Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 November 2017

Polis Tarik Balik Khidmat Pengawal Peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) Mahathir.

Polis hari ini menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Mahathir menerusi halaman facebooknya petang tadi.


“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.
“Hari ini, khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) pula ditarik balik. Perjuangan tetap diteruskan,” katanya dalam kenyataan itu.
Mei tahun lalu, bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan untuk menamatkan khidmat pengiring trafik Dr Mahathir.
Ini kerana katanya tindakan itu terpaksa diambil selepas Dr Mahathir menyertai perhimpunan Bersih, perhimpunan bantah GST, dan kutipan tandatangan untuk deklarasi yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.
“Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir … itu adalah atas keputusan saya sebagai ketua polis negara. Apa guna kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain khidmat pengiring trafik, khidmat tukang masak dan pembantu rumah juga ditarik balik oleh kerajaan pada tahun lepas dipercayai atas alasan Mahathir yang semakin lantang mengkritik dan mempertikaikan pentadbiran Najib.
Di laman sosial pula rata-rata netizens menyatakan komen simpati dan menyokong Mahathir dan mengkritik Najib kerana mempercayai tindakan itu didalangi oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...