Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 Mei 2019

Malaysia Kini Dalam Senarai Pemantau Pemanipulasi Mata Wang..

NAJIB RAZAK | Media melaporkan bahawa Malaysia telah dimasukkan ke dalam Senarai Pemantau Pemanipulasi Mata Wang minggu lepas oleh Pejabat Jabatan Perbendaharaan Hal Ehwal Antarabangsa Amerika Syarikat (AS).
 

Ini sangat berbahaya kepada negara kerana Amerika Syarikat merupakan negara dagangan ketiga terbesar kita.

Jika tuduhan ini tidak dilenyapkan, maka Malaysia bakal menghadapi sekatan perdagangan.

Eksport negara kita ke Amerika Syarikat juga bakal dikenakan tarif yang tinggi seperti yang kini dialami oleh negara China.

Jika situasi ini berlaku maka eksport negara kepada Amerika Syarikat akan jatuh teruk.

Beratus ribu pekerjaan dan ekonomi kita akan terjejas.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pada bulan April 2017, Malaysia juga telah diletakkan secari rasmi oleh Amerika Syarikat di dalam senarai negara termasuk negara China yang didakwa melakukan penipuan perdagangan.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/malaysia-nafi-tuduhan-…/

Pada September tahun 2017 saya mengadakan kunjungan bertemu Presiden Trump di Amerika Syarikat dan bercakap dengan beliau bahawa Malaysia akan melabur dan membeli lebih produk dari Amerika Syarikat, saya dikritik dengan hebat seolah-olah saya mahu merasuah Amerika Syarikat dalam kes DOJ.

Melawan penipuan perdagangan adalah salah satu janji dan keutamaan Trump ketika beliau berkempen untuk menjadi presiden.

Tuduhan ini dibuat dengan alasan bahawa perdagangan dua hala sejak tahun 1990an melihat Amerika Syarikat mengalami defisit tinggi dengan Malaysia - iaitu nilai ekspot Malaysia ke negara mereka jauh lebih tinggi berbanding import Malaysia dari Amerika Syarikat.

Oleh itu, salah satu matlamat utama perjumpaan saya dengan Presiden Trump ialah untuk menjelaskan dan memberitahu beliau bahawa Malaysia juga banyak membeli ataupun melabur di Amerika Syarikat dan kita bukan penipu perdagangan.

Saya berjaya meyakinkan Presiden Trump dan Malaysia tidak dikenakan tarif dan kita tidak lagi disenaraikan sebagai negara melakukan penipuan perdagangan atau dikenakan tindakan lanjut.

Tetapi oleh kerana propaganda dan serangan PH, saya dikecam teruk pula seolah-olah mahu merasuah Presiden Trump dan Amerika Syarikat walaupun matlamat saya adalah untuk kebaikan negara.

Saya harap kerajaan PH juga dapat memastikan Malaysia akan terus bebas dari dikenakan tarif penalti berat oleh Amerika Syarikat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...