POLITIK | Sepanjang minggu lepas membawa ke minggu ini setiap hari kita disajikan dengan laporan demi laporan berita yang menyatakan ketidakpuasan hati UMNO terhadap Perikatan Nasional, khususnya PPBM dan sekali sekala terhadap PAS.
Terdahulu, The Malaysia Insight melaporkan Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN dan jawatan itu kini disandang Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan pula mengatakan Annuar Musa bukannya dipecat sebaliknya digantikan.
“Beliau tidak dipecat, beliau diganti.
“Biasanya setiausaha agung Umno ini juga sebagai setiausaha agung BN.
“Saya kira itu antara sebab (Annuar diganti). Saya juga diberi tugas untuk menjadi setiausaha agung Muafakat Nasional (MN),” katanya.
Ditanya sama ada Annuar diganti kerana dilihat pro-Bersatu, Ahmad memilih untuk tidak mengulas berkenaan dakwaan itu.
“Annuar pro-Bersatu? Saya tak mahu mengulas apa-apa tentang itu,” ujarnya.
Kalau dah digantikan itu maknanya dipecatlah. Pelik juga Ahmad Maslan nak konar sana sini benda simple je pun.
Perkataan pecat juga disebut oleh Annuar Musa sendiri menerusi Twitter rasminya.
Ikut kenyataan Annuar Musa neh;
- Tak tahu dia kena pecat. Maknanya kena pecat secara tiba-tiba.
- Tahu pun hanya melalui media.
- Annuar Musa sebenarnya terasa dengan pemecatan mengejut tu sebab tu dia kongsikan tangkap layar tersebut di Twitternya.
Bagaimanapun ketika media minta Annuar Musa ulas mengenai pemecatan tu, dia tak mahu jawab. Dia cakap ini masanya untuk bertenang.
Jika kita perhalusi trend politik sepanjang dua minggu muktahir ini kita akan dapati;
1. UMNO push kepada pilihanraya. Kenyataan terkini Ahmad Maslan pun cakap perkara sama.
👇👇
Ahmad turut memaklumkan PRU15 perlu diadakan secepat mungkin bagi memastikan kerajaan dibentuk lebih stabil untuk memulihkan ekonomi. (petikan : Malaysiakini).
2. UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh PN. Dalam isu KWSP. Isu Tabung Haji. HSR. Zeti Aziz. Kartel daging. Pendek kata semua isu-isu yang dilihat menjejaskan kredibliti dan intergriti PN tanpa membabitkan pimpinan UMNO, UMNO akan serang dan pertikaikan isu tersebut habis-habisan. Isu Tajuddin, KJ dan covid19 tak sentuh pun (sekadar menyebutkan beberapa contoh).
3. UMNO memainkan persoalan mengenai Muafakat Nasional dan PAS. PAS asyik didesak untuk memilih antara PPBM dan UMNO. Ini mungkin bertujuan untuk menekan PAS agar PAS memutuskan ikatan MN. Jika PAS memutuskan ikatan MN, maknanya, UMNO tidak akan dipersalahkanlah jika bertanding menentang PPBM, PAS dalam GE15 kelak.
4. UMNO pun dah berulangkali sebut akan masuk PRU15 sebagai BN dan bukannya PN.
5. Beberapa UMNO Bahagian juga dah memulakan gendang perang. UMNO Terengganu misalnya, dah keluar kenyataan akan langgar PAS. UMNO Johor dan Kelantan dah kata akan langgar seat BERSATU. UMNO Pusat dah tegaskan akan pertahankan semua seat-seat lompat yang dicuri PPBM dalam PRU14 haritu. Pendek kata, tak ada rundingan lagi dengan team PPBM. Dengan PAS masih ada ruang rundingan tetapi ia terpulang pada PAS yang diseru untuk memilih antara PPBM ataupun UMNO.
6. Najib asyik serang PN. Zahid dilihat playsafe. Berkemungkinan besar role Zahid ialah playsafe, korek maklumat. Role Najib, posisi penyerang, beregu dengan Anwar dan PKR. Sejak beberapa bulan kebelakangan neh, Najib dan Anwar lihat senada dalam banyak perkara.
7. Seperti Najib, Anwar juga sedang ditekan habis-habisan melalui GC = Grand Coalition. Tapi nampaknya GC gagal mendapat sambutan sebab penyokong PH kalau pun bodoh sangat belum cukup bodoh nak mengangkat Tun Mahathir sebagai ketua dan PM9. Biarlah kebodohan tu berakhir dikalangan DAP dan Amanah sahaja. Haha.
8. PRU15 adalah luar jangka. Ini hint yang sedang ditunjukkan oleh parti UMNO BN, PKR, DAP, PEJUANG, AMANAH.
9. Pemecatan Annuar Musa adalah permulaan kepada penjajaran baharu yang akan mengambil tempatnya selepas PRU15.
10. Dalam PRU15, semua parti akan masuk bertanding dan selepas keputusan keluar barulah mereka akan memuktamadkan gabungan yang macam mana perlu dibentuk. Pendek kata dalam PRU15, kita tak ada musuh dan kawan yang jelas sebab selepas PRU15, silap-silap mereka bergabung dan menjadi kerajaan.
Mereka mungkin tak dapat nak buat penjajaran baharu sebelum PRU15 kerana taknak ambil risiko. PRU bukannya macam PRK mahupun PRN. Ia cover seluruh negara jadi risiko dia berbeza-beza tahapnya. Nak jaga pun susah.
Sebagaimana parti pun dah terbuka kepada penjajaran baharu, para penyokong juga perlu bersedia dari segi emosi dan mental. Jangan rasa pelik kalau lepas neh BN DAP membentuk gabungan dan menjadi kerajaan. - 5 Januari 2020.