Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 Ogos 2020

Latar Belakang Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohamed Hadi AH | Ada sesuatu yang mungkin ramai tak tahu mengenai Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Bukan, bukan, ini bukan pasal dia cucu sedara Tun. Itu mengarut.
 


Beliau sebenarnya seorang peguam korporat yang kemudiannya menyertai Maybank sebagai Group General Counsel and Company Secretary of Maybank cum Group Head of Corporate and Legal Services of Maybank. 


Senang cerita beliau bertanggungjawab menjaga bahagian undang-undang dan menjadi setiausaha syarikat Maybank selama 10 tahun dari 2005 hingga 2015. Sebelum jadi partner di Zico, beliau juga pernah bekerja di Suruhanjaya Sekuriti di pelbagai jabatan termasuklah bahagian penguatkuasaan yang melibatkan jenayah kolar putih.

Suruhanjaya Sekuriti
Firma guaman korporat
Maybank


Tiga latar belakang ini membentuk profil kerjaya Nazlan yang semuanya berlegar dalam dunia korporat, khusus dalam tadbir urus dan undang-undang syarikat. Kes salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam syarikat GLC seperti dalam kes Najib ialah makanan asasi Nazlan selama puluhan tahun. Bukan Super Ring.

Dalam circle terdekat aku, lama aku sudah sebut yang kalau tengokkan latar belakang Nazlan itu sahaja, Najib is finished. Sebab itu selama ini hampir tidak ada sesiapa yang membangkitkan mengenai kelayakan latar belakang Nazlan melainkan cerita dongeng cucu saudara Tun.

Tidak keterlaluan jika aku katakan pengetahuan Nazlan yang amat mendalam dalam bidang tadbir urus korporat mungkin mempengaruhi keputusannya semalam, terutama dari segi hukuman. 


Jika hakim lain yang mungkin latar belakangnya bukanlah dari dunia korporat, boleh jadi hukuman yang diberikan tidaklah seberat yang Nazlan berikan. Sampaikan seorang peguam kanan bidang jenayah berpangkat Dato' pernah sebut kepada aku minggu lepas, "If it's Nazlan, he (Najib) will be convicted. But at the appellate courts, I think Najib may still have his chance".

Dari segi sahsiah juga, Nazlan seorang yang tidak banyak bercakap. Aku ingat perbualan aku dengan seorang setiausaha syarikat di bawah kumpulan kepala rimau yang mengulas mengenai pelantikan Nazlan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2015 - "Dia sesuai sangatlah jadi hakim, jenis tak banyak cakap".

Profilnya sebagai alumni MCKK dan Oxford seqodar memperteguhkan lagi kemahiran dan kepakaran yang beliau miliki dalam undang-undang korporat. 


Selaku anak butir bank kepala rimau, kekuatan profil Nazlan merupakan sesuatu yang aku hormati dan kalau boleh, ingin aku contohi.  

#doneclaim

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...