Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Mei 2019

Tiba-Tiba Peguam Inkues Adib Tarik Diri, Siapa Tangan Ghaib Beri Arahan??

Kamarul Yusof | APA PUNCA DAN SIAPA ARAH PEGUAM INKUES MUHAMMAD ADIB TARIK DIRI: PERSEPSI BERDASARKAN LAPORAN MEDIA


Banyak pihak yang bersuara dalam media sosial mengenai tindakan peguam Syazlin Mansor menarik diri dari mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia dalam prosiding inkues Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tiga perkara utama yang disuarakan adalah:

(1) Apa punca Syazlin Mansor menarik diri?

(2) Sama ada Syazlin Mansor diarahkan menarik diri? 

(3) Siapa yang mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri? 

Mengenai soalan apa punca Syazlin Mansor menarik diri, berdasarkan laporan media, khususnya The Malaysian Insight (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/157393), persepsi yang terbentuk adalah bahawa:

(1) Mengikut Syazlin Mansor, penarikan diri beliau akan menyebabkan keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid terbatal.

(2) Keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid adalah bahawa kecederaan Muhammad Adib berpunca daripada beliau ditarik dari van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan diserang.

(3) Keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid adalah bercanggah dengan keterangan saksi pakar yang dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya, iaitu Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood.

(4) Keterangan saksi pakar Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood adalah bahawa kecederaan Muhammad Adib bukan berpunca daripada beliau ditarik dari van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan diserang.

(5) Oleh itu, penarikan diri Syazlin Mansor akan menyebabkan keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid ditolak manakala keterangan saksi pakar Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood diterima.  

Mengenai soalan sama ada Syazlin Mansor diarahkan  menarik diri, berdasarkan laporan media, khususnya Malaysia Kini (https://www.malaysiakini.com/news/477560), persepsi yang terbentuk adalah bahawa:

(1) Mengikut Syazlin Mansor, penarikan diri beliau berlaku selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghubungi beliau Jumaat lalu dan selepas beliau menemui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabtu lalu.

(2) Mengikut Syazlin Mansor, penarikan diri beliau adalah keputusan beliau sendiri.

(3) Mengikut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, penarikan diri Syazlin Mansor berlaku kerana "diarah untuk batalkan" (instructed to revoke).

(4) Mengikut Peguam Negara, beliau “tiada komen” (have no comment).

(5) Oleh itu, walaupun Syazlin Mansor sendiri menyatakan penarikan diri beliau adalah keputusan beliau sendiri, dan walaupun Peguam Negara menyatakan beliau “tiada komen”, kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan arahan penarikan diri beliau wujud. 

Mengenai soalan siapa yang mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri, berdasarkan laporan media, khususnya Sinar Harian (https://www.sinarharian.com.my/article/30137/KHAS/Inkues-Adib/Inkues-Adib-Sepucuk-surat-punca-peguam-tarik-diri?), persepsi yang terbentuk adalah bahawa:

(1) Mengikut sumber, penarikan diri Syazlin Mansor berlaku ekoran sepucuk surat yang “dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang” yang mengandungi “arahan terhadap Syazlin Mansor dan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan” agar menarik diri.

(2) Mengikut sumber, ada pihak tercabar dengan kredibiliti Syazlin Mansor yang begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan buat Muhammad Adib.

(3) Mengikut sumber, arahan penarikan diri Syazlin Mansor berlaku ekoran “Syazlin Mansor telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu”.

(4) Oleh itu, walaupun tidak dinyatakan secara spesifik siapa yang mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri, kenyataan bahawa arahan itu terkandung dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh “pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang” dan kenyataan bahawa “Syazlin Mansor telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu” adalah petunjuk jelas arahan ini datang dari siapa.

Apa pun, semua ini hanyalah persepsi yang terbentuk daripada laporan-laporan media sahaja dan persepsi ini boleh berubah dengan kemunculan laporan-laporan media baru mahupun dengan kemunculan kenyataan rasmi pihak-pihak yang berkenaan. - 28 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...