Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Januari 2018

Lempar Barang Peniaga, Netizens Kecam PBT Sebagai Biadap, Kurang Ajar.

TULAR satu rakaman video yang menyaksikan seorang lelaki yang dipercayai penguatkuasa tempatan melemparkan barangan peniaga di sebuah pasar di laman sosial sejak semalam.

Lelaki itu tidak semena-mena menolak bekas yang berisi ikan basah ke lantai dan mengejutkan peniaga yang sedang berusaha mengangkat barangan jualannya pada ketika itu.


Pada awalnya lelaki itu menolak bekas kosong yang berisi air ke lantai dan kemudiannya menolak pula bekas berisi ikan ke lantai.

Tidak dapat dipastikan punca lelaki itu berbuat demikian tetapi aksi yang turut dirakamkan di CCTV dan dipercayai sengaja diviralkan di laman sosial bertujuan untuk mencerca tindakan yang disifatkan biadap lagi kurang ajar oleh kalangan netizens ketika ini.

Ramai pihak yang tampil mempersoalkan tentang SOP dan ada juga yang mahu mengetahui identiti lelaki tersebut.


Menurut siasatan, video tersebut disebarkan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Andy Love Nitty dengan kaspyen : "Malaysia Boleh".

Komen-komen kebanyakkan ditulis dalam bahasa cina dan apabila diterjemahkan jelas kebanyakan dari netizens berasa marah dengan perbuatan penguatkuasa itu yang dianggap tiada budi bicara dan melampau.

Berdasarkan maklumat awal, ada individu yang melaporkan insiden itu berlaku di Pasar Pasir Penambang, Tanjung Karang. - 15 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...