Pada awalnya baginda berkicau;
👉 Johor akan menganjurkan SUKMA 2020
👉 Kerajaan dah berjanji akan menyediakan peruntukan
👉 Tetapi tiada mesyuarat mengenainya setakat ini (lapan bulan)
Bagaimanapun dakwaan TMJ itu dengan pantasnya disangkal oleh Amshar Aziz di Twitternya pada khamis lepas.
Menurut Amshar dakwaan mengenai kerajaan tidak pernah membincangkan hala tuju dan perkembangan SUKMA2020 adalah tidak benar.
Bahkan pada 14 Disember 2018, adalah mesyuarat yang paling terbaru diadakan bagi membincangkan perihal SUKMA2020 katanya dalam bebenang tersebut.
Manakala netizen yang dikenali sebagai Telonoild Acerola
menunjukkan beberapa rekod ataupun bukti bahawanya mesyuarat mengenai penganjuran SUKMA 2020 sedang berjalan dari semasa ke semasa.
"Maklumlah duduk obersea lama sangat..
Lain kali sebelum melintas... Pandang-pandang dulu kiri kanan depan belakang.
Ataupun ikut lampu isyarat... Jangan kalau lampu merah pun buat magik jadi lampu hijau.
Nota kaki : cuba tengok tarikh-tarikh... Ada tak meeting dlm masa 8 bulan nie??," tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook sambil berkongsikan 10 gambar sebagai bukti.
Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan pihak kami mendapati TMJ telah memadamkan ciapannya mengenai dakwaan tersebut. - 31 Disember 2018.