Gambar itu memaparkan dua keluarga iaitu keluarga Azmin Ali dan keluarga Hishammudin Hussien yang dilihat sedang bercuti di kawasan yang sama.
Ameer Azmin Ali berkongsikan gambar tersebut di Twitternya malam semalam bagaimanapun gambar tersebut kini tidak lagi boleh diakses oleh netizens berikutan telah dipadamkan.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk Rais Husin menulis di Twitternya, "dilaporkan bahawa 'perbincangan sengit' sedang berlangsung di Maghribi ke arah membentuk semula landskap politik Malaysia di antara dua orang yang bercita-cita ingin menuntut kepimpinan Malaysia! 🤦🏻♂️ Tak sudah-sudah!," katanya dalam kenyataan itu yang dipercayai ditujukan kepada Azmin Ali dan Hishammudin Hussien.
Terdahulu, Nurul Izzah pernah menegur Rais Husin untuk tidak bercakap bagi pihaknya ketika mengulas isu perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR baru-baru ini.
Kebanyakan kem yang pro Anwar dilihat tidak membantah perletakkan jawatan Nurul Izzah kerana sedia maklum dengan strategi parti yang mahu menyerap masuk Rafizi ke dalam barisan kepimpinan pusat.
Perkara itu kemudiannya mendorong bantahan Azmin Ali dalam satu kenyataan yang dibuat secara terbuka terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin menegur Anwar untuk meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti yang dianggapnya sebagai tidak mencerminkan prinsip FAIR AND JUST REPRESENTION terhadap aspirasi anggota dan tidak akan membantu parti maju ke hadapan.
Meskipun nama tidak disebutkan tetapi kenyataan Azmin dipercayai ditujukan kepada Rafizi dan kem pro Anwar yang dianggapnya sebagai PUNCA PERPECAHAN DALAM PARTI.
Azmin juga menegur perlantikan MPP haruslah berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan imbuhan dan sogokan politik bagi meraih sokongan undi di dalam MPP.
Anwar kemudiannya membalas kenyataan tersebut itu secara ringkas di Twitternya, "Kalaulah sesetengah orang tu tumpukan perhatian lebih kepada membangunkan ekonomi berbanding politiking," kicaunya.
Azmin Ali ialah Menteri Ekonomi, maka ramai percaya ciapan itu ditujukan khusus kepada Azmin Ali yang secara terbuka mengkritik tindakan Presiden tanpa menggunakan saluran tertutup.
Sehari selepas itu, gambar Azmin dan Hishammudin pula disebarkan oleh anak Azmin sendiri. Sesetengah pemerhati beranggapan ini adalah suatu tindakan memeras ugut Anwar untuk berdiam diri daripada mengkritik Azmin ataupun tindakan yang lebih berani mungkin akan dilakukan oleh pemimpin itu.
Sebelum ini The Star pernah melaporkan ada perbincangan diantara Azmin Ali dan Hishammudin Hussien yang sedang mengumpul sokongan buat Tun Mahathir. Perkara itu dilaporkan pada 16 Disember lepas dan didedahkan oleh Datuk Alwi Che Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Kata Alwi, UMNO sedang berpecah disebabkan sokongan terhadap dua kem berlainan di dalam kerajaan.
Satu kumpulan yang diketuai oleh Hamzah Zainuddin manakala satu yang lain diketuai oleh Zahid Hamidi.
Hamzah menyokong kepimpinan Tun Mahathir semata-mata mahu menghalang Anwar naik menjadi Perdana Menteri. Hamzah dengan bantuan Hishammudin Hussien yang turut membantah Anwar sebagai Perdana Menteri berjaya mendapatkan sokongan 38 MPs UMNO untuk menandatanggani Surat Akuan Bersumpah bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk menghalang percubaan usul undi tidak percaya (andai itu berlaku).
38 Ahli Parlimen UMNO itu bagaimanapun tidak mempunyai niat untuk keluar parti atau melompat masuk ke PPBM, bahkan tidak berminat, katanya lagi.
Manakala Zahid dengan kerjasama Nazri pula bersedia memberikan sokongan kepada Anwar andai pemimpin UMNO tidak diburu sepertimana yang sedang berlaku sekarang.
Nazri juga dipetik sebagai berkata, Anwar berjanji tidak akan membatalkan UMNO dan bersedia mengagihkan peruntukan sama rata diantara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang (bagi tujuan berkhidmat kepada rakyat).
Berang dengan kempen terbuka Nazri yang mengakui sedia bekerjasama dengan Anwar yang juga membuka ruang kerjasama dengan DAP, UMNO Ampang kemudiannya mempertikaikan tindakan Nazri.
Hamzah juga mengambil satu langkah drastik dengan mengumumkan keluar dari UMNO dan lebih ramai akan mengikut jejak langkahnya jika Zahid tidak meletakkan jawatan yang mana akhirnya menyaksikan Zahid akur dengan tuntutan tersebut.
Menurut Alwi, kebanyakan yang menyokong kem Mahathir bukanlah kerana menyokong Mahathir tetapi semata-mata enggan melihat Anwar menjadi Perdana Menteri atas faktor ketidakpercayaan dan ketidakyakinan (Anwar dianggap pro DAP).
Laporan The Star itu juga buat pertama kalinya mendedahkan Azmin turut hadir dalam satu pertemuan rahsia yang berlangsung di rumah Hishammuddin Hussien.
Azmin tidak menjawab kepada laporan itu, Hishammuddin tidak menafikan wujudnya pertemuan namun menolak andaian pertemuan itu adalah rahsia.
"Tiada pertemuan rahsia. Dia kawan saya selama 30 tahun. Kami bertemu selalu (sepanjang masa). Semua (pihak) mengetahui hal ini," ciapnya membalas laporan The Star. - 31 Disember 2018.