Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Mac 2020

Syed Saddiq Nafi RM250,000 Duit Haram, Akan Ambil Tindakan Pada Yang Fitnah.

POLITIK | Mantan Menteri KBS menafikan wang RM250,000 yang hilang dari peti besinya adalah hasil duit haram. Sebaliknya beliau berkata itu adalah wang miliknya bersama ibu bapa.



Syed Saddiq menggariskan pecahan wang itu seperti berikut;

- RM90,000 miliknya.
- RM50,000 milik ibunya.
- RM70,000 milik bapanya.

Sebagai rekod, Syed Saddiq pada 30 Mac membuat laporan polis yang mendakwa wangnya sebanyak RM250,000 telah hilang dari peti besi rumahnya yang terletak di Petaling Jaya.

Bagaimanapun hasil kiraan dari kenyataan penafian Syed Saddiq mendapati hanya RM210,000 dan bukannya RM250,000. Netizens kini mempersoalkan baki RM40,000 adalah milik siapa.

Dalam kenyataan yang sama, Syed Saddiq menegaskan beliau tidak akan berkompromi bab intergriti dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menfitnahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Syed Saddiq;


Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it?

Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa.

Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya.

Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.

Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama.

Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi.

Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi.

Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.

Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM.

Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan. - 31 Mac 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...