Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 September 2019

Sentimen Perkauman Pembangkang Sukarkan Kerajaan Buat Kerja, Ambil Tindakan Pada Pemboikot - Nizar.

RF8 MEDIA | Pelbagai pihak mula menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bertali arus mengeluarkan fakta-fakta fitnah dan melaksanakan usaha boikot sejak kebelakangan ini.


Menurut mereka, tindakan menerbitkan berita palsu biarpun telah dijelaskan oleh kerajaan mampu mensabotaj ketenteraman awam dalam jangka panjang. Begitu juga pihak-pihak yang berterusan memainkan isu perkauman akan menimbulkan suasana tegang dan ketakutan serta melemahkan struktur sosial.

Bagi Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, keadaan yang diburukkan oleh retorik perkauman dan agama sempit itu juga menyebabkan kerajaan sukar menumpukan kepada usaha-usaha meningkatkan ekonomi, sebaliknya tersekat dalam lingkungan soal jawab isu-isu remeh dan tidak berguna.

“Sebenarnya Kerajaan PH sedang bergelut dengan kenyataan sentimen perkauman yang tidak henti-henti diungkit oleh puak pembangkang, iaitu Umno, Pas ataupun NGO yang ada kaitan dengan kedua-dua parti itu. Ini menyebabkan Kerajaan PH sukar memberi tumpuan kepada hal-ehwal urus-tadbir negara.

“Namun demikian sudah tiba masanya Kerajaan PH mengambil langkah serius dan tegas dengan serta-merta untuk menghentikan kenyataan-kenyataan yang rasis.

“Gejala ini sudah lama merebak dan telah membelah-bahagikan rakyat serta merosakkan semangat perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia,”
kata Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat.

Sehubungan itu beliau memberi amaran, sebarang kelewatan kerajaan melaksanakan tindakan tegas akan menyebabkan suasana harmoni dalam negara sukar dikembalikan kepada asal.

Keadaan tidak menguntungkan itu, katanya boleh menyebabkan ekonomi negara suram pelabur asing kurang minat untuk menanam modal di Malaysia.

“Walaupun Perang Dagang di antara Amerika Syarikat dan China melemahkan ekonomi sedunia dan Malaysia pun merasa kesannya, namun pandangan saya ialah situasi ekonomi Malaysia dipengaruhi oleh isu perkauman melampau yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sejak 9 Mei 2018.

“Saya bimbang kalau Malaysia terus dibelenggu oleh masalah ini maka PH akan melalui jalan sukar dalam pilihan raya umum ke 15 (PRU15). Niat pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan PH sudah ketara tetapi dalam pada itu perbuatan mereka juga mampu memusnahkan negara.


“Situasi ini amat bahaya dan Kerajaan PH harus bertindak pantas dan sesiapa yang membuat kenyataan rasis seperti ‘boikot barangan bukan-Islam’ wajar dikenakan tindakan dengan tegas dengan segera,”
kata Nizar lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...