Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Januari 2018

Sikap Terhadap Tun Mahathir Sebagai Calon PM - Kupasan Wanji.

SIKAP TERHADAP TUN M SEBAGAI PM
1. Setelah mendengar kupasan kawan-kawan baik; Fathi Aris Omar, Tukar Tiub dan cikgu Bard, disamping mendengar pandangan kawan-kawan dari parti AMANAH Negara, dan group kartel dalam mengambil sikap terhadap Tun M sebagai calon PM, secara peribadi saya simpulkan ada tiga sikap yang wujud;
A. Tun M tidak boleh diterima sebagai calon PM, malahan tidak boleh dibawa masuk dalam PH. Beliau boleh berlawan dengan BN tanpa melibatkan diri dalam kesatuan PH.
B. Tun M boleh dibawa masuk ke dalam PH, tetapi beliau tidak wajar dicalonkan sebagai calon PM.
C. Tun M wajar mengepalai PH, malahan perlu diangkat sebagai calon PM.
2. Semua sikap-sikap ini lahir ekoran beberapa faktor;
A. Sepertimana dalam kupasan Saudara Fathi Aris Omar, sistem yang rosak pada hari ini diakibatkan oleh dasar dan polisi yang dibuat oleh Tun M. Kupasan Cikgu Bard juga menjurus kearah itu.
B. Ada pihak lain pula melihat bahawa diakui bahawa Tun M memang perosak kepada sistem negara, malahan mengakui bahawa kerosakan yang dilakukan oleh Najib pada hari ini adalah "anak haram" dari sistem, polisi dan dasar yang telah dibuat oleh Tun M. Namun, dalam keadaan sekarang, fokus yang perlu dilakukan adalah menjatuhkan UMNO-BN adalah diutamakan. Dalam bahasa agama disebutkan Awlawiyyat. Kelihatan Tukar Tiub mengambil sikap sebegini.
C. Pihak lain pula berhujah bahawa Tun M punyai pendekatan berubah-rubah selama dia tidak dapat apa yang dia mahu. Apabila dia mendapat apa yang dia mahu, sudah pasti dia akan kembali kepada sikap dia yang sebenar. Ekoran itu, diperingkat awal Tun M yang dikenali anti demonstrasi, dia sudah mula hadir demonstrasi; diperingkat awal dia menyebar DAP sebagai anti Melayu dan anti Islam, tetapi kini dia yang berusaha ke arah imej bahawa DAP bukan anti Islam dan bukan anti Melayu pula dan banyak lagi. Justeru, dipercayai bahawa setelah Najib jatuh dan diambil tampuk pemerintahan, tidak ditolak kemungkinan bahawa rakyat Malaysia akan kembali balik kepada keadaan yang teruk, andai Tun M menjadi PM semula. Sikap ini amat jelas ditunjukkan oleh Cikgu Bard.
3. Tanpa nafikan bahawa percalonan Tun M sebagai Calon PM bukan sebulat suara, tetapi sikap demokrasi diamalkan dalam PH menjadikan Tun M mendapat suara majoriti sebagai Calon PM. Makanya, keputusan itu telah diisytiharkan dalam konvensyen PH yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
4. Saya antara individu yang tidak bersetuju Tun M ditabalkan sebagai calon PM. Namun, sebagai ahli parti sudah pasti sikap menghormati keputusan parti yang perlu saya sokong. Namun, sikap demokrasi itu tidak boleh nafikan hak kalangan pihak yang mahu bangkitkan sikap tidak setuju mereka terhadap keputusan tersebut. Saya kini sedang mencari hikmah disebalik polemik yang sedang dibincangkan kini.
5. Namun begitu, saya percaya bahawa semua pihak bersetuju bahawa rakyat Malaysia dalam pentadbiran Najib pada hari ini berada dalam keadaan yang amat teruk. Isu GST, 1MDB, tiada peluang pekerjaan, peniaga-peniaga kecil "bungkus" ekoran dasar ekonomi Najib dan banyak lagi isu; merupakan keburukan yang sedang dihadapi oleh rakyat yang tidak dapat tidak, Najib wajib dijatuhkan dalam PRU akan datang. Mahu atau tidak, mungkin banyak pihak (bukan semua, tetapi kebanyakan sahaja) bersetuju bahawa kewujudan Tun M adalah sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan pengundian melayu dalam melakukan pertukaran pentadbiran Najib.
6. Bermakna, ramai percaya bahawa bukan mengatakan Tun M itu baik, tetapi sekurang-kurangnya Tun M dapat mengurangkan sokongan Melayu terhadap Najib, dan seterusnya cuba atasi masalah GST, 1MDB, cubaan menyelesaikan masalah peluang pekerjaan dan sebagainya. Benar atau tidak, ada yang percaya dan tidak sedikit juga yang tidak percaya.
7. Sikap ini diambil kerana melihat kepada pendekatan melakukan kerosakan yang sedikit (Tun M Sebagai calon PM) demi mengelak kerosakan yang besar (kekalkan Najib/BN sebagai PM). Namun, saya percaya ada pihak akan berhujah bahawa Tun M Sebagai Calon PM adalah kerosakan yang lebih besar.
8. Secara peribadi, saya mahu melihat;
A. UMNO/BN tidak lagi berada di tampuk pemerintahan Putrajaya.
B. Reformasi pada sistem pemerintahan.
9. Kalau tidak dapat yang (B) pun, sekurang-kurangnya kita dapat yang (A). Inilah yang saya faham dari hujah tukar tiub. Alangkah baiknya, kalau kita dapat (A) dan (B) sama. Ini yang saya faham dari hujah Cikgu Bard dan Fathi Aris Omar.
10. Saya rasa, mungkin wacana yang perlu kita bawa sekarang adalah; 100 hari Malaysia tanpa BN. Apakah Najib dan Rosmah bakal ditangkap? Macam mana GST mahu dihapuskan? Macam mana nak hapuskan Hutang PTPTN? DLL.
Wallahu A'lam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...