Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2018

Najib Luah Perasaan, Kata PH Tidak Faham Keperluan Rakyat B40.

NAJIB RAZAK | KERAJAAN TIDAK FAHAM KEPERLUAN RAKYAT B40

Penoreh getah kita keluar sebelum matahari terbit lagi.

Petani dan pekebun kecil sawit kita di ladang dari subuh hingga ke senja.


Nelayan kita mulakan hari sejak awal pagi lagi bawa pulang hasil laut.

Jiran-jiran kita yang bekerja di pejabat hantar anak ke sekolah dan kemudiannya masuk kerja sampai malam baru pulang.

Ada yang kerja sebagai kerani, sebagai penghantar dokumen, ada yang bekerja eksekutif.

Ramai bekerja 6-7 hari seminggu, ada yang buat kerja sampingan.

Setiap kali ada Jobs Fair, saya lihat kebanyakannya anak muda yang mahu dapatkan kerja.

Saya tahu sebab masa zaman BN, kita buat banyak Jobs Fair, kita wujudkan program Skim Latihan 1Malaysia bantu anak muda dapat pekerjaan baik.

Saya juga tahu ada yang ketika menunggu keputusan interview, mereka akan membuat kerja sampingan seperti jualan online, jadi pemandu e-hailing sementara.

Bukalah Facebook dan Instagram. Ramai anak muda juga sedang berusaha gigih jadi usahawan dengan perniagaan mereka sendiri.

Anak-anak Malaysia tidak malas. Anak-anak Malaysia sentiasa cuba cari pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Tiada orang yang memilih untuk jadi miskin.

Kadang kala ada yang tidak dapat keluar dari kemiskinan atas banyak faktor, antaranya akibat kesempitan hidup, mereka hanya mampu memikir untuk mengisi perut hari demi hari sahaja.

Ada yang walaupun berkebolehan, mereka kekurangan peluang atau modal.

Jika kita lihat di setiap masyarakat di seluruh dunia, akan ada 3 lapisan masyarakat iaitu golongan kaya (T20), pertengahan (M40) dan miskin (B40).

Ini ekonomi dan matematik asas.

Wujudnya kerajaan adalah untuk memastikan antaranya

1) jurang pendapatan dikurangkan

2) membantu golongan miskin dengan keperluan asas dan memberi peluang kepada mereka untuk menaikkan taraf hidup

Itulah sebabnya ketika saya Perdana Menteri, kita bukan sahaja memberikan BR1M.

Kita buka juga peluang dan beri modal kepada mereka jadi usahawan untuk mencari pendapatan yang lebih banyak melalui pelbagai program, misalnya 1AZAM, MARA, TEKUN dan macam-macam lagi.

Rakyat memerlukan kerajaan sebagai "social support system" atau sistem sokongan kebajikan dan sememangnya itulah fungsi kerajaan.

Hari ini, rakyat sudah mula gelisah dengan apa yang bakal mereka hadapi pada tahun 2019.

Sejak Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, sudah banyak bantuan dan sokongan kepada rakyat ditarik balik.

Dia tidak faham keperitan hidup dan keperluan golongan B40.

Keadaan ekonomi juga semakin tidak stabil dan lembab.

Kerajaan macam inikah yang rakyat nak bergantung harap pada?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...