Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 November 2017

Selepas RNAA Dilaksanakan, KTMB Perlu Menyewa Landasannya.. - Adakah Ini Wajar?

Berikut dibawah ialah jawapan menteri kepada Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming apabila ditanya tentang pelaksanaan RNAA dan kos yang perlu ditanggung KTMB selepas perjanjian RNAA dimuktamadkan oleh kesemua pihak yang terlibat.


Oleh : Razak
RNAA/ MANGSANYA RAKYAT@ NETIZEN,
PENGHAPUSAN "PERKHIDMATAN SOSIAL", KEMENTERIAN PENGANGKUTAN GAGAL, PENGANGKUTAN AWAM SURAM!
RUM telah menilai dari sudut penyewaan semua yang dikatakan milik RAC akan menghakibatkan kos tambang akan dinaikkan, dalilnya setiap pengunaan Landasan, Lokomotif, Koc, Set ETS, SCS, KOMUTER, Wagon, Bangunan Pejabat, Stesen-stesen, Elektrifikasi, Semboyan, OMC, Kuarters dan lain-lain perlu dibayar sewa kepada RAC.
Manakala Kos Kargo KTMB juga akan dinaikkan dengan kadar komersial, kewujudan Second Operator atau Multiple Operator sudah pasti akan meletakkan kos kargo mengikut harga pasaran, kerana tujuan kewujudan Second atau Multiple Operator yang dikendalikan oleh Syarikat Swasta berasaskan "keuntungan". 
Implikasi kepada kenaikan ini akan melibatkan kos harga barang yang mengunakan pengangkutan Kargo Rel pasti akan meningkat maka mangsanya adalah Rakyat, ini akan menghakibatkan kos sara hidup akan meningkat.
Dimanakah "PERKHIDMATAN SOSIAL?", sekiranya RNAA dilaksanakan maka idea yang dicetus ini adalah langkah awal untuk menghapuskan "PERKHIDMATAN SOSIAL", adakah ini hasrat Menteri Pengangkutan untuk mewujudkan idea yang boleh membebankan Rakyat.
Jangan putar belit wahai YB Menteri Pengangkutan, RUM berani berdebat kerana RUM mempunyai hujah yang munasabah, malah dalam kenyataan YB Menteri Pengangkutan mewujudkan RNAA untuk menghapuskan hutang adalah "sandiwara", RUM nak tanya YB Menteri Pengangkutan kenapa KTMB berhutang dan tidak mampu meraih keuntungan? Adakah salah KTMB?
Apa yang YB Menteri Pengangkutan lakukan untuk memastikan KTMB mampu dipulihkan? Hanya sekadar idea RNAA? Malulah YB, Malu kalau seorang "KULI" mampu mempertikaikan idea YB, kalau begini, maksudnya YB Menteri Pengangkutan tidak layak duduk jawatan Menteri atau semua yang duduk.di Kementerian Pengangkutan perlu ditamatkan perkhidmatan, kerana bukan sahaja gagal dalam pengangkutan rel malah gagal dalam pengangkutan darat dan udara.
Maknanya kedudukan Pengangkutan di negara ini makin suram dengan kegagalan Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh YB Menteri Pengangkutan malah pada Tim Menteri Pengangkutan yang mengatakan kepada saya sendiri selaku Presiden RUM beliau mempunyai Master Of Business, RUM dengan ini mencabar keupayaan idea Master Of Business dari sudut RNAA.
RUM hanya seorang "KULI" malulah kalau tak berani berdepan, kalau dengan seorang "KULI" yang tiada pelajaran mampu berdebat maka yang duduk diatas itu sekadar "PERABIS BERAS" dan menyusahkan rakyat.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...