Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 November 2017

MP Sepang Hampir Dihalau Parlimen Kerana Sebut Tentang Hutang 1MDB & MO1.

Oleh : Hanipa Maidin / Ahli Parlimen Sepang

1. Pagi tadi, semasa berbahas bajet si Kleptokrat, saya nyaris dibuang dewan setelah dua kali Timbalan Speaker agak marah bila saya sentuh tentang MO1 dan 1MDB. Saya hanya tanya soalan "Adakah kita rasa duit kita selamat jika kita letak duit kita pada penyamun/perompak? Saya juga kata "Masalah besar pada bajet ni adalah pembentangnya yang" has been implicated" dengan ibu segala skandal-1MDB. Mengamuklah timbalan speaker!!! Dua kali saya di warning oleh Speaker jika terus cakap benda yang sama, saya akan diperintahkan untuk dihalau daripada dewan. Inilah Parlimen World Class yang mungkin hanya ada di negara ini. 



2. Anyway, dalam perbahasan sebelum ini oleh sahabat baik saya, Yb Tony Pua (Dap-PJU), beliau dedahkan maklumat daripada sumber 1MDB sendiri yang hutang 1MDB baru mencecah 32 setengah bilion je. Itu, kata Yb Tony tak termasuk hutang-hutang 1MDB yang telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan. 

3. Yb Tony kata jika ambil kira hutang 1MDB yang telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan, hutang itu mencecah hampir 40 bilion je. Kan tak banyak tu? 

4. Saya ni konservatif sikit lah, katakan kita ambil angka RM32 bilion je. Kalau kita ada duit sebanyak tu. Lepas tu hari-hari belanja RM10 ribu. Kita insya-Allah boleh belanja selama 3 juta 200 ribu hari je. Kan tak lama tu 

5. Jika kita belanja setiap hari RM500 je sehari dengan duit RM32 bilion tu, kita hanya boleh belanja setakat 64 juta hari je. Kan tak lama juga. 

6. Tapi , mana penting isu 1MDB tu sehingga orang secerdik MP U-Turn Tambun pun tak rasa perlu cakap perkara tu. Sebaliknya, dia cakap puji MO1, puji GST, hentam pendidikan percuma dalam bajet PH, hentam Tun M, hentam dan tuduh DSAI, cuba hentam Kit Siang dan Mat Sabu (hanya sempat sebut nama tak sempat nak syarah..masa dah tamat). 

#Hidup politik matang dan sejahtera# 
#Selamatkan Malaysia daripada campurtangan asing seperti saman DoJ#

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...