Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Ogos 2020

RCI Tabung Haji Perlu Diteruskan Dan Ini Adalah Sebab-Sebabnya.

ULASAN | Menteri Agama menjelaskan tiada RCI bagi menyiasat pentadbiran dan urus niaga Tabung Haji. Jawapan ini dibacakan ketika berada dalam Parlimen pada 5 Ogos 2020.


Menteri Agama berkata :
Kerajaan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) jika ada keperluan untuk itu.

Dalam erti kata lain, TIADA KEPERLUAN pada masa ini.

Tindakan tidak mengadakan RCI turut diperjelaskan oleh Nik Amar dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Malaysiakini.

Nik Amar dipetik sebagai berkata : Mungkin ada perkembangan baru, sebab dulu kita sebagai pembangkang kita desak RCI sebab banyak maklumat yang kita tidak tahu. Jadi ada munasabahnya untuk kita desak. Sekarang kita dalam kerajaan, maklumat yang dulu tidak ada kepada kita, kini sudah ada. Jadi keperluan kepada RCI (Tabung Haji) sudah kecil, dulu kita di luar kita minta benda dalam rumah, sekarang kita dalam rumah boleh cari sendiri.

Semasa PAS dan UMNO menjadi pembangkang, beberapa kali desakan RCI ke atas skandal Tabung Haji dan penulis amat bersetuju dengan desakan itu.

Alasan;

- Dapat menyiasat punca bermulanya kerugian Tabung Haji.

- Dapat menyiasat samada dakwaan pembelian tanah melebihi harga pasaran benar atau tidak.

- Dapat menyiasat samada Tabung Haji telah membeli tanah yang tidak dapat digunakan untuk menanam sawit atau tidak.

- Dapat menyiasat samada betul atau tidak Tabung Haji telah kerugian dan mengabaikan amaran BANK NEGARA MALAYSIA dengan menipu laporan prestasi kewangan.

- Dapat menyiasat samada wujud atau tidak amalan salah laku dan urus tadbir yang cuai semasa menguruskan pelaburan dan perniagaan Tabung Haji samada semasa zaman BN, PH ataupun PN.

- Dapat menyiasat tujuan dan punca utama kepada pengalihan aset Tabung Haji kepada Kementerian Kewangan dalam SPV.

- Dapat menyiasat samada YA atau TIDAK Lim Guan Eng memiliki aset Tabung Haji seperti dakwaan pihak tertentu.

- Dapat menyiasat samada YA atau TIDAK Mujahid telah menyalahgunakan kuasa dan menjual aset Tabung Haji kepada orang cina.

- Dapat menyiasat samada YA atau TIDAK PH telah menyebabkan kerugian saham dalam Tabung Haji sehingga memaksa agensi itu menjual beberapa aset dan perniagaan secara murah (luar dari harga pasaran) kepada syarikat milikan cina.

Sebenarnya, dengan penubuhan RCI ini dapat menyiasat dakwaan ke atas Tabung Haji dan individu tertentu yang datang dari UMNO, PAS dan PH.

Oleh itu sepatutnya semua pihak bersetuju dengan RCI.

Bagi mereka yang menyeleweng, RCI ini akan membongkarkan salahlaku.

Bagi mereka yang jujur, RCI ini akan menjadi hujah dan bukti kepada tindakan pihak tersebut.

Kegagalan mewujudkan RCI, akan membuatkan semua partisan tunggang isu Tabung Haji dalam setiap kempen pilihanraya mereka.

PAS akan kecam Mujahid.
Mujahid soal tiada RCI.
UMNO kecam Guan Eng.
Guan Eng tanya kenapa tak tahan dia dan dakwa.

Bukankah perkara bergaduh tak berkesudahan ini memenatkan, meloyakan dan menyusahkan?

Penyokong pula akan bergaduh tanpa kesimpulan dan keputusan muktamad.

Salah UMNO ke Azeez ke Mujahid ke DAP ke PH ke BN ke apa ke? Salah siapa sebenarnya neh?

Bagaimanapun, kami memuji tindakan mendakwa Azeez Rahim. At least tindakan itu dapat membuktikan sesuatu. Samada Azeez bersalah ataupun tidak bersalah. Ya, kita perlukan jalan-jalan ke arah yang mewujudkan satu kesimpulan yang pasti dan bukannya percakapan yang mendorong kepada pergaduhan dan maki hamun tak berkesudahan.

Sebagai rekod, Azeez Rahim bukan didakwa dalam isu Tabung Haji sebaliknya atas isu projek jalanraya Perak dan Kedah dan beberapa isu berkaitan pengubahan wang haram. Kami memberikan contoh kes ini sebagai hujah, tindakan mendapatkan kesimpulan yang pasti itu adalah lebih baik daripada menyebarkan tuduhan tanpa disusuli dengan tindakan.

Dan, walaupun UMNO ada mendesak kepada penubuhan RCI oleh Ketua Pemudanya, namun tindakan itu dianggap retorik. Ini kerana, ia boleh jadi persiapan sebagai hujah, bahawanya UMNO bersetuju dengan RCI. Yang tak setuju tu PN. Alasan pelepas diri ini, dah sering dilakukan oleh partisan PH dan BNPAS. Maka, kami sebagai rakyat, dah lali. - 6 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...