PAS KOMITED PADA JANJI.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya tidak mempunyai masalah menyatakan sokongan berkenaan dan akan terus bersama dalam kerajaan PN.
"Berdasarkan perjanjian dan kita (sebagai) parti Islam, kita berpegang pada janji.
"Perkembangan (yang berlaku) ialah kita (kini) bersama PN, jadi menjadi tanggungjawab (kita) memperkukuh dan pertahankan kerajaan ini".
PAS TIDAK DIMAKLUMKAN TENTANG KEPUTUSAN UMNO UNTUK TIDAK MENYERTAI PERIKATAN NASIONAL DAN TIADA PERBINCANGAN DALAM MUAFAKAT NASIONAL.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas tidak diberitahu mengenai keputusan UMNO tidak menyertai PN sebelum ini dan tiada perbincangan menenainya di dalam Muafakat Nasional (MN).
Katanya, perkara itu dijangka dibincangkan dalam masa terdekat dan Pas menunggu pelawaan daripada UMNO mengenainya.
NAMUN, KENYATAAN MEDIA TERKINI DARI DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI, MENAFIKAN KENYATAAN OLEH TAKIYUDIN HASSAN.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Di ruangan komen Facebook, Dr. Asyraf dikecam oleh beberapa pengikutnya, sehingga memaksa bekas senator itu memberikan penjelasan selanjutnya.
"Saya perlu jelaskan kembali kenyataan yang disiarkan di portal-portal media termasuk AWANI, Berita Harian, Sinar Harian, Utusan, Malaysiakini dan Malaysiagazette.
Jika saya tidak jelaskan pasti ramai bertanggapan negatif seolah-olah UMNO membelakangi sahabat dan rakan kerjasama kami PAS dalam membuat keputusan sepenting itu.
Apa-apapun, insyaAllah hubungan UMNO-PAS tetap kukuh kerana Kerjasama kami bukan sekadar politik tetapi yang lebih utama atas ikatan Ukhuwwah Islamiah dan agenda bersama mempertahankan Islam," jelasnya dalam kenyataan itu. - 2 Ogos 2020.
Rujukan;
http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-berpegang-janji-tidak-diberitahu-keputusan-umno-enggan-sertai-pn-253572
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/photos/a.261406717222716/3666298510066836/?type=3&theater