Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Disember 2017

"Di Langkawi Orang Minum Arak Macam Minum Air Sejuk," - Mohd Amar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini dilaporkan berkata kerajaan negeri sengaja melambatkan proses pembangunan di negeri itu.

Mengakui pembangunan di negeri itu agak terbelakang, Mohd Amar berkata kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengerakkan pembangunan di negeri Kelantan.


Laporan Malaysiakini menyiarkan kenyataan Mohd Amar yang dipetik sebagai berkata : "Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat. 

"Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan. 

“Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan".

Mohd Amar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.


Katanya lagi, kerajaan Kelantan mahu rakyatnya menikmati pembangunan berbanding tempat lain yang mana pembangunannya pesat tetapi rakyatnya terpaksa berpindah. 

"Kita mahu rakyat tempatan dapat menikmati pembangunan, berbanding tempat lain yang membangun pesat tetapi rakyatnya terpaksa pindah dan lari," katanya.

Dengan mengambil Langkawi sebagai contoh, Mohd Amar turut berkata Langkawi dibangunkan dengan pesat sebagai pusat pelancongan ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri namun masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana. 

"Selain itu kita tengok kesan sosial, kalau kita tak kawal pembangunan kita dapat lihat kesan sosial. 

"Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. 

"Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," ujarnya. 

Naib presiden PAS itu juga berkata tanah rizab melayu di Kelantan ialah sebanyak 90% dan selebihnya ialah berstatus tanah terbuka dan jika berlakunya pembangunan yang terlalu cepat melayu akan kehilangan tanah di negerinya sendiri.


"Di Kelantan tanah milik rizab Melayu adalah 90 peratus dan sebahagian saja berstatus tanah terbuka. 

"Jadi kalau kita terlalu cepat membangun, akan berlaku kehilangan milik tanah rizab Melayu. Kita akan hilang tanah dalam negeri kita sendiri," jelasnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...