Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Disember 2017

Pensyarah Kata Rafizi Tipu Sokongan Melayu Pada BN, PAS Merosot.

KAJI SELIDIK INVOKE : RAFIZI RAMLI KANTOI LAGI
Hari ini telah beredar rayuan kutipan dana INVOKE yang ditulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif INVOKE merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bertajuk “BN only has 41% Malay support, 51% PAS supporters inclined to support PH” (“BN hanya memiliki sokongan 41% pengundi Melayu, 51% penyokong PAS cenderung untuk menyokong PH”).
Rayuan kutipan dana INVOKE ini menggesa pembacanya supaya menyumbang RM1 juta kepada INVOKE bagi melatih 20,000 agen pembuangan dan pembilangan undi (polling and counting agent, PACA) di mana PACA ini kononnya menjadi penentu kepada keputusan PRU 14 kerana BN didakwa akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara.
Di dalam rayuan ini, serta di dalam laporan portal berita Malaysia Kini bertajuk “Kajian tunjukkan sokongan Melayu kepada UMNO, PAS menurun” dan laporan portal berita The Malaysian Insight bertajuk “Pakatan menang PRU14 walaupun 3 penjuru, kata INVOKE”, Rafizi mendakwa kononnya PH akan memenangi PRU 14 dengan memperolehi 115 kerusi.
BN pula, dakwa Rafizi, akan memperolehi 103 kerusi manakala PAS tidak akan memenangi apa-apa kerusi di dalam PRU 14 ini. Alasan utama Rafizi ialah sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS di dalam kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 kononnya mengalami penurunan berbanding kaji selidiknya pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017.
Sokongan pengundi Melayu kepada UMNO difokuskan kepada dapatan kaji selidiknya pada 5-13 Disember 2017, iaitu 41%, yang dikatakan rendah. Turut disebutkan ialah kononnya 50% daripada pengundi Melayu yang menyokong UMNO mahu GST dimansuhkan, yang beliau dakwa membawa makna sokongan mereka kepada UMNO akan terus merosot.
Fokus Rafizi juga tertumpu kepada PAS di mana beliau menyebut betapa tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS kononnya telah “jatuh merudum” dalam tempoh 12 bulan, iaitu 25% pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 yang menjadi 15% pada 5-13 Disember 2017. Disebutkan lagi kononnya 51% penyokong PAS cenderung untuk menyokong PH.
Menyedari kecenderungan Rafizi untuk memutar-belit atau mereka-reka cerita, saya telah membaca balik dapatan kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017. Apa yang didapati ialah kaji selidik ini memproses data 104,340 daripada 8.36 juta rakyat Malaysia yang menjawab soalan yang dikemukakan oleh INVOKE bila dihubungi.
Data daripada kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 ini menunjukkan bahawa 40% pengundi Melayu menyokong BN, 25% menyokong PAS, 21% menyokong PH manakala 14% lagi menyatakan mereka tidak akan mengundi di dalam PRU 14, tetapi tiada mana-mana responden yang didapati merahsiakan sokongan mereka.
Sebaliknya, data daripada kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 yang didedahkan oleh Rafizi hari ini pula memproses data semua 5,000 rakyat Malaysia yang dihubungi olehnya, di mana 41% pengundi Melayu didapati menyokong BN, 14% menyokong PAS, 13% menyokong PH manakala 32% lagi didapati merahsiakan sokongan mereka.
Berdasarkan data-data ini, adalah jelas bahawa Rafizi tidak berlaku jujur di dalam kenyataan beliau, khususnya di dalam menyebutkan bahawa tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS kononnya telah “jatuh merudum” dalam tempoh 12 bulan, kerana kedua-dua kaji selidik yang dibandingkan itu menggunakan kaedah dan bilangan responden yang berbeza.
Jika mahu dibandingkan juga kedua-dua kaji selidik yang berbeza ini, maka Rafizi sepatutnya berlaku jujur dengan menyebut bahawa bukan setakat PAS sahaja mengalami penurunan di dalam sokongan pengundi Melayu, dari 25% ke 14%, tetapi PH juga mengalami penurunan ini, dari 21% ke 13%, manakala UMNO pula mengalami peningkatan, dari 40% ke 41%.
Jika Rafizi jujur, beliau sepatutnya menonjolkan hakikat bahawa PAS sentiasa mengatasi PH dari segi sokongan pengundi Melayu, di mana kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 menunjukkan PAS mengatasi PH sebanyak 4% manakala kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 pula menunjukkan PAS mengatasi PH sebanyak 1%.
Andaian Rafizi bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO akan terus merosot kerana 50% daripada penyokong UMNO mahu GST dimansuhkan juga adalah satu andaian liar, begitu juga dapatan bahawa 51% penyokong PAS akan menyokong PH jika PAS tidak bertanding yang tidak mempunyai apa-apa makna kerana PAS pasti akan bertanding.
Dakwaan Rafizi bahawa BN akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara sehingga menyebabkan INVOKE terpaksa meletakkan 20,000 PACA terlatih di kerusi-kerusi tersebut pula adalah tidak lebih daripada satu tindakan terdesak Rafizi untuk menarik simpati dan seterusnya mendorong penyokong INVOKE menyumbang dana kepadanya sahaja.
Apa pun, kaji selidik INVOKE ini sekadar mendedahkan tembelang pemimpin PH sendiri yang sering mendakwa akan berlaku tsunami Melayu untuk menyokong PH yang akan membolehkan PH memenangi PRU 14 kerana tidak dapat dibayangkan bagaimana tsunami Melayu ini boleh muncul bila PH hanya disokong oleh 13% pengundi Melayu sahaja.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...