang dan malam. Perlu nak menyelamatkan negara daripada DAP. Perlu ada satu kaedah baharu, pembentukan kerajaan baharu. Selepas kerajaan dah terbentuk, dengan pengalaman yang ada, sepatutnya digunakan untuk membantu Perdana Menteri, UMNO sukarela nak sokong TSMY sebagai PM, bukannya dipaksa. UMNO kena sumbangkan tenaga, kepakaran, pengalaman dan kerusi. Kerja ada banyak dan belum selesai. Sepatutnya focus untuk bantu rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri, nak utamakan rakyat atau nak utamakan agenda peribadi.

21. Annuar Musa juga berkata UMNO perlu menyatupadukan umat Islam dan melayu dulu. Dan tak mungkin boleh menang bersendirian.

22. Annuar Musa juga kata akan kekal beristiqomah dan redha dengan pemecatannya sebagai SU Agung BN. Juga berkata akan kekal dalam UMNO.

23. Juga beliau menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO agar merapatkan saf dan menyokong apa-apa yang parti UMNO akan putuskan. Annuar Musa juga menyeru semua parti-parti dalam PN berusaha supaya tak berlakunya perpecahan. Mengharapkan PAS dapat bersabar meskipun PAS banyak kali terkeliru dengan beberapa tindakan UMNO. PPBM juga diseru untuk memahami keresahan orang UMNO itu ada asasnya. PPBM juga diseru untuk memperbaiki hubungannya dengan UMNO. - 6 Januari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...