Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Januari 2018

Kalau Taknak Mahathir Jadi PM, Rosakkan Undi Parlimen, Kalau Taknak Azmin Jadi MB, Rosakkan Undi DUN - Ali Abu.

Oleh : Ali Abu
Fatwa Ali Abu
Selepas Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, kito nampak ramai yang tidak berpuas hati dan ramai juga yang amik inisiatif sendiri melancarkan gerakan boikot PRU dan undi rosak dalam media sosial. Atau keduo-duo ey sekali. Sedangkan pekara ini tidak berlaku sebelum PRU 2008 dan juga PRU 2013. Apsal kini ia berlaku sebelum PRU 2018? Sobab tak logik mengangkat sosok diktator zalim yang dilawan selamo 20 tahun sebelum ini menjadi PM kembali.
Memang tak logik bai. Namun pekara ini dipandang enteng oleh pimpinan PH. Jadi timbullah gerakan boikot PRU dan undi rosak sekarang ni sebagai reaksi tak puas hati kepado PH. Nak mengundi Umno/BN memang jauh sekali.
Kito perasan cumo reaksi gerakan undi rosak dan boikot PRU sahaja. Tetapi tak perasan bahawa ado gerakan sonyap di kalangan rakyat yang nak buat undi berpaling tadah. Dulu undi PH, kini konfem undi BN sobab Mahathir sekarang dijulang PH. Dio lihat kek mano posisi terkini Mahathir. Kalau Mahathir di posisi A, konfem dio akan undi B lawan kepado A. Lagipun golongan yang berpaling tadah ini merasakan Najib sedang membuat servis terbaik kepado rakyat dengan mengadakan UTC, MRT, BR1M, hapus 4 tol, Lebuhraya tanpo tol Pan-Borneo dan sebagainya.
Dan tak heran juga akan ado golongan pengundi yang dah bosan dengan BN dan PH akan mengundi Gagasan Sejahtera yang dikepalai oleh PAS. Apsal nak pilih Coke dan Pepsi sedangkan minum Kopi O lobih menyihatkan. Coke dan Pepsi ni minuman bergas, kok minum badan berangin bai. Memang angin satu badan bro. Korang kutuk Hadi bagai nak rak, tapi akhirnya pengundi akan lihat adokah Hadi ini sejahat Mahathir dan sekeji Najib? Jawapannya pasti pahit kepado para macai PH dan BN.
Mereka yang mahu bikin undi rosak, mahu boikot PRU dan mahu berpaling tadah undi BN balik, terpulang. Itu hak istimewa korang yang tak boleh den usik dan den perlekehkan. Bahkan kalau korang nak kempen atau menjadikan ia sebagai gerakan pun den alu-alukan kerana itu hak memasing yang perlu diraikan. Ini negara demokrasi bro.
Bagi den, undi den cumo dikira 1 undi. Tapi 1 undi yang mewakili diri den ini cukup ponting bagi den. Jadi den tak mahu ia dipersiakan begitu sahaja. Dahlah boleh mengundi 5 tahun sekali je. Huhuhuhu... Mako den akan keluar mengundi. Kalau den tak keluar mengundi, den takut pengundi hantu undi pakai namo den. Kalau kau tak keluar mengundi, ado ruang pihak jahat untuk manipulasi undi kau. Jadi untuk sekat pekara ini daripado berlaku, kau sendiri perlu keluar mengundi. Kalau boleh, keluarlah mengundi di waktu pagi. Takut kau keluar mengundi pado waktu potang, tengok dah ado hantu mengundi bagi pihak kau di waktu pagi tadi. Rugi bro.
Semaso mengundi, kau diberi peluang untuk mengundi Parlimen dan DUN. Parlimen boleh menentukan sapo jadi Perdana Menteri dan DUN boleh menentukan sapo jadi Menteri Bosa. Kalau kau tak mahu Mahathir jadi PM balik dan dalam pado maso yang samo kau tak mahu Najib bertakhta semulo jadi PM, undi Parlimenlah yang patut kau rosakkan. Kalau kau tak mahu Azmin jadi MB Selangor semulo dan tak logik si Jamal jadi MB ganti Azmin, undi DUNlah yang patut kau rosakkan.
Antara undi Parlimen dan DUN, undi DUN adolah amat ponting bagi den. Sobab kito sendiri duduk, berumah dan bokojo kek DUN berkenaan. Apo sahaja masalah yang ado di DUN terbabit, impak buruknya direct tokono kepado kito. Nak taknak kito kono memilih bakal Adun yang boleh bokojo menyelesaikan masalah DUN kito.
Jadi disini kualiti individu calon yang diambil kira dahulu. Kalau den, den abaikan terus parti yang diwakilinya. Sobab kito dah mansuhkan pilihanraya kerajaan tempatan, pemilihan Adun bagi DUN menjadi super penting. Adunlah yang menjadi integrator nak menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit kek kawasan DUN kau. Kalau masalah jalan berlubang di taman perumahan kau, bilo diajukan masalah itu kepado Adun, Adun akan menghubungi banyak pihak untuk setelkan masalah itu. Itu baru jalan berlubang, belum lagi longkang runtuh. Jadi Adun perlu berhubung baik dengan JKR, PBT, agensi kerajaan negeri dan persekutuan bagi melicinkan proses menyelesaikan permasalahan rakyat di DUNnya.
Den mungkin akan rosakkan undi Parlimen tapi tak mungkin akan rosakkan undi DUN. Yang ponting, den mesti keluar mengundi.
Bagi kes Mahathir, di mano Mahathir bertanding, kek situ kito buek kempen undi rosak. Itu dikira lobih berbaloi bagi den. Pasal kito tak mahu dio naik takhta PM semulo, better kalahkan dio sorang di tempat dio bertanding. Karang sumo calon Parlimen pembangkang kalah, BN monang bosa lobih daripado 2/3 majoriti, rakyat jugak yang rugi. Den kalau boleh, seboleh mungkin mahu menafikan kemenangan 2/3 majoriti samo ado di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Tak kira kerajaan yang memerintah itu dikuasai samo ado oleh BN, PH atau GS.
Bilo sesuatu parti tu monang bosa, dio akan jadi angkuh dan pemaleh. Dio buek sukati je lah. Bilo Pak Lah monang bosa PRU 2004, dio tido. Bilo PR monang bosa di Selangor dalam PRU 2013, dio buek Langkah Kajang. Mangkuk. Bilo jadi gitu rakyat yang rugi. Betul tak?
Bilo BN tak dapek 2/3 majoriti kerusi Parlimen dalam PRU 2008, Umno sendiri gulingkan Pak Lah. Dalam PRU 2013, sekali lagi BN dinafikan majoriti 2/3 kerusi Parlimen, kau tengok Najib bokojo kuek nak pulihkan sokongan rakyat. Bagi BR1M, buek banyak UTC, mansuhkan 4 tol, jayakan projek MRT, buek TN50 dan sebagainya. Kalau aritu Najib monang bosa 2/3 kerusi Parlimen, agak- agak dio nak buek sumo ini? Baik dio tido macam Pak Lah dan main golf dengan Trump sahaja. Mako undi kito di peringkat Parlimen untuk menafikan 2/3 majoriti BN juga penting untuk memastikan suara rakyat tidak diabaikan oleh kerajaan.
Jadi undi setiap daripado kito ni sebenarnya unik dan strategik. Jangan dipersiakan setiap undi yang kito dapek dan gunokanlah ia dengan penuh kebijaksanaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...